*SAFUAN POV*
AKU menurunkan sedikit buku latihan yang menutupi permandangan aku dari terus mengusyar anak dara orang. Setiap kali aku memandang wajahnya hatiku terdetik untuk terus menatap wajah manis milik gadis itu. Dengan awek lain tiada pula rasa macam ni. Pelik! pelik. Ke aku jatuh cinta? Ah!tak mungkinlah, aku wan kentallah mana boleh jatuh cinta, lagi-lagi awek tu.
Aku melihat si dia kusyuk sangat melayan sesuatu. Diary! Warna merah, 'minah ni tak takut ke orang baca?.' Tiada yang tahu selain aku, kalau terbongkar ke apa mestilah aku yang salah sebab aku yang curi-curi lihat.Haha.Aku bangun dari tempat duduk dan kemudiannya membuka langkah perlahan menuju ke tempat duduk gadis itu yang berada selang dua buah meja dari tempat dudukku. Lupa pula nak bagitahu, sekarang aku tengah mengusyar anak dara sunti orang dalam libry sekolah. Aku pun tidak tahu kenapalah dengan ringan badanku menuju ke tempat gadis itu sekarang. Kuat sangat kah aura gadis manis itu.
" Hai awak, masih ingat saya lagi tak?." Aku menegurnya. Nora terkejut. Pucat lesi muka dia. Cepat-cepat dia menyimpan buku kecil berwarna merah itu.
Asal pula mamat ni. Naik bulu aku tengok dia, kalau perempuan memang dicop gedik tahap dewa. Dewa pun tak seteruk itu. 'Mamat ni kan! Kemana saja aku pergi perlukah ada dia. Rimas!.'
" Eh! Awak Wan. Buat apa sini?" Tanya Nora dengan riak bersahaja. Manisnya wajah kau Nora walaupun kau tengah malas layan aku. Ha, tau takpa
Apalah Minah strawberi ni? Orang datang libry mestilah nak baca buku bukan nak mengelat. Tapi ada juga pelesit-pelesit yang tak faham bahasa tu ada ke patut libry yang dipenuhi dengan buku mereka jadikan libry tempat tidur!? Tahulah sejuk,nyaman janganlah jadikan harta benda sekolah macam harta sendiri.
" Awak masih ingat saya lagi tak?." Ulang Safuan lagi. Pertanyaan Nora tadi dibiarkan sepi. Sebal!
Nora menongakkan dagunya. Mamat ni memang tak faham bahasa ke perlu guna bahasa alien baru faham. Lelaki semua sama. Takda beza. Menyebalkan. Spesis dengan Iaaz Aqiqlah ni!.
" Orang nyanyuk saja yang takkan ingat orang." Ada baur-baur sindiran. Aku tersengih. Lawaknya minah strawberi ni.
" Awak nampak pucatlah, macam baru nampak hantu saja." Aku tersenyum sambil mengenyitkan mata kepadanya. Gatal! Lantaklah! Aku gatal dengan Minah strawberi ni saja.
Gatalnya mamat ni! Kalau ibu nampak hilang biji mata kau tu. Baru macam bertih jagung ada hati nak jual bulu sini. Tak lakulah! ' Bukan hantu lagi ni, bapak hantu! Mengalahkan ulat bulu saja mamat indon ni!.'
" Taklah, saya pergi masuk kelas dulu k. Bye." Nora meminta diri dulu. Cepat-cepat dia kemas semua barangannya.
'Baik aku blah dulu daripada terus melayan mamat Indon ni'. Nora Menolak perlahan kerusi yang baru sahaja mengalas punggungnya ke dalam meja agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Aku hanya menghantarnya dengan anak mataku, nak bersuara entah kenapa lidahku menjadi kelu secara tiba-tiba tadi bukan main becok lagi mengusik anak dara orang.