PINTU peti sejuk dibuka luas. Buah oren digapai lantas disimpan di atas pinggan bulat bercorak ayam jantan. Sejak dia dan keluarganya berpindah ke Melaka Dia jarang bertemu dan lepak seperti selalu dia lakukan bersama sepupunya Nora dulu. Walaupun kehidupan dia dari Nora sekeluarga lebih mewah dia tak pernah kedekut untuk menolong apa yang patut bagi meringankan lagi beban yang ditanggung oleh sepupunya itu.
Puan Sarah seorang ibu tunggal yang tabah menyara hidup seorang anak tanpa bantuan suami memang susah. Tidak dapat membayangkan nasibnya seperti Nora, pasti juga dia akan berasa sedih dan kecewa seperti yang dialami oleh sepupunya itu.
" Damia!." Tegur Puan Nila menyedarkan anaknya dari terus mengelamun entah apa yang ada dalam fikirannya tu. Anaknya kelihatan susah hati saja.
'Aduh! Bersepah kulit limau atas lantai ni. Bertuah punya anak. ' kemanalah adik Mia sorang ni pergi.'. Bebel Puan Nila dalam hati.
Ada jak kerja anaknya sorang tu, apalah nak jadi memang langit dengan bumi walaupun kembar. Sorang duk terperap dalam rumah sorang pulak hilang entah ke mana. Semoga Allah lindungi anak aku yang sorang tu.
" Ada apa Mama? Damia kat dapur ni." Puan Nila menghampiri anaknya. Riak wajahnya kelihatan risau. Mesti ada yang tak kena ni. Apa lagilah adik aku buat kali.
" Takda, Mama cari Nini, dari tadi mama tercari-cari takda pun batang hidungnya. Susahkan hati Mama jak." Bebel Puan Nila. Jam di dinding dipandang sekilas. Solat maghrib ke tidak sorang ni. Aish! Anak bertuah.
" Tak tahulah Mama, tadi ada Mia call Nini kata ada hal dengan kawan pukul lapan macam tu balik." Jelas Damia. Air milo yang berada dalam jag dituangkan lalu disuakan kepada ibunya. Tidak lupa juga sebiji buah oren segar. Puan Nila yang tadinya kelihatan bengis kembali ceria apabila diumpan dengan buah kegemaran. Masam tapi sedap.
" Thanks anak Mama. Mia dah solat tak, kalau belum pergi naik atas solat nanti terlepas waktu pula."
" Dah nak pergi solatlah ni Mama." Damia meminta diri untuk solat. Sejuk hatinya melihat anaknya itu.
Damia Yusra dan Dania Yusna memang banyak perbezaan walaupun dua-dua seiras atau bak kata lain Kembar seiras. Damia seorang anak yang akur atas segala perintahnya, malahan yang sorang tu pula asyik nak memberontak jak kerja. Tapi hanya 1 saja yang sama..Manja.
Puan Nila dikejutkan dengan bunyi bising dari perkarangan rumah. ' Ni mesti budak bertuah tu. Dah nak malam baru nak balik.'
" Hye! Mama tengah buat apa tu.." Sergah Dania dari belakang. Kus semangat!. Budak ni kan memang nak kena ni.
" Tengah masak." Tau-tau orang tengah minum tanya pula. Sengal punya anak. Macam ibunya juga.Haha.
" Ni terjah terus tak bagi salam ni! Kan mama dah pesan bagi salam dulu tak fasal-fasal Mama pengsan nanti." Tegas Puan Nila. Dah berbuih-buih mulut ni bagi syarahan masih juga degil. Memang Jauh beza dengan si Damia.
Dania tersengih. Beg tangan jenama Gucci diletaknya di atas kusyen kulit. Dia menghampiri Ibunya. " Sorry Ma, Assalamualaikum mamaku yang tersayang." Dania memeluk erat tubuh ibunya. Terubat sikit pula kemarahan ibunya.
"Waalaikumussalam. Hah! Macam tu lah anak mama. Sejuk perut mama dengar." Puan Nila mencium pipi kanan anaknya.
Walaupun perangai Dania tu tak reti bahasa tu. Apu. Haha. Direct Mama Dania ni kan. Puan Nila tak pernah bahagikan kasih sayangnya antara kedua anak kembarnya itu, kasih sayangnya sentiasa sama rata. Tetapi apa yang dia mahu adalah kedua-dua anaknya itu membesar dengan ajaran agama yang telus supaya suatu hari nanti kedua-duanya akan menjadi anak yang solehah. Aminn