BAB 11

18 2 0
                                    

   NORA Meletakkan kasut sekolahnya di dalam rak kasut berkaca. Letih dengan segala pembelajaran tadi pun masih terasa penatnya. Dia banyak ketinggalan nasib baiklah dia sempat belajar tajuk yang diajarkan oleh cikgu-cikgu sekolah tadi di sekolah lamanya dulu. Susah juga apabila pelajar baru sepertinya tidak diberi peluang untuk berehat kah. Dalam mimpi sajalah Nora. Sebaik sahaja dia melangkah kaki dengan langkah kanan. Wajib tau! Rezeki akan cepat masuk kalau guna langkah kanan dulu.

     Dia terdengar bunyi gelak ketawa dari arah ruang tamu. Macam ada tetamu yang datang. Nora menuju ke ruang tamu yang berada di sebelah kolam renang. Beg sekolahnya tadi dia letak di atas almari kecil berhampiran dengan tangga biar senang digapai nanti katanya.

" Wah! Dah besar panjang dah anak saudara Mak Su. Tak terasa pula Umur ni dah semakin tua." Puan Nila tersenyum gembira memandang wajah anak saudaranya. Kedua-dua pipi Nora diciumnya manja.

   Geram pula aku dengan anak Kak Ara ni. Dulu bukan main tembam masa kecil sekarang dah langsing dah. Tinggi, putih pula tu.

" Mak su! Lama juga Nora tak jumpa Mak su, Mak su apa khabar." Sapa ku kembali. Tubuh Mak su dipelu erat.

" Khabar baik sayang.." umbun-umbun Nora dicium.

Mataku melilau mencari sepupuku. Rindu tahap dewa langit ni. " Mana Mia dan Nini Mak su?."

" Nini tak ikut, Mia dan Mak Su saja datang. Mia pula ada dekat atas, tidur kot Mak su rasa." Puan Nila menunjukkan ke arah atas.

   Setelah mengetahui keberadaan Sepupuku aku terus menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Apa yang membuat aku gembira kali ini, Damia dan Mak su akan tinggal di rumah ni selama 1 minggu! Tak sunyilah aku nanti.

   Aku mengetuk pintu bilik tetamu. Tiada sahutan. Betul ker Mia ada dalam ni? Baru sahaja nak beredar terdengar pula bunyi sesuatu. Mak ai! Anak dara ni berdengkur sampai luar bilik pun boleh dengar. Powerlah kau Mia. Haha.
  Aku membuka pintu tanpa mengetuk lagi. Aku melihat susuk tubuh yang tengah menutupi satu badannya tak nampak cuma dengkuran sahaja aku dapat cam. Aku memanjat kasar tilam. Buntut Damia aku tepuk kuat sikit. Kejam juga aku. Haha.. Rindunya aku.

    Damia mengeliat. Siapalah orang yang bertuah kacau aku ni. Dia mencelikkan matanya. Nak keluar jantungnya apabila Nora berada di depan matanya.

" Oh! Makku terbaring terduduk!..Nora!." Latah Damia.

Tak berubah juga Damia ni. Masih dengan latah mak nenek dia. Haha.

" Sorry..Hihi. Tu lah siapa suruh berdengkur mengalahkan lelaki. Kalau ada yang masuk meminang tahu lari sepuluh pusingan dia nanti. Haha." Nora ketawa terbahak-bahak. Nasib kau tu sepupu yang aku sayang Nora. Kalau tidak dah lama aku smack down ni..haha.

" Asal kau Tak bagitahu aku yang Papa kau tu Kaya 10 kali ganda dari aku.."

" Rezeki dari Allah, Mia. Aku pun tak tahu, ni pun baru tahu tahun ni"

   " Aku peliklah kan, tup-tup kau anak Tengku. Kerabat diraja my God!,Cinderella ke ni? Haha! Cinderella pun tak seindah ini ceritanya." Kening Damia bertaup. Pelik juga selama ini dia kenali Nora dengan ibu dia sahaja takda pula dia kenal ayah Nora.

     Tak menyangka pula ayah Nora yang dulunya dikatakan menghilangkan diri saat Nora masih kecil meninggalkan Ibu Nora sebatang kara, sudahlah ekonomi tengah merosot ditinggalkan suami lagi. Kasihan Mak Long. Setelah berbelas tahun menghilang sekarang muncul pula bersama seorang wanita berbangsa Cina Melayu yang dikenali sebagai Nelly iaitu ibu tiri Nora. Sungguh kuat Mak Long dan Nora menghadapi dugaan dunia. Begitu sabar menanti kehadiran ayahnya dan sanggup memaafkan kesilapan ayahnya. Tabik spring lah kau Nora

" Panjang ceritanya. Aku tak tahulah nak mula dari mana. Ada rezeki nanti aku ceritakanlah.." keluh ku berat.

" Itu ibu Tiri kau lah kan?." Paha kanan Nora ditepuk.

" A'ha, mama Nelly. Baik sangat dengan aku. Aku dilayan macam anaknya sendiri." Angguk Nora mengiakan.

" Mana anak dia aku tengok macam takda jak.. berapa umur Mama Nelly kau Nora, macam muda juga aku tengok.?" Dah macam soalan dalam ujian pula Damia tanya. Bertalu-talu.

" Mama Nelly memang takda anak, belum sempat ada baby Mama Nelly disahkan keguguran, paling kasihan baby tu first baby mama. Kalau tidak silap mama mengalami kemalangan teruk dulu sampai mama koma sebab kemalangan tula mengakibatkan hentakan kuat pada bahagian perut dan mengakibatkan keguguran serta kegagalan pada rahim mama dan auto menyebabkan mama tak boleh mengandung lagi." Cerita Nora dengan nada sedih. Kira begitulah yang disampaikan kepadanya.

Kasihan juga Aunty tu. Tipulah tidak terselit rasa ingin punya bayi sendiri bayi yang dikandung dalam rahim sendiri. Kuat nya dugaan ibu tiri Nora. Semua sudah tertulis.

  " Ohh...sorry Nora.." Menyesal pula tanya. Tapi kalau tak tanya takut pula silap kata di kemudian hari.

" Takpa... Emm, pasal umur tu sik silap aku umur Mama 43 tahun muda 5 tahun dari papa dan muda 3 tahun dari Ibu." Aku menjelaskan umur dan perbezaan umur mereka kepada Mia. Kelihatan Damia sedang menghitung menggunakan jari kemudiannya mengangguk tanda faham.

   AMBROSE membaringkan dirinya di atas katil empuk. Terasa badannya penat. Balik dari padang sekolah setelah puas bermain futsal terus dia merebahkan badannya. Tak pandang kiri kanan dah.

' Macam mana pula minah Strawberry tu sama sekolah dengan aku!.'

    Ambrose mengingatkan kembali peristiwa yang tidak dapat dia lupakan. Ada ke patut minah Strawberry tu marah dengan seorang mamat ni tetapi dengan aku-aku sekali dilempangnya. Kejap ada ke dia lempang? Bukan nak reti minta maaf pun minah tu. Geram aku, kalau aku dapat dia, aku kerjakan dia cukup-cukup. Berani kau Am, anak orang tu..

  Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Along dia ni pun satu, orang ketuk tak pandai jawab-jawab. Kalau main terjah masuk kena marah pulak.

" Abang! Abang!.." Gadis comel bertocang tu membebel sambil memanggil abangnya.

   Memang nak kena Along ni!. Arr main redah jak lah. Kalau ketuk bagaikan pintu ni dah nak roboh juga masih tuli. Susah ada abang macam ni.

Sebaik sahaja pintu dibuka dari luar. Ambrose merenung wajah adiknya dengan perasaan sebal. Dah lah masuk tak ketuk dulu. Kan dia dah ketuk tadi? Kau tu yang tuli.

" Kan Alonn..."

" Intan dah ketuk banyak kali lah Along tu yang pekak badak." Pintas Intan memintas ayat yang bakal dikeluarkan dari mulut abangnya.

   Seingat dia sebelum dia ketuk pintu alongnya macam bercakap dengan seseorang jak, gila ke apa along ku ni. Baik aku tanya. Manalah tahu elok sikit sewel along ni.

" Along cakap dengan siapa tadi, sampai dari luar Adik dengar Along meroyan..Along gila ya?."

   Amboi sedap punya mulut. Ni along kau lah adik. Kalau along gila adik pun sama. Nak kena budak ni. Ada ke patut, aku yang handsome kalah Bratt pit betul ke tidak ejaan itu,arr! tapi yang penting aku lebih handsome dari dia...haha!

" Seronok ya adik mengendap Along! Ni apahal masuk bilik Along ni."

" Kalau Along tak turun makan...hurmm...adik makan semua favourite food abang..bye!". Intan berlari meninggalkan Abangnya.

   Ambrose mengejar adiknya. Tak boleh jadi ni. Ambrose mempercepatkan langkahnya. Kini langkahnya dapat menyaingi adiknya. Pasal makanan kegemaran Ambrose memang nombor satu. Dah lah belum mandi busuk!

    Ambrose terdengar macam sesuatu jak. Suara siapakah itu. Ambrose menuju ke ruang tamu dengan teragak-agak. Tipu betullah adik dia ni, makanan kegemaran apa ke jadahnya, musuh kegemaran adalah!. Nanti kau Intan.

   Apa jadahnya Minah strawberry tu ada dalam rumah ni! Geram pula hati aku. Takkan lah sekolah dekat rumah pula silap hari bulan nanti serumah sebumbung! Arr taknak aku. Minta dijauh-jauhkan. Dulu mungkin berhasrat macam tu sekarang? Sorrylah!

Mentari cintaWhere stories live. Discover now