"Assalamualaikum!"
"Oh mak kau buku aku terbalik!" Mimi melatah. Mimi berlari untuk memakai tudung.
"Amboi makwe melampau sungguh melatahnya!" Laung Afiq dari gate. Afiq mengambil kunci yang di gantung pada dinding di sebelah gate untuk untuk membukanya.
'Hish mamat ni! Sedap sedap dia je bukak gate tu! Dia fikir dia siapa?' Kata Mimi di dalam hati lalu mengemas buku buku nya yang berteraburan kerana terkejut tadi.
"Ayah! Adik angkat ayah datang!" Mimi menjerit memanggil ayahnya yang sedang berada di dalam bilik.
"Makwe buat apa tu?" Afiq berjalan mendekati Mimi.
Mimi hanya menjeling lalu masuk ke dalam biliknya.
'Hish! Rimas lah aku dengan mamat ni! Benci! Makwe makwe. Siapa nak jadi makwe kau?! Mengacau betul lah! Aku nak belajar pun susah' Mimi membebel di dalam hati sambil menghentakkan kakinya berkali kali.
"Makwe janganlah hentak hentak kaki! Kesian orang bawah nak rehat rehat hari minggu macam ni!" Kata Afiq dari sebalik pintu bilik Mimi.
'Eh? Dengar ke? Ya Allah memalukan je' Mimi berkata di dalam hati lalu menepuk dahinya.
Mimi duduk di birai katilnya setelah tidak lagi kedengaran suara Afiq.
Mimi membelek belek bukunya. "Hurmm mana buku nota sejarah aku eh?"
Mimi cuba mengingati di mana buku nota sejarahnya berada.
"Alamak! Ada kat luar lah" Mimi memakai tudungnya semula lalu keluar dari bilik dengan teragak agak.
"Haa tengok. Akhirnya keluar juga bakal wife saya" kata Afiq apabila melihat Mimi keluar dari bilik.
"Eee tak hingin orang kat abang. Better orang kahwin dengan orang utan lagi bagus" Mimi mengambil bukunya di tepi Afiq.
Afiq merampas buku nota sejarah Mimi dari tangan Mimi lalu membuka buku itu.
"Hish bagi balik lah!" Mimi paling pantang jika ada orang melihat tulisannya selain daripada cikgunya.
"Mimi.. cakap elok elok. Awak tu perempuan" kata Ayah Mimi yang dari tadi melihat gelagat Mimi dan Afiq.
"Abang ku yang tersayang. Orang nak buku nota sejarah orang balik" kata Mimi dengan nada manjanya.
"Haa! Macam ni lah sayang abang. Nah. Cantik tulisan Mimi" Afiq memulangkan semula buku itu kepada Mimi.
Mimi merampas buku itu dari tangan Afiq lalu menjeling Afiq.
"Mimi! Bawa air ni ke depan!" Kedengaran suara ibu Mimi dari dapur.
Mimi meletakkan buku itu di dalam biliknya sebelum dia menuju ke dapur.
Dalam perjalanan hendak ke dapur terdapat kereta mainan adiknya bersepah. Tanpa Mimi sedari dia terpijak satu kereta mainan tersebut lalu hilang imbangan.
Semasa Mimi ingin imbangkan semula badannya kaki terpeletuk. Mimi terduduk di tengah tengah jalan.
"Aduh! Sakit!" Mimi ingin memegang kakinya tetapi tidak boleh.
Afiq yang melihat apa yang berlaku terus berlari mendapatkan Mimi. Begitu juga dengan ayah.
"Mimi.. Mimi okay?" Afiq memegang kaki Mimi.
"Ahh! Sakitlah! Abang ni!" Mimi menolak tangan Afiq dari kakinya.
"Jom kita pergi klinik" ayah berlari mendapatkan kunci kereta.
Afiq memegang lengan Mimi membantu Mimi bangun.
"Haa sakit! Aqil punya pasal lah ni!" Rungutnya setelah berjaya berdiri.
Afiq membantu Mimi jalan dengan memegang lengan Mimi.
"Geram pulak abang tengok Mimi jalan macam ni. Abang dukung je lah kan senang" Afiq mendukung Mimi.
"Eh abang. Turun kan Mimi apa pula kata jiran jiran nanti kalau nampak" Mimi memukul mukul lembut bahu Afiq.
"Tengah sakit kaki macam ni still nak pikir pasal jiran. Biar lah diorang nak kata apa. Tak kan nak suruh ayah Mimi angkat? Mau patah tulang belakang dia"
Mimi hanya mendiamkan diri. Mimi rasa takut apabila di dukung sebegitu rupa lalu tangan sebelah kanannya memeluk pinggang Afiq.
'Kenapa dia risau sangat bila aku jadi macam ni? Kenapa dia caring sangat pasal aku?' Kata Mimi di dalam hati.
"Aduh!" Jerit Mimi semasa Afiq meletakkannya di dalam kereta.
"Mimi luruskan kaki" Afiq membantu Mimi meluruskan kaki.
Air mata Mimi mengalir kerana kesakitan.
Afiq mengelap air mata Mimi.
"Sabar sikit. Kita pergi klinik belakang ni je" kata Afiq dengan muka risaunya.
Mimi mengangguk.
Vote and comment di alu alukan. ;-)
YOU ARE READING
My Crush!
AcakAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.