23 | Ujian Keperawanan

73.1K 1.4K 110
                                    

[ Media ]
Davika dan Marc

[ Terjemahan ]
-

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Aku takut.

Aku tak mahu melakukan ujian tersebut, apatah lagi setelah diterangkan prosedurnya oleh doktor perempuan tersebut. Aku terus meluru keluar daripada bilik pemeriksaan, melintasi Marc yang sedang duduk di bangku menunggu. Beberapa langkah melewatinya baru dia perasankanku.

"Dav!" Jerit Marc, tapi aku buat tak endah. Jantungku berdegup cukup laju, seakan mahu tercabut. Tak pasti kenapa aku rasa sungguh tersinggung saat ini.

"Dav!" Marc merentap lenganku sebaik aku keluar dari bangunan Unit Medik Flexi. "Apasal ni??" Soalnya separuh marah, separuh keliru.

Aku rentap semula tanganku. Setitis airmata mengalir di pipi. "Sampai hati awak."

Marc mengetap rahangnya dan memandang sekeliling sebelum cuba mencapai tanganku semula. "Kita cakap dalam kere—" Kata-kata Marc terputus apabila aku rentap semula tanganku untuk menyeka titis airmata yang mengalir terus di pipi.

"Dav, please, kita cakap dalam kereta, please." Pinta Marc separuh berbisik separuh merayu sambil memandang sekeliling. Kemudian, perlahan-lahan dia raih semula tanganku dan kami kembali ke dalam kereta.

Enjin dihidupkan tapi kereta tak bergerak pun. Aku masih memandang ke luar tingkap, membiarkan hatiku yang tersinggung diluah melalui titis airmata yang masih setia mengalir. Marc di kerusi pemandu bagai cacing kepanasan.

"Davika." Namaku ditutur perlahan. "Pandang aku bila aku bercakap dengan kau."

Sedar bahawa Marc masih super seniorku yang perlu dihormati, aku menyeka airmata di pipi dan menoleh sikit ke arahnya tanpa sebarang bicara.

Marc menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan menyusun butir bicara seterusnya. "Kau marah dengan aku?" Soalnya.

"Awak tak percayakan saya." Jawabku setelah hampir seminit membiarkan soalan Marc tak berjawab.

Marc terus meraup wajahnya. "Bukan aku tak percaya, tapi tak salah kalau ada sijil medik untuk mengsahihkannya, kan?"

Serentak, hatiku rasa bagai ditumbuk remuk. Nafasku seakan terhenti. Serentak itu juga aku terus menoleh kembali ke luar tingkap, namun aku dengar Marc bergerak di kerusinya, dan seketika kemudian, wajahku ditarik agar berpaling semula ke arahnya.

"Dav, aku tahu kau masih dara, it's too plain to see. Aku percayakan kau. Tapi, aku perlukan sijil medik tu sebagai bukti."

"Bukti untuk apa?" Soalku kembali. Marc nampak teragak-agak untuk menjawab, lalu aku soal lagi. "Bukti untuk apa, Marc?"

Marc menarik nafas panjang lagi. "Kalau aku cerita pada kau, boleh kau janji kau takkan tarik semula kata-kata kau malam tadi?"

Hatiku mula rasa sangsi. Kenapa aku rasakan perkara ini ada kaitan dengan 2 lelaki yang datang ke bilik Marc pagi tadi?

"Saya cuma nak tahu." Jawabku perlahan.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now