KANTIN sekolah kedengaran riuh rendah, segala bunyi suara yang kedengaran. Bahaya tu kalau segala bunyi yang keluar. Bunyi Lembu Pak Usop ada sekali kot. Macam mengedik terlebih pula pelajar perempuan sekolah ni, adakah patut teriak macam orang kena sawan jak hanya kerana lelaki. Nora mengelengkan kepalanya. Mamat yang digerumi oleh ramai pelajar perempuan tu siapa? Macam pelajar baru saja. Lantaklah kau!.
" Helo cik adik manis pandang siapa tu?." Tegur Iaaz. Mamat bangla rupanya. Kejamnya kau Nora, Iaaz yang hensem tu kau samakan dengan bangla. Memang tak sama padan tol.
" Pandang oranglah takkan Mamat bangla pula." Nora menyuap nasi lemak ke dalam mulut. ' Sedapnya Mak Cik kantin buat.' Puji Nora dalam hati.
" Hish! Kau dua ni kan, ada ja nak bertekak. Itu salah ini salah. Macam pasangan sejoli sudah. " Bebel Nana. Mulut terkumat-kamit membebel.
" Kau ni kan Nana, pandai-pandai jak kau kenankan kami. We are still young okay, study first. Jangan nak mengatal nak couple." Nora mencebik. Masih mentah ada hati nak kenankan kawan dalam bab pasnagan ni. Memang gatal punya kawan.
Nora melihat ke arah orang yang digerumi orang ramai tu. Tak da? Lantaklah. Plastik bungkusan nasi lemak dilipatnya. Daripada aku layan bebelan Nana ni baik aku blah cepat. Iaaz ni pun satu, diam jak macam mengiakan pula apa yang dikatakan Nana. Tak teringin Aku!. Tangan kanannya memegang plastik bungkusan nasi lemak tu. Langkahnya menuju ke tong sampah kantin. Malang tidak berbau. Memanglah tak berbau Nora oi! Kalau bau dah lama orang sedar bahaya itu ada. Dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Akibat terpijak kulit pisang yang berhampiran dengan tong sampah. Pisang ni pun satu, kenapalah tak masuk cun-cun dekat 'mak' kau tak pasal-pasal aku yang kena balanya.
Nasib baiklah ada yang baik hati menyambutnya daripada terjatuh kalau tak malu dia. Mereka saling menatap mata masing-masing. Agak lama. Dup! Dap!. Dia kaku! Jantungnya kini cepat pula mengepam. Kalau dapat didendangkan bagaimana cara bunyinya menggunakan mikrofon atau speaker memang bingit kantin. Inikan laki yang hotstuff tadi. Getaran apakah yang aku rasakan sekarang ni Ya Allah. ' Hemsemnya mamat ni!! Getar iman aku' Teriak Nora dalam hati. Nak kau teriak depan mamat ni. Malu do. Haha. Sempat pula kau puji mamat ni. Malulah konon." Thanks." Ujar Nora. Tubuhnya lantas menegak keras. Terkejut! Mana taknya mamat tu lah orang yang pertama pegang tangan dan pinggangnya. Dia tak marah sebab kalau bukan laki tu dah lama dia tersungkur mencium lantai kantin. Memang akan menjadi kisah hitam nya di kantin. Arr! Nasib
Lain pula yang berada dalam fikiran laki tu. Cantiknya awek ni. Mata hazel dia tu!. Nora dapat merasakan yang sekarang ni pipi dia membahang seperti nak terbakar jak. Ditenung agak lama oleh seorang lelaki siapa yang tahan kan. Malu beb!. Nora tertunduk malu. Aee? Malu-malu miaw pulak kau Nora.
" Takda hal Awak lain kali hati-hati ya..." Pesan laki tu.
Nora angguk. Prihatinnya dia. Ni yang aku lemah ni.
" Awak!..Awak dengar tak ni?." Lelaki itu memandangnya pelik. Kenapa pula minah ni? dah terlekat dengan aku ka?
" Takda pa-pa..Awak cakap dengan saya apa tadi?." Tanya Nora. Ada dia cakap dengan aku tadi kah? Nora! Kau ni pun satu kalau pun nak mengelamun, rumahkan ada.
Lelaki itu tersenyum menampakkan baris gigi yang tersusun rapat. Bukan sahaja rapat putih pula tu boleh buat iklan Colgate mesti lariskan. Haha
" Saya Ambrose, Tengku Ambrose Aeril bin Tengku Akim. Am jak senang, awak?." Ambrose menghulurkan tangannya tapi tidak pula disambut oleh Nora. Bukan sombong k guys! Ibu Nora pesan jangan salam lelaki yang bukan mahram bagi wanita. Alim tak huhu. Perasan!.