22 | Rasa Penyesalan

87.6K 1.4K 172
                                    

[ Media ]
Davika

[ Terjemahan ]
-

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Bunyi dentuman kuat di pintu menyentak mimpi indahku.

"Marc! Marc!" Satu suara lelaki memanggil sayup-sayup dari luar kedengaran. Aku membuka mata dan tangan Marc masih melingkar di pinggangku. Aku goncangkan lengannya, cuba mengejutkan dia bangun.

"Marc, bangun. Ada orang cari awak."

Marc menggeliat malas dan bunyi dentuman kuat kedengaran lagi. Nama Marc dipanggil lagi. Terus terpisat mata Marc. "Willy." Bisik Marc perlahan sebelum dia bermalasan turun dari katil dan menyeret kakinya ke pintu.

Aku turut bangun, bersorok di belakang dinding laluan ke pintu bilik Marc, cuba mendengar perbualan mereka sebaik Marc membuka pintu separuh. Tapi, perbualan mereka dalam bahasa Inggeris.

"You're not serious. No shit?" Suara Marc tiba-tiba meninggi, mengucap perkataan serius. Apa yang serius?

"No shit, bro. Get yourself together, they're— Shit!"

Tak sempat Willy menyudahkan ayatnya, pintu bilik Marc ditolak kasar. "Woah! Woah! That's rude!" Marc cuba menghalang pintu tapi tak berjaya. 2 orang lelaki terus masuk, berpakaian formal dan seragam.

"That's fucking rude!" Jerit Marc pada mereka. Willy kelihatan serba salah, masih tercegat di pintu. Salah seorang lelaki terpandangkan aku di sebalik dinding dan Marc perasan perhatiannya padaku. "Don't fucking touch my junior."

Lelaki itu buat tak endah pada kata-kata Marc dan menghampiriku. "Davika?" Soalnya. Marc terus merapati kami dan menarik lengan lelaki itu. "Leave her out of this. What are you doing here?! What do you want?"

Kenapa intonasi Marc kasar? Apa yang sedang berlaku? Hatiku rasa tak enak.

"Marc Raumer." Lelaki itu berpaling menghadap Marc. "You're a super senior now, you should have known better than to drag your little one in this mess."

"That's none of your fucking business! Now tell me, what the hell are you doing here?!" Marc melawan kembali, masih marah. Kenapa mereka bertengkar? Siapa lelaki ni? Apa dia mahu? Adakah aku dan Marc dalam masalah??

"Act 4, under Chapter Morality in Flexian Law— Never in any circumstances a super senior and selected junior develop a sexual relationship." Lelaki itu masih membalas dengan tenang.

Aku dapat menangkap beberapa perkataan yang diucap lelaki itu, tapi perkataan seksual paling menggusar fikiranku.

"We didn't fuck, if that's what you're implying." Bidas Marc dengan wajah marah. Fuck? Marc sebut fuck?

"Bet she lost her virginity to you, huh?" Lelaki itu membalas. Aku semakin tak keruan sebab tak dapat memahami perbualan mereka.

"She's still a fucking virgin, for fuck's sake! Could you please not make any stupid assumption from the rumours you heard?" Marc memeluk tubuh.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now