" NORA! Bangun Nora,nanti lambat pergi sekolah. " panggil Puan Sarah dari arah dapur. Nora masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun dari katil masih enak diulit mimpi. Terlalu letih kerana menyiapkan kerja rumahnya sehingga larut malam. 'Hish! Budak bertuah ni kan.' Puan Sarah berjalan menuju ke arah bilik anak perempuannya itu
Nora masih lagi menyelimuti tubuhnya. Sedikit pun tidak mencelikkan mata. Keadaan bilik yang gelap gelita secara tiba-tiba menjadi terang apabila Puan Sarah menekan suis lampu yg berada di kiri sebelah Suis kipas.
Puan Sarah sangat menyayangi anaknya Nora kerana Nora sahajalah harta yang paling berharga yang dia miliki. Puan Sarah dan anaknya telah ditinggalkan oleh bekas suaminya, Rahim. Nora ketika itu masih kecil. Sehingga sekarang Rahim tidak diketahui tentang keberadaannya.
Puan Sarah tidak mahu mengambil tahu lagi hal yang berkaitan dengan bekas suaminya itu, Puan Sarah hanya mahu kebahagiaan dan kejayaan anaknya harus dia titikberatkan. Bukan dia tidak tahu yang Nora selama ini berasa terkilan sebab teringin merasai kasih sayang seorang ayah yang selama ini dia tidak pernah rasai dari kecil. KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA, KASIH AYAH SELAMANYA.
" Nora! Bangun sayang." Puan Sarah menepuk manja bahu anaknya. Nora mengeliat tetapi masih juga tidak berganjak dari katilnya.
" Ibu, Nora rasalah kan bu, Nora macam nak demamlah." Dengan suara serak Nora merengek.
Puan Sarah meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Nora. PANAS!. Puan Sarah keluar dari bilik Nora untuk mengambil tuala basah. Setelah beberapa minit, Puan Sarah kembali ke bilik anaknya semula, dia kemudiannnya memulaskan tuala tersebut dan diletakkan ke atas permukaan dahi Nora. Supaya panas di dahi anaknya reda sedikit. Ubat panadol dihulurkannya kepada Nora. Nora ni jika sakit memang susah sangat kalau disuruh makan ubat, sejak kecil lagi. Degil!.
" Ibu tak payah susahkan Ibu, Nora boleh ambilkan sendiri." Nora menolak ubat yang diberikan oleh ibunya.
Puan Sarah bukannya tidak tahu anaknya itu. Jika disuruh makan ubat, apa-apa jenis ubat mesti dia akan beri alasan bagi mengelakkan diri dari memakan ubat tersebut. Nora memandang wajah ibu, dia berharap sangat kalau ubat tersebut tak masuk ke dalam mulutnya. ' Pahit! Tak sanggup aku telan.'
" Jangan nak buat riak muka manja yer, ibu tahu Nora sengaja kan sebab nak elak makan ubat kan?." Puan Sarah mencekak pinggang. Nora tersengih. Tahu pula ibunya. Huhu.
" Ibu tahu, hihi..." Nora tersengih.
" Mestilah Ibu tahu, sebab itulah ibu siap-siap sudah hanculkan panadol ni ha." Panadol tersebut dihancurkan dan kemudiannya ditambahkan sedikit gula. Cara beginilah jika beri anak perempuannya ubat.
Akhirnya nak tak nak terpaksalah dia telan kalau nak cepat sembuh lagipun ada juga rasanya kan. Lagipun dia pun taknak sakit lama-lama. Tak kuasa telan ubat hari-hari. Uwekk!.
*****
IAAZ melirik ke arah jam di pergelangan tangan kanannya. 7.59 pagi. Lebih kurang 1 minit, angka jam akan bertukar 8 pagi bermakna tak lama lagi sesi pembelajaran akan bermula. Nora pula belum menunjukkan dirinya akan datang ke sekolah, biasanya Noralah orang yang paling awal datang ke sekolah dari mereka semua. Tetapi kali ni lain pula, tak sedap hati dia kali ni. Nora, awak okay kah. Dia melihat ke tempat duduk Nora. KOSONG.
" Nana, Ika! korang ada nampak tak Nora? Dia ada cakap apa-apakah kat korang?." Tanya Iaaz.
" Tak tahu pulak. Maybe dia ada hal tu sebab dia tak datang kot." Ujar Nana. Bahunya terangkat-angkat.