AMBROSE memandang sekilas jam tangannya. Tinggal 5 minit saja lagi loceng sekolah akan berbunyi. Cepatlah! Mana minah Strawberry tu,geram pula aku. Ambrose memeluk tubuh. Minah ni kan, nak kata rajin datang awal lambat juga. Geram nya, Aku ni tunggu Manusia ke tunggu kucing bertanduk. Aiman pelik melihat kawannya itu. Tak senang duduk sekejap ke hulu sekejap ke hilir.
" Kau ni dah kenapa? Aku tengok kau ni bro dah macam kucing hilang anak?." Tanya Aiman dengan riak pelik. Nak juga tahu apa masalah dengan member aku ni.
Ambrose tidak menghiraukan pertanyaan itu. Matanya tidak lari dari pintu kelas. Loceng pertama berbunyi barulah muncul gadis yang dicari-carinya itu. Tadi bukan main nak cari sekarang bila dah ada depan mata macam siput lah pula. Geram pula aku dengan Am ni. Macam bercakap dengan dinding jak.
" Am,kau mengusyar siapa tu bro, dari tadi mata tak lekang dekat girl-girl tu." Aiman gelak. Gila ke Aiman ni tak lawak pun boleh ketawa.
" Kau ni kan Aiman, Asal sibuk sangat." Sebal. Marahkan minah tu, orang lain pula yang kena tempiasnya. Marahkan anak, sindir! Menantu.
Sejak kebelakangan ini dia merasakan dia cepat sangat nak marah. Dulu dia lah orang yang murah untuk tersenyum 'lah sangat'. Sepatutnya dia maafkan sahaja Kesalahan Nora kecil jak pun. Kecik! Hei! Sampai lempang wajah kacak aku ni lepas tu malukan aku depan orang ramai, kecil ke tu. Tu lah kau Ambrose orang tengah kecewa kau sakat sekali kau dah dapat 'hadiahnya' padan muka. Nasib baik tu cuma muka kau yang tak seberapa nak kacak tu. Yakah? Sebenarnya boleh tahan kacak tapi tak boleh puji lebih kang ada yang terlebih perasan nanti.
" AM... lets go bro, aku lapar dah ni." Ajak Aiman. Dia dah lama dah nak pergi cuma tunggu kawan dia sorang ni memang lambatlah jadinya. Aiman tu badan kurus tapi kuat makan. Mana minah nak lekat.
" Kau pergilah dulu,nanti aku follow." Cadang Ambrose. Bernaslah sangat idea tu. Aku ni tunggu kau lama baru sekarang kau kata cau. Kawan.
Kalau tak pasal perut minta diisi dah lama membernya itu makan pemadam. Ambrose tersengih tahulah dia salah. Langkah Aiman dipercepatkan menuju ke cafeteris ISKL
Setelah semua pelajar beredar keluar dari kelas untuk membeli makanan lah tu. Sekarang tinggal aku dengan minah Strawberry tu.
" Apa kau nak hah! Tepi!." Tangannya siap menghalang jalan Nora daripada keluar.
Kalau diikutkan hati kecil ni dah lama aku tolak mamat Indon ni. Apa istimewanya mamat Indon ni dari Safuan dulu dia suka sangat panggil orang dengan panggilan tu sekarang Ambrose. Ada genglah Safuan.
" Aku nak kaulah!." Ambrose menghampiri Nora. Mata Nora membutang agak besar.
Ya Allah, takkan aku kena tangkap basah macam ni. Tak ingin aku kena kawen awal² terutamanya dengan mamat Indon ni. Arr! Tak dapat aku bayangkan. Kawen awal lepas tu jadi ibu..ar!! apa yang aku merepekkan ni.
Nora melangkah ke belakang apabila jarak Ambrose kini menghampirinya agak dekat juga jika dilihat sesiapa boleh mendatangkan fitnah. Nora berdoa dalam hati agar tidak ada apa-apa berlaku. Ambrose ni pun satu, kecil-kecil pun dah mengatal. Agaknya masa ibunya mengandungkan dia dulu gerenti mamat tu mengidam nak makan keladi. Tu lah gatal miang!. Nora beristighfar dalam hati. Tak baik kata macam tu.
" Kau jangan kurang ajar! Kang aku smack down padah kau." Marah Nora. Ingat Nora tak tahu ke nak jaga diri. Ini Noralah. Kata jak nak smack down bagai tapi bila berhadapan dengan Ambrose tak juga nak luku muka mamat tu. Tau takut.
Ambrose memegang tangan Nora. Ditepisnya kasar. Ambrose nak main-main jak pun sebenarnya. Tapi ni dah lebih dah ni.
" Sssh! Diam!." Pinta Ambrose kasar.