26 | Bakal Menantu

61.8K 1.5K 116
                                    

[ Media ]
Pim dan Davika

[ Terjemahan ]
khun sway maak awak sangat cantik

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Apa yang sedang berlaku?

"Mae!" Respon Pim pendek dan pipinya merah. Mama Marc tersenyum lebar sedang gadis jelita di depanku ini tertawa kecil sambil menutup mulut.

"Marc ada abang atau adik lelaki ke?" Tanyaku, keliru. Mereka serentak memandangku.

"Taklah. Anak Aunty cuma 2 orang itu sahaja. Marian dan Marc." Jawab mama Marc, masih dalam senyuman. Pim menggigit bibir bawah, bergilir-gilir memandangku dan wanita yang bakal menjadikannya menantu.

"Oh." Responku pendek. "Jadi... Pim dengan Marc—"

"Yalah, takkan dengan Marian pula." Sampuk mama Marc, kemudian turut tertawa.

Pim sudah kelihatan serba salah. "Mae, itu kan cerita lama." Bisiknya perlahan. Mama Marc terus mengerutkan kening dan memandang Pim tegas.

"Pim, cerita lama atau baru, Mae yakin cuma Pim seorang yang boleh faham dan terima anak lelaki Mae dengan seadanya."

Pim nampak semakin gelisah. "Ya, Pim faham. Tapi Mae—"

"Bagi Mae, anak menantu perempuan Mae cuma Pim seorang." Dipotong lagi percakapan Pim. Dengan wajah berat, Pim memandangku dan tunduk, sebelum kembali memandang mama Marc dengan senyuman kecil.

"Baiklah, Mae. Jom masuk? Pim nak tunjuk resepi pasta baru!" Ujarnya teruja. Pertukaran topik itu berjaya kerana mama Marc turut tersenyum teruja.

"Ya, marilah masuk. Matahari pun sudah meninggi." Balasnya dan mengajakku. Aku hanya mengangguk dan membuntuti mereka dari belakang.

Di dapur, Pim dan mama Marc sudah seronok mengeluarkan pelbagai bahan untuk menyediakan makan tengahari hari ini ke atas kaunter tengah. Aku cuma mengikut saja kerana otakku masih sedang cuba memahami apa yang baru terjadi di luar tadi.

Apa hubungan sebenar Pim dan Marc?

"Davika?" Panggil satu suara dan aku menoleh. Mama Marc.

"Y-ya?" Sahutku.

"Tolong berikan tepung di tepi kamu tu?" Pintanya. Dalam kekalutan, aku toleh bahan-bahan yang berada di sekitarku. Dan entah kenapa, aku seolah-olah tak kenal yang mana satu ialah tepung.

"Pim??" Suara Marc mencelah dari arah gerbang dapur dan serentak mataku menoleh.

"Marc!" Jerit Pim dan terus meninggalkan kaunter, berlari ke arah lelaki yang masih kelihatan terpinga-pinga. Pim lantas melompat kecil dan Marc menyambutnya ke dalam pelukan yang sungguh erat. Perlahan-lahan, aku nampak senyuman terukir di bibirnya.

"When did you get here?!" Tanya Marc dengan suara sikit tinggi.

"I just did." Jawab Pim sebaik pelukan dilepaskan. "Mae didn't tell you?" Tambahnya dan Marc menggeleng kepala. Semakin kusut emosiku, lebih-lebih lagi kerana aku tak dapat memahami perbualan mereka.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now