[ Media ]
Davika[ Terjemahan ]
-[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim* * *
Tingkat super senior lengang.
Hampir 5 minit berdiri di depan pintu bilik Marc, aku masih tercegat. Terasa berat pula tangan mahu mengetuk pintu itu. Aku cuba angkat buku limaku, cuba hentakkannya di pintu itu, tapi baru saja keberanian itu datang untuk mengetuk, aku turunkan semula tanganku.
"Buat apa?" Satu suara menegur dari belakang, memeranjatkanku. Aku terus spontan berpaling sambil tapak tangan ditekap mengusap dada, menenangkan jantung yang mula melaju.
"Oh, tak ada apa, saya cuma—" Dan kata-kataku mati apabila aku cam wajah tuan empunya suara yang menegurku.
Super seniorku, Marc.
"Err..." Aku terus terkesima. Marc sudah menangkapku tercegat di depan pintu biliknya, cuba mengetuk beberapa kali tapi kemudiannya mematikan niat.
Tanpa menunggu jawapanku, dia melangkah masuk ke dalam biliknya bersama sebalang biskut coklat cip yang aku dan Nina buat siang tadi. "Masuklah." Jemputnya, seolah yakin memang aku di sini untuk berjumpa dengannya.
Aku masuk dan mataku tertancap pada sofa yang masih berkaca. "Duduklah mana-mana, kaca atas sofa tu tak kemas lagi." Pesan Marc, tak semesra dulu. Aku duduk di kerusi rehat yang bersebelahan dengan katil. Marc pula terus menghenyak punggung di atas tilamnya, bersandar di kepala katil dengan kaki terlunjur dan memasang TV.
Marc menoleh ke arahku dan menghulur balang biskut di tangannya. "Nak?"
Aku gelengkan kepala. "Tak apa. Awak makanlah. Saya dah gosok gigi."
Marc menjungkit bahu dan menarik balang biskut itu ke ribanya semula. Tangannya pantas menyeluk satu demi satu biskut dari dalam balang ke dalam mulutnya. Bilik itu hening tanpa sebarang kata. Cuma bunyi di TV menjadi latar.
"Tangan awak macam mana? Dah okay?" Aku memulakan perbualan.
"Datang sini semata-mata nak tanya pasal tangan aku ke?" Balas Marc sinis, tak menoleh ke arahku langsung. Matanya fokus pada filem Inggeris yang dipasang di TV.
"Saja bertanya. Nampak macam dah okay sikit." Aku tolak tepi nada sinisnya. "Kenapa tak kemas lagi kaca tu? Bahaya la biar je macam tu. Kalau tak perasan, nanti terkena serpih kaca tu, luka lagi."
Marc berhenti mengunyah dan menoleh ke arahku. "Datang sini semata-mata nak membebel pasal kaca yang bersepah tu ke?"
Aku tunduk. Aku tak ada jawapan untuk soalan Marc. Aku sendiri tak tahu kenapa aku naik ke biliknya malam ini. "Maaf kalau saya ganggu awak atau membebel, saya cuma nak— nak rakan berbual."
Bunyi kunyahan biskut disambung. Aku angkat wajah dan Marc sudah kembali memandang skrin TV. "Nak berbual, pergilah berbual dengan rakan sebilik kau sana, buat apa susah-susah naik sampai sini."
Wajahku terasa panas pula tiba-tiba. "Dia ada teman."
"So, apa masalahnya? Berbual la dengan teman dia sekali."
YOU ARE READING
PREVIU || Davika
RomanceThis is a preview version. Complete version should be available for purchase (while stocks last). Please read carefully the first part of this novel. Thank you! ◈◈◈ Aku Davika. Dan dunia kini jauh berbeza. Empat negara telah bergabung. Tiga bahasa m...