*AMBROSE P.O.V*
"SIAL! punya minah Strawberry! Kau tumbuk perut aku!." Marah Ambrose. Ambrose mengambil tempat duduk di hadapan Aiman dan Saiful.
Pondok yang terletak di tengah-tengah, antara Libry dengan cafeteria. Pondok tersebut memang sesuai untuk pelajar mengulangkaji atau pun santai tapi bagi mereka tempat itu ibarat tempat mereka melepak atau mengusyar awek² yang lalu lalang. Gatal.
Ambrose menekan-nekan perutnya. Terasa senak. Nasib baik dia belum mengisi dengan makanan kalau tak, membazil jak kalau terkeluar semua yang ada akibat penangan Nora yang mengalahkan lelaki tu.
" Kau ni dah kenapa bro! Aku tengok macam orang nak berak jak." Tanya Saiful hairan sambil mengunyah roti.
" Kalau aku nak berak aku tak datang sini lah!." Agak tinggi nada suara yang baru keluar dari mulut Ambrose.
Betul juga, kalau Ambrose nak berak takkanlah nak melepas hajat dekat sini. Jatuh saham wei!
"Heheh...Betul juga." Saiful mengaru kepalanya. Sedar akan soalan bonusnya itu. Apalah Saiful ni, tu pun bengap juga. Member kau ni tengah bergaduh dengan awek dia tu.
"Kau ni pun satu Pul, ade ke patut kata macam tu kalau aku kau tanya dah lama buku lima buku sepuluh ke, hinggap kat palak hotak kau tu biar bersih sikit." Aiman turut marah bukan nak menyebelahi Ambrose. Kalau dia di situasi Ambrose pun dia akan buat perkara yang sama.
" Aku tahulah..." Mata Saiful dijulingkan. Yala asyik dia sorang saja salah.
Kini Aiman dan Saiful pula yang bertekak mengalahkan budak-budak. Ambrose yang sedar akan perselisihan tu terus berdiri di antara tengah-tengah mereka. Tu pun nak gaduh juga. Aku yang sakit ni bertambah sakit. Sakit hati. sakit lagi kalau tak ada hati.
" Cukuplah.. tak pasal-pasal ada yang masuk ICU nanti. Takkan pasal Sekecil kuman tu kita gaduh." Ambrose meleraikan pergaduhan itu. Gaduh manja saja tu gaduh antara bestie
" Sorry bro." Aiman menghulurkan tangannya tanda kemaafkan. Saiful tak teragak-agak menyambut dan berlaga bahu dengan Aiman. Lega. Tak susah pun nak pujuk dua ekor monyet ni.
" Tapi kan..Kami pelik lah Am, asal kau balik sini terus marah-marah?, nak juga tahu asal kau jadi gitu." Ujar Saiful ingin tahu.
Ambrose mengeluh berat. Lagi lama dipendamkan lagi lama dia sakit hati. " Aku jadi macam ni Sebab Minah Strawberry kelat tu lah."
Saiful dan Aiman saling pandang memandang.
"Minah Strawberry?." Kata Aiman sambil mengunyah roti Saiful yang separuh sudah ditelan.
" Minah Strawberry?." Tanya Saiful dan Aiman serentK. Siapa agaknya Minah Strawberry tu. Ke tertelan buah strawberry.Kali ini boleh ada chemistry lah pula.
" Budak baru tu lah! Nak cari nahas dengan aku. Dia belum kenallah Tengku Ambrose ni siapa." Kata Ambrose geram sambil mengenggam buku limanya. Geram sangat dah tu.
Siapalah yang tak kenal Tengku Ambrose anak Tengku Akim ni, anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang terpengaruh dekat Malaysia ni jangankan Malaysia Luar Negara pun kenal siapa Tengku Akim tu.Senior pun takut nak jentik si Ambrose ni. Pernah suatu ketika dahulu yang Ambrose ni pernah dibuli oleh seorang senior High School Grade 9, hanya kerana Ambrose enggan turuti apa mereka mahu. Ambrose pada masa tu hanya mendiamkan diri jak, senang lenanglah lah Si Gengster kurap tu buli dia.