[ Media ]
Davika omaigadddd T_T[ Terjemahan ]
-[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim* * *
Apabila kami pulang dari membeli-belah malam itu, Marc sibuk mahu melihat baju yang Pim pilih untukku, tapi terus dihalang. "Mana boleh! Esok malam baru boleh tengok!"
"Alaaaa, kedekutnya!" Getus Marc sambil memuncungkan mulut. Pim hanya tertawa dan menjelir lidah ke arah Marc.
"Malam ni, Davika tidur dengan Pim!" Ujar Pim tiba-tiba. Merah padam mukaku, lagi-lagi apabila teringat perbualan kami ketika di pusat membeli-belah. Dia bertanya aku bermalam di bilik mana memandangkan bilik tidur utama untuk tetamu kosong.
Apabila aku diam, Pim terus meneka. Dan tekaannya tepat.
"Eh! Mana boleh! Dia tidur dengan Marc lah!" Betah Marc tak puas hati. Pim terus mencebik muka dan menjelir lidah lagi. Terhibur pula aku dengan karenah mereka berdua.
"No no no, malam ni dia tidur dengan Pim. Jom, Davika!" Pim mengajak lantas menarik tanganku. Baru mahu melangkah, sebelah tanganku ditarik pula oleh Marc.
"Mana boleh macam tu!" Betahnya lagi.
"Boleh!" Balas Pim sambil menarik sebelah tanganku.
"Tak boleh!" Marc masih tak mahu mengalah. Ditarik juga sebelah lagi tanganku. Aku yang terterik di tengah-tengah.
"Boleh!" Pim mengerutkan keningnya dengan riak marah. Marc sudah bersedia untuk membetah, tapi suara mamanya terlebih dulu mencelah.
"Marc, mari sini sekejap. Mae ada perkara yang hendak dicakapkan sikit."
Hening seketika suasana di ruang tepi tangga itu. Marc mengangguk sekilas dan melepaskan tanganku. "Ni mengalah tak rela, okay." Bisiknya perlahan sambil menghulurkan sesuatu ke dalam tapak tanganku sebelum menapak menghampiri mamanya yang menunggu di tepi gerbang ruang tamu.
Telefon bimbit yang dibelikannya untukku.
"Jom!" Pim kembali menarik tanganku melepasi tangga dan bergerak ke bilik belakang— bilik utama untuk tetamu yang dihuninya kini.
Aku dirias habis malam itu. Selepas membilas kepala, kami duduk di katil dan Pim memperkenalkan segala rutin kecantikan yang perlu dipelajari oleh setiap wanita. Aku ada perasan rutin tersebut dilakukan oleh Nina sepanjang aku berkongsi bilik dengannya, tapi tak pula aku mengikut sama.
Aku dikemaskan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Selepas mandi tadi, sempat Pim melumurkan rambutku dengan serum. Kemudian, keningku pula disisirkan. Beralih pula pada kuku tangan dan kaki, segalanya dirapikan serba-serbi. Dan harus aku akui, aku seronok meluang masa berkualiti dengan Pim hari ini.
Tak hairanlah mama Marc sayang padanya.
Sempat juga tadi aku bertelagah dengannya. Pim mahu mengoleskan pengilat kuku berwarna merah di kuku tangan dan kakiku, tapi bersungguh aku tolak. Terlalu drastik bagiku kerana aku sendiri tak pernah memakainya. Pim mengalah setelah hampir 10 minit cuba mengubah fikiranku, dan dia akur pada pengilat kuku berwarna jernih.
YOU ARE READING
PREVIU || Davika
RomanceThis is a preview version. Complete version should be available for purchase (while stocks last). Please read carefully the first part of this novel. Thank you! ◈◈◈ Aku Davika. Dan dunia kini jauh berbeza. Empat negara telah bergabung. Tiga bahasa m...