YOU'RE all ever i need,
Baby you're
amazing,
You're my angel come
And save me,
You're all ever i need.NORA mengeluh. Apa lagi mamat tu nak, dah penat dah sehari suntuk asyik nak telefon saja kerja. Tak fasal-fasal Si Farah tu marahkan dia pula nanti. Dibiarkan sahaja telefonnya terpadam sendiri, tetapi belum sampai beberapa minit lagu You're are ever i need by Austin Mahone kembali berbunyi semula. Memang nak kena budak ni. Dah kena lempang pun masih tak jemu-jemu kacau orang. Orang nak baca buku pun tak senang. Nora menghempaskan bukunya di atas katil bujangnya. Telefon yang berhampiran dengan Al-Quran digapainya kasar. Punat hijau ditekan tanpa memandang pun nama yang tertera di skrin. Takpayah lihat pun, tahu dah panggilan dari siapa. IAAZ AQIQ! Siapa lagi kalau bukan dia.
" Hello! Assalamualaikum. Asal kau call aku ni hah! Tak puas lagi." Marah Nora. Lantaklah kau nak pekak ke apa Iaaz janji hati tak sakit.
Memang lelaki yang tak sedar diri. Dah salah buat-buat pula diri dia tu tak salah. Nasib aku sayang handfhone aku ni kalau tak dah lama pecah kena cium dengan dinding. Tak patut tak patut.
" Waalaikumussalam..Damia ni, kenapa kau marah aku. Apa salah aku Nora. Sampai hati kau marah sepupu kau yang cantik molek ni." Damia mengendurkan suaranya. Buat-buat merajuk paduhal tersengih macam kerang busuk. Sempat lagi puji diri sendiri pula. Angkat bakul sendiri eyy
Alamak! Kenapa aku ni marah tak tentu pasal. Damia! Sorry. Huhu.Tu lah siapa suruh pendam perasan marah tu lama-lama, kan orang lain yang kena tempiasnya.
" I'm sorry Mia, alalala jangan majuk." Pujuk Nora di dalam talian. Kesal. Padan muka aku siapa suruh main terjah saja.
" Takpa..Tak ambil hati pun. Aku yang wrong timing call kau.." Damia ketawa. Ingatkan merajuk betul tadi. Saja kan nak usik orang.
Damia dan aku amat rapat. Damialah satu-satunya sepupu yang aku ada. Dari kecil lagi kami dah rapat tapi sayang sejak Damia dan keluarganya pindah pergi ke Melaka kalau tak silap akulah. Sejak perpindahan itulah kami jarang jumpa lagi, huhu sedihnya. Jauh beb! Nak lepas rindu call sajalah, kalau nak beli tiket burung besi tu memang tak lepaslah, mahal. Selalunya bukan aku yang call tapi Damia sendiri bukan apa aku takut nak ganggu dia kot-kot busy. Jarak umur antara aku dan Damia hanya 1 tahun saja, aku yang lebih tua dari dia, hihi rasa bangga pula eyy. Tua lah sangat baru setahun saja pun.
Setelah hampir sejam kami berbual dari topik satu ke topik yang lain akhirnya aku menamatkan talian kami. Tak sedar pula masa berlalu tadi pukul 8 malam sekarang dah dekat pukul 10 malam dah. Patutlah rasa mengantuk ni kuat sangat. Tidur dulu lah. Aku malas lah nak bertekak dengan Iaaz. Takda guna. Sejak Aku menampar Iaaz tempoh hari dengan kejam, tak lagi si Iaaz tu cari aku cuma tu ha! Call memanjang saja kerja, ingat aku ni tukang hadap hp hari-hari ka, aku ada kerja lain yang lebih penting dari layan si Iaaz tu. Kalau aku kaya, dah lama aku beli Sim Card baru. Rimas, hari-hari kena kacau. Beberapa hari lagi dah nak ujian UPSR, terasa beban yang dipikul di bahu makin berat. Beberapa hari juga dia bertungkus lumus buat revision dekat rumah kadang-kadang di perpustakaan dengan Ika dan Nana. Orang katalah, kalau nak cemerlang tu mesti usaha gigih kan?. Kali ni aku perlu usaha gigih dapat keputusan cemerlang banggakan Ibu aku. Amin.
PEJAM CELIK akhirnya UPSR 2 minggu lepas berjalan dengan lancar dan kini semua pelajar SK MUIP akan menerima slip peperiksaan UPSR mereka. Hampir 65% peratus pelajar tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi tahun ni hanya 15 pelajar sahaja yang mendapat keputusan 5A. Tapi yang membanggakan, keputusan yang lulus dengan cemerlang meningkat dari tahun sebelumnya.
Aku yang belum mendapat slip peperiksaan daripada guru kelasku berasa nervous. Aku tak putus-putus berdoa agar aku mendapatkan keputusan yang memuaskan ataupun cemerlang kalau tak sia-sia sahajalah usaha aku selama ini. Aku menghampiri Cikgu Seline, dengan terketar-ketar aku menyambut slip peperiksaan aku." ya Allah..." Aku mengucap syukur yang tak terhingga. Akhirnya usaha aku tak sia-sia. Aku memandang wajah ibuku. Dia tersenyum senang. Ibu! Nora telah berjaya dengan cemerlang ibu.
" Alhamdullilah, anak ibu dapat 5A. Pandainya anak Ibu." Puan Sarah juga mengucap syukur kepada Ilahi. Tak sangka anaknya cerdik. Bertuah dapat anak yang taat dan rajin belajar macam Nora. Anaknya itu.
Aku mencari kelibatan sosok badan yang amat aku rindu. Tiada!. Kemana kau Iaaz. Eyy! Buat apa aku nak cari dia bagus tak payah menyusahkan. Nora bersyukur sekali walaupun dia mengalami masalah mengenai perasaan tetapi masalah yang dia alami tu tak menganggunya untuk mengulangkaji matapelajaran. Aku dah lama putus dengan Iaaz. Ehh! Tak, putus kawan bukan putus cinta. Tak sama mey...
" kenapa ni sayang?." Soal Puan Sarah risau. Agaknyalah kan, ibu tahu aku tengah tak sedih ni?. ' Kan best! Kalau berita gembira ni dapat dikongsikan bersama Ayah.' Nora mengeluh. Dia menarik nafas panjang. Aku perlu menunjukkan yang aku gembira depan ibu tak mahu sedih-sedih takut kesedihan aku tu nanti akan membuat ibu sedih.
" Takda pa-pa lah bu, Nora bersyukur sangat dapat straight A ni." Peluk Nora. Pipi kanan Puan Sarah diciumnya manja. Lantaklah orang tengok. Buat apa malu cium ibu sendiri, kalau cium lelaki yang bukan mahram baru boleh malu. Haram.
Kan bagus juga kalau Rahim turut bersamanya melihat kejayaan anak mereka. Puan Sarah mengeluh dengan nafas yang berat. Tidak mungkin terjadi kerana suaminya itu lama sudah menghilangkan diri. Bertahun-tahun lamanya.
" Nora! Aku lulus." Kata Ika. Mereka berdua menghampiriku. Bukan main gembira lagi mereka berdua. Okay Nora! Mesti pandai acting kali ni. Cayukk!.
Nora memalingkan mukanya menghadap Mereka berdua tapi sebelum itu dia mengubah riak wajahnya. Kelat. Sekelat yang mungkin macam kelat si buah pinang muda.
" Aku pun lulus juga, kau lah Nora?." Nana juga turut bersuara. Jangan menyerah kalah Nora. Ika dan Nana melihat Nora lain macam. Jangan kata....
" kau okay kah ni, lain macam jak aku tengok." Soal Nana Risau. Air mata buatanku jatuh ke pipi. Berjaya juga. Apa macam? maju tak lakonan aku ni. Haha!.
" Jangan kata awak gagal ya, macam tipu saja. Takpa Nora semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya." pujuk Ika. Kasihan pula aku tengok muka kawan aku ni. Monyok jak.
' memang tipu pun..haha umpan dah kena. ' Nora ketawa dalam hati. Tapi dia tak sangka pula yang mereka berdua sekarang ni menyaksikannya tersengih-sengih sorang diri. Kantoi.
Ni mesti budak Nora ni kasi pau-pau kami hidup-hidup ni. Nanti kau Nora. Macam berpakat pula Ika dan Nana mengeletek Nora. Padan muka kau Nora. Nak sangat kenakan orang sekarang tengok siapa susah, kamu juga. Ey! Mereka tahu kah..
" Cukup! Cukup, aku tak tahan ni." Aku mengangkat tangan menandakan yang aku menyerah kalah. Geli tahu tak kalau digeletek (Dicucuk² mengunakan jari telunjuk pada bahagian pinggang mangsa) dengan kejam oleh sahabat korang sendiri.
" Tu lah, jangan tipu kita orang. Kami tahu lah yang kau tu lulus. Berani kerat rambut kalau kau gagal. Haha." Aku tersenyum. Tahu juga mereka. Hihi ni baru kawan sejati.
Akhirnya tak sia-sia mereka mengulangkaji bersama-sama. Sekali tengok ketiga-tiganya juga dapat straight A. Akhirnya kami berpeluk bersama-sama.Erat. Puan Sarah mengelengkan kepalanya. Terhibur juga hatinya dengan gelagat anaknya bersama kawan-kawannya. Bersyukur sangat yang anaknya itu memiliki seorang sahabat yang baik macam Farina dan Syafika.