BAB 14

16 1 0
                                    

   NORA memandang ke sekeliling taman. Sudah mulai digerumi oleh pengunjung. Meriah juga. Taman Mawar banyak kelengkapannya yang telah disediakan oleh pihak yang berkuasa untuk menjaga dan mengekalkan keindahan taman ini serta keselamatan pengunjung sebab siap ada security taman yang jaga. Di dalam taman ini ada beberapa gerai yang menjual barang halal kepada kami apabila memerlukan, selain kedai, tandas awam juga disediakan. Taman Awam taman ini amatlah memuaskan tahap kebersihannya kerana telah dijaga rapi.

    " Eh, Pak Bob stop sini sahajalah tak payah masuk." Arahku. Aku melihat keluar tingkap. Syikin, Lily dan Mimie melambai-lambaikan tangan ke arah aku.

   Pab Bob ingin membuka pintu kereta tapi aku cepat-cepat menghalang. Segan.

   " Takpa Pak Bob, Nora boleh buat sendiri." Ikhlas kata-kata Nora.

   Walaupun kita kaya janganlah kita bersikap angkuh. Sikap itu tidak disenangi oleh Allah.

   Pak Bob atau nama sebenarnya Encik Rusdi. Entahlah dari mana datangnya nama samaran Bob tu. Biasanya Bob tu panggilan untuk orang yang berisi tapi aku tengok tak juga Pak Bob berisi.

   " Tapi Cik..." Pak Bob berasa bersalah. Bukan dia tak ingat pesan Nora agar tidak membuka pintu untuk Nora. Tapi walau bagaimanapun Nora tetap anak majikannya yang perlu dihormatinya sebagaimana dia menghormati majikannya.

   ' Pak Bob ni okay ke tidak or pelupa. Ayaa.  Berapa kali nak kata jangan panggil saya Cik. Malulah.' Kata Nora dalam hati. Dia tidak selesa dengan layanan Pak Bob yang terlampau mengikut arahan tu.

   " Pak cik tak payahlah nak bercik-cik dengan Nora, panggil jak Nora cukup." Pesan Nora sekali lagi. Entah ini kali ke berapa Nora berkata begitu. Pintu kereta ditutupnya sendiri.

   Baiknya anak Tengku ni. Bertuahnya dapat anak macam ni.

   " Dan lagi satu, kalau Nora tak balik tengahari nanti mungkin 5.30 petang Nora balik. Nanti Nora call pak Bob ya. Thanks and Nora pergi dulu ya Pak Bob." Pak Bob mengangguk tanda faham.

   Aku berlari anak menghampiri mereka bertiga. Aku menyiku Syikin. Ni mesti ada perancangan.

   " Let go! Siapa lambat jadi bini Aiman!." Teriakku. Aku berlari dengan laju. Haha! Aku pun tidak tahu apa tujuan aku berkata demikian. Tapi yang penting ada yang menaruh hati terhadap Aiman dalam diam.

   " Nora! Mana aci macam ni." Rungut Lily. Nafasnya tercungap-cungap. Mimie dan Syikin berlumba-lumba dari belakang sebab tak mahu kalah. Tak mahu jadi bini Aiman mata sepet tu.

   Bukan mereka tak tahu pun siapa yang minat gila dengan Aiman sepet mata tu. Nak tahu siapa?

   Setelah sampai di hujung Taman, barulah mereka berhenti. Taman Mawar juga mempunyai jambatan gantung yang taklah beberapa panjang sebab tak sempat kira. hihi. Tengah-tengah taman ada sebuah kolam yang besar menempatkan pelbagai jenis ikan kecuali Shark, untuk menjaga kestabilan ekosistem ikan di dalam kolam, pengunjung tidak dibenarkan untuk memancing ikan atau membuang sampah ke dalam kolam ikan. Kalau tidak akan didenda.

   " Haha! Kita dah ada calon tergempak Aiman." Ujarku dengan nafas tercungap-cungap. Peluh menitik di seluruh badan. Tak sia-sia mereka berlari. Dapat juga buang toksin dalam badan.

   " Mimie. Haha" Syikin mengusik Mimie. Lily hanya ketawa tetapi tersekat-sekat.

   Mereka ni kan. Ada je nak sakat aku dengan Aiman tapi kan... hihi aku suka.

   " Eee, korang ni kan. Tak mahu kawan lah." Rajuk Mimie. Mulutnya dimuncungkan.Macam mulut monyet. Haha. Kasihan itik,sikit-sikit kata macam mulut itik so sekarang aku umpamakan macam mulut Monyet. Sexy.

Mentari cintaWhere stories live. Discover now