" TENGKU ARISHA Nur Asywani bt. Tengku Dato' Rahim. Wah! Anak tengku kau ya Nora, asal tak bagitahu kami yang kau selama ni anak tengku. Kecik hati ni." Siti buat-buat rupa kecil hati. Sejujurnya dia tak ambil hati pun cuma dia sedih sebab baru jak dapat teman tapi sekarang temannya itu akan berpindah pula. Huhu.
Aku mengesat air mataku. Asal aku emo sangat ni?.
" Nora, perlu jugakah kau pindah tak puaslah nak menyakat kau nanti." Soal Esya pula yang dari tadi mendiamkan diri. Sebak kot.
Korang jangan ingat Esya tu masih sombong ya, sekarang ni dia jadi kawan baikku, pada mulanya memanglah sombong, mungkin berkat aku layan dia baik kot. Esya juga banyak perubahan juga kebelakangan ini. Rajin Solat rajin juga jadi mak nenek. Haha dialah yang rajin meleter kami kalau ada yang buat salah. Kalah ibu aku di rumah. Haha.
Tapi korang nak tahu lagi? Perubahan mengejut Esya ialah..Kepalanya yang dulu tu bebas nak tayang kat siapa saja sekarang dah ditutupi dengan tudung. Bertambah cantik wajahnya. Alhamdulillah ada hidayah juga kami sebilik dengan Esya. Tidak sia-sia." Tak pasti pula, emm kalau tahun ni mungkin belum kot. Mungkin form 2.?"
" Maksudnya ada masa lagilah kita orang lepak dengan Tengku ni..hehe." Laila pula bersuara. Bantal peluk berwarna jingga bercorak bunga itu dibawanya sekali. Tak lari dari bantal busuk pula Si Laila ni.
"Kau ni laila, jangan panggil aku macam tu, Nora cukuplah biasa-biasa jer. Tiada istilah Tengku, Tengku atas kertas saja tu." Tegur Nora bagi membetulkan keadaan yang agak canggung antara darjat.
Nora kau memang baik, patutlah semua orang senang hati bila bersama kau. Siti tersenyum.
Laila? Siapa Laila. Hah! Dialah gadis manis yang pucat lesi dulu tu. Masih ingat lagi? Mati-mati aku ingat dia sakit ke apa. Bila dah rapat macam ni baru aku tahu sebenarnya si Laila tu pucat lesi macam hari tu, letih sangat sebab berkerja di rumah sendiri mengalahkan orang gaji.
Laila dibesarkan oleh keluarga yang mulanya bahagia tapi setelah ibunya meninggal dunia akibat barah paru-paru. Tapi bukan perokok ho!. Laila dibesarkan oleh ayahnya. 5 tahun selepas kematian ibunya, ayahnya berkahwin dengan janda anak tiga. Hah! Sejak hari itulah kehidupan normal Laila berubah 360 darjah. Selebihnya tak nak saya kepoh-kepoh nak ceritakan. Hak Laila." You all..Dah lama kita bercerita ni, Asal tak tido lagi, jam pun dah terlebih masa untuk kita tidur. Kalau warden tahu mati kita sebilik kena hukum." Bebel Esya. Kan dah agak dah Esya. Kami semua memandang jam yang ditunjukkan oleh Esya. Hampir pukul jam 12 malam. Tak terasa pula lewat macam ni. Akhirnya kami ikut juga kata mak nenek Intan payung bilik A37 ni.
SAFUAN menghampiri Nora dengan nafas yang tercungap-cungap. Macam pelari maraton pula aku tengok. Tapi pelari maraton kali ni special sedikit sebab diimport dari Indonesia. Hish! Mamat Indon ni kan. Menyibuk betul. Aku tidak mengendahkan kehadiran pengacau alam semesta yang ini. Sakitkan hati saja. Safuan duduk menghadap wajah Nora. Kehadiran mendadak mamat indon tu tidak sama sekali mengacau rutinnya.
" Boleh saya duduk?." Safuan berkata agak nyaring. Memang nak tempah maut mamat ni. Tahu libry tempat membaca buku, ulangkaji bukan tempat pasar malam masih juga buat bising.
Kebisingan yang baru sahaja dilontarkan oleh Mamat Indon depannya itu telah menarik perhatian semua yang berkunjung terutamanya Pengawas perpustakaan. Jihan. Tulah sajalah aku tahu. Kelas mana, umur berapa tu aku tak tahu.