[ Media ]
Marc di raptai persembahan[ Terjemahan ]
-[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim* * *
"Marc..." Aku menghela dan terus bangun dari katil. Marc meluru ke arahku dan merentap tanganku. Seakan terasa satu ketidakselesaan di pergelangan tanganku apabila ditarik kasar oleh Marc, keluar dari bilik Nina dan naik ke tingkat atas.
"Oww! Marc, sakit!" Rayuku, tapi tak dipedulikannya. Aku terus diheret masuk ke biliknya, sama seperti kejadian 2 minggu lepas. Hatiku jadi risau.
"Kau fikir kau boleh perbodohkan aku ke hah?!" Tengking Marc sebaik aku ditolak terduduk di atas katil. Aku rapatkan tanganku di perut dan mula mengurut pergelangannya, mahu rasa rentapan itu hilang.
"Jawab, Davika! Kau fikir kau boleh perbodohkan aku??" Tengking Marc lagi.
"Perbodohkan apa, awak? Saya tak faham." Soalku perlahan, masih tunduk, tak mahu memandang Marc yang sedang berdiri berang di depanku.
"Tak faham?? Apa perjanjian kita, Dav?? Aku ambil duit kau dan kau tidur dalam bilik ni sebulan, itu persetujuan kita, tapi apa kau buat?? Elok lepas aku ambil duit semalam, kau terus nak buat kepala macam ni??"
Hah? Marc dah ambil duit semalam??
"Aku ambil duit tu dengan kepercayaan kau akan pegang bahagian perjanjian kau untuk terus tidur di sini selama sebulan, tapi baru sehari, kau dah musnahkan kepercayaan aku. Apa kata kalau aku musnahkan kepercayaan kau pulak? Adil, kan?"
Aku mengangkat wajah. Marc sedang memandangku dengan satu pandangan yang redup. Terkilas di matanya akan niat buruknya padaku.
"Awak—" Aku terus turun dari katil dan memeluk kakinya. "Awak, saya minta maaf! Saya bukan nak musnahkan kepercayaan awak, saya cuma— Saya tak tahu jika awak masih nak saya tidur di sini malam ni, sebab pagi tadi kan— Pagi tadi kan awak marahkan saya sebab curi dengar perbualan awak dengan Jo. Saya minta maaf, awak!" Pintaku bersungguh.
Marc tak bergerak. Dia seakan terpaku. Aku dongakkan kepala. Dia sedang memandangku. "Marc, saya minta maaf. Saya janji, saya tak buat lagi. Awak masih boleh percayakan saya sebagaimana saya percayakan awak, kan?"
Hening seketika.
"Dav, bangun." Suara Marc kedengaran lebih tenang. "Aku rasa pelik kau melutut kat kaki aku macam ni. Selalunya bila perempuan melutut depan aku, dia orang buat benda lain, bukan merayu macam ni. Dah, bangunlah." Gesa Marc dan dia bongkok sedikit untuk menarik lenganku.
Aku kembali berdiri di depannya dengan wajah tunduk. Pergelangan tangan aku urut kembali, rasa seliuh itu masih sikit mencengkam.
"Okay. Aku maafkan kau. Kau masih percayakan aku, kan?"
Aku mengangguk. Terselit juga perasaan risau tadi apabila Marc menarikku ke bilik begitu, tapi apabila intonasi suaranya sudah hilang nada-nada marah, aku kembali percaya padanya.
"Dah, jom tidur." Dia menarikku kembali ke katil. Kali ini, tak perlu dipaksa, aku terlebih dulu melentokkan kepalaku ke bantal. Marc naik ke sebelah dan merapatiku. Spontan, aku mengereng ke kanan.
YOU ARE READING
PREVIU || Davika
RomanceThis is a preview version. Complete version should be available for purchase (while stocks last). Please read carefully the first part of this novel. Thank you! ◈◈◈ Aku Davika. Dan dunia kini jauh berbeza. Empat negara telah bergabung. Tiga bahasa m...