BEBERAPA bulan kemudian (ingin cepatkan masa) hihi, Nora merasakan yang dia sebenarnya jatuh cinta dengan Iaaz Aqiq sejak dulu lagi,hanya kali ini sahaja dia betul-betul sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri. Berbulan-bulan juga dia pendam perasaan Cinta tu sebab dia tahu dan sedar yang Iaaz hanya menggangapnya hanya sebagai seorang kawan. Bukan sahaja berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun dia pendam perasaannya itu sebelum perasaan tersebut menjadi semakin dalam dan tulus, Namun apakah daya, dia dalam keadaan Friendzon dengan Iaaz Aqiq.
Selama berbulan-bulan juga dia menjauhkan dirinya daripada Iaaz tapi tetap tak berjaya. Dia tahu yang sekarang ni dia benar-benar jatuh cinta dan orang itu adalah Iaaz Aqiq bin Khairul dan dia sangat pasti bahawa Iaaz adalah cinta pertamanya tiada yang lain, dia pun tak tahu kenapa dia dapat menanam perasaan itu dalam dirinya. Kalaulah dia tahu macam ini jadinya, sudah lama dia ketepikan perasaan itu. Hmmm tapi mustahil.
Pada tanggal 28 ogos 2011 lepas dia dah berterus-terang dengan jujur tentang perasaannya terhadap Iaaz. Tapi Iaaz menolaknya mentah-mentah. Ee! Iazz ni kan, menyebalkan, Author pun rasa nak hempuk pakai lesung batu. Betapa sakit hati dia hanya Tuhan jak tahu tambah lagi Iaaz telah mengatakan!. ' maaf Nora, aku sayang kau tapi sayang tu...hanya sebatas seorang sahabat. Iaaz sayang Nora lebih dari segalanya. Iaaz akan kekal sebagai sahabat sejati buat Nora selamanya.' SELAMANYA! Tidak! Kenapa aku bodoh sangat Ya Allah jatuh cinta dengan Sahabat aku sendiri. Sahabat yang dah seperti seorang abang aku selama ini. Ika dan Nana harus aku jumpa. Aku tak tahan lagi. Aku mesti luah dekat seseorang, aku tak nak menderita lagi." Assalamualaikum,Nana,Ika datang rumah aku,ada hal..please..." Rayu Nora dengan suara sengau akibat menangis tak tentu pasal tadi. Mana taknya, hidung dia tersumbat sebab hingus. Setelah mereka setuju untuk berjumpa maka talian diputuskan.
Belum sampai beberapa jam. Nana dan Ika muncul di hadapan rumah. Puan Sarah membenarkan mereka masuk.
" Nora, Ika dan Nana sampai ni kat luar bilik. Buka pintu ya sayang, Ibu nak pergi dapur." Ketuk Puan Sarah.
" Suruh mereka masuk Ibu, sorry ibu kali ni Nora tak dapat bantu ibu masak. Nora ada hal." Nora mengawal suaranya. Macamlah ibu aku tu tak tahu apa-apa. Dia ibu aku, yang lahirkan aku ke dunia ini mesti dia tahu.
" Yalah-yalah ibu tahu, selesai masalah Nora, Ibu pergi dapur. Jangan pula Nora tak mahu makan hanya kerana masalah 'sekecil' itu." Nasihat Puan Sarah. Kan aku dah kata mesti Ibu tahu punyalah. Tak payah cakap mesti secara automatik Ibu tahu.
" Masuklah..." Aku memberi izin mereka masuk. Ika menutup rapat bilik tidurku. Aku menyuruh Ika mengunci pintu. Dia akur.
" Hah! Apahal ni panggil kita orang malam-malam macam ni." Nana melihat aku sedikit keliru. Siapa tak keliru, kawan kita yang ceria tiba-tiba monyok macam ni... tak ke pelik?
" Sebenarnyakan...." mereka berdua terangguk-angguk bak burung pelatuk. Tak sabar pula apa yang tergempak sangat ni.
" Sebernarnyakan..." masih juga yang sama..Budak ni kan buat orang tertunggu-tunggu jak.Cepatlah!
" Apa dia? Dari tadi sebenarnyakan yalah apa yang benarnya tu." Ika tak puas hati. Yalah. Koranglah kan pembaca? Apa korang rasa kalau korang tempat aku?.
" Ni pasal Iaaz....Aku.." Tersekat-sekat dia mengeluarkan suaranya. Bersediakah aku bagitahu kawan-kawan aku. Ya Allah kuatkanlah hatiku ini.
" Kenapa dengan Buah hati kau tu." Nana menyoal ingin tahu. Ika melihat perubahan pada wajah Nora terus menyiku lengan Nana.
Macam ada something wrong jak ni. Ya Allah! Apa yang berlaku dekat kawan baik aku ni.