BAB 9

6 0 0
                                    

   NORA menyusun semua pakaian dan keperluannya yang lain ke dalam bagasinya. Tidak sangka dah setahun sudah dia bersekolah di Sekolah Seri Pintar ni. Terasa berat pula hatinya untuk berpisah dengan kawan-kawan baiknya itu, nak buat macam mana dia perlu juga pindah sekolah kalau tak kasihan papa dan mama Nellynya nanti terpaksa ulang alik menjenguknya. Pada mulanya dia menolak tapi apabila dipujuk ibunya Puan Sarah dia terus sahaja kata okay. Anak yang solehah kan hehe

   " Nora, kami akan rindu kau nanti...uwaaa..." Peluk Esya, Siti dan Laila serentak.

   Aku membalas pelukkan mereka. Lama. Rindu juga aku dengan mereka nanti. Sekejap juga Allah pinjamkan aku 3 sahabat yang begitu baik sekali denganku selama aku tinggal di asrama ini.

   " Aku pun...Korang jaga diri baik-baik k, ada jodoh kita jumpa lagi." Aku menangis. Macam budak kecil saja. Haha..

   " Nora kau pun sama...Jangan nak menyimpang pula ya mentang-mentanglah aku takda kan...haha.." Sempat juga 'Ustazah' Esya membebel. Hurm dah agak dah.

   AKU mengheret dua bagasiku. Berat tu tidak boleh diungkapkan. Nak patah rasa tangan angkut beg ni. Setahu akulah masa mula-mula masuk dulu sikit saja barang aku angkut dari rumah tapi sekarang macam 3 beg saja dalam bagasi ni.
   Aku melambaikan tanganku ke arah orang yang menanti kepulanganku. Aku menghampiri mereka. Mama Nelly menggunakan Baju kurung moden manakala Ibu pula menggunakan baju kurung berwarna merah. Dah macam hadiri majlis kenduri pula. Bagasi se Tan aku tadi telah selamat disimpan di bonet kereta oleh Pak Bob, pemandu setia keluarga papaku. Aku melihat mereka bertiga gembira sakan tiada rasa canggung atau kaku apabila mereka bersama. Pengarang jantungku.

   " Nora sayang are you ready tak masuk sekolah baru?." Aku memandang Mama Nelly.

   Aku menggangukkan kepalaku. Takkan pula aku kata tidak, mestilah nak sebab belajar adalah hobiku. Bersyukur sangat sebab mempunyai dua orang ibu dan sorang ayah yang sentiasa menyokong aku walaupun baru saja jumpa. Habis ujian akhir tahun sepatutnya Sekolah Seri Pintar masih bersekolah seperti biasa selama 1 bulan lebih macam tu tapi aku terpaksa juga pindah awal bagi memudahkan lagi pengurusan perpindahan ke sekolah baru.
   Lagipun Papa ada mesyuarat penting yang tidak dapat ditangguhkan. Perjalanan ke rumah baharu kami itu mengambil masa 4 Jam jika bertolak dari asrama ini. Kasihan juga aku tengok Pak Bob.

   AKU menolak pintu utama. Aku memandang sekeliling rumah banglo tiga tingkat itu. Cantik!. Mak ai! besarnya rumah ni!. Aku memasuki rumah milik keluarga aku ini dengan langkah perlahan-lahan. Seumur hidup akulah, inilah kali pertama aku mengijak kaki di rumah banglo mewah ini apatah lagi untuk tinggal di dalam 'istana meligai' ini.

   " Masuklah Nora, Kak Ara. Sekarang ni, rumah ni adalah rumah kita bersama. Pak Bob tolong angkat barang kami dalam bonet tu ya." Tengku Nelly mengarahkan Pak Bob mengangkat barang kami semua. Aku nak menolong tapi awal-awal lagi Mama Nelly dah larang.

   " Terima kasih Mama." Ucapku seraya masuk ke dalam rumah.

   Tengku Nelly memandang ke arah Puan Sarah yang berada di sebelah Suaminya.

   " Kak Ara, Nel nak pinjam Nora kejap boleh?." Tengku Nelly memegang Tangan Nora.

   Lawak juga madu aku ni. Haha. Ada ke patut nak minta izin dulu baru nak bawa anak aku.

   " Pergi jaklah Nel, tak payah nak minta izin. Anak Kak Ara kira anak Nel juga."

   "Thanks Kak Ara." Tengku Nelly mengangguk lantas membawa anak suaminya itu naik ke tingkat atas sekali. Menggunakan tangga! 3 tingkat! Naik lenguh kaki ni. Tak terkiralah berapa anak tangga dah naik sekarang.

Mentari cintaWhere stories live. Discover now