Semua ahli SNSD sudah pulang dan berjanji akan datang semula keesokkan harinya. Ibubapa Yoona juga sudah datang tadi serentak dengan ibubapa Jin. Apabila Jin menerangkan yang Yoona sudah dalam keadaan yang stabil selepas pembedahan dan dia akan menemani isterinya itu sehingga dia sedar, memberi keyakinan kepada kedua-dua orang tua mereka. Ibu Jin merasa bersalah kepada Ibu Yoona kerana anaknya Jin tidak menjaga Yoona dengan sempurna. Tapi ibu Yoona merasakan yang Jin seorang menantu yang sangat baik. Jin hanya manpu tersenyum melihat kedua-dua ibu saling mengata dirinya walaupun mereka tahu dia ada disitu. Ibu Jin seorang yang sangat baik dan lemah lembut walaupun dilahirkan dari keluarga yang kaya. Kekayaan tidak menjadikan ibunya sombong. Ini mungkin disebabkan dia merupakan anak dari isteri kedua dari keluarga Koo. Ibu Jin sering menyatakan kekayaan tidak mendatangkan kebahagian, tetapi hati yang sentiasa merendahkan diri menyebabkan diri disayangi dan itulah kebahagiaan sebenarnya. Ibu Jin berkenalan dengan ayah Jin di kolej. Kemudian mereka jatuh cinta dan berkahwin. Keluarga ibunya tidak merestui hubungan itu menyebabkan apabila ibunya bekeras untuk mengahwini ayahnya dan menjadi ahli keluarga Kim menyebabkan mereka terus membuang Ibu Jin dari senarai nama keluarga Koo, keluarga chaebol yang terkenal di Korea. Tapi Keluarga Kim bukanlah keluarga yang kebiasaan. Keluarga Kim juga datang dari keluarga yang memiliki kekayaan yang sangat banyak. Cuma asal usul kekayaan keluarga Kim menyebabkan terjadi perbalahan antara dua keluarga yang kaya ini.
Setelah mereka melihat keadaan Yoona, kedua-dua ibubapa berjanji akan datang semula keesokkan harinya.
Sekarang hanya Jin sahaja yang duduk menanti isterinya sedar dengan sabar. Jin mengusap dengan lembut rambut isterinya.
"Kau ni cantik sangat untuk jadi isteri aku," kata Jin perlahan.
"Kalau orang lain tahu, terutamanya peminat kau, mesti aku kena hempuk dengan teruk sekarang ini. Tapi jangan risau, ini Jin, Kim Seok Jin, bab-bab bertumbuk dah jadi mainan harian aku masa kat sekolah dulu." Jin merapatkan dirinya pada Yoona,
"Bangunlah sayang, abang rindu nak dengar suara sayang," katanya dengan senyuman.
"Ke... sayang nak abang cium baru boleh bangun." Jin kemudian memandang sekeliling bilik yang kosong dan dengan senyum yang nakal dia mula merapatkan mukanya ke muka Yoona. Tapi sebelum bibirnya menghampiri Yoona, dia tersenyum sendiri, dan perlahan-lahan bibirnya bertukar arah dan dia hanya mencium dahi Yoona.
"Jangan risau, abang cuma akan cium sayang apabila sayang dah bersedia menerima abang sepenuh hati," kata Jin.
Kemudian, perlahan-lahan Yoona membuka matanya dan bila dia ternampak muka Jin yang terlalu hampir dengannya dia hanya tersenyum.
"Abang,"
"Sayang dah sedar," kata Jin.
Yoona mengerutkan mukanya apabila dia cuba untuk bergerak,
"Jangan gerak, sayang belum sihat sangat lagi," kata Jin.
"Saya haus." Jin mengambil secawan air dan mengambil penyedut minuman sebelum mendekatkannya ke mulut Yoona. Yoona meminum air sedikit sebelum memejamkan matanya semula. Jin meletakkan air di meja sisi dan duduk semula di sisi Yoona sambil memegang tangan Yoona.
Dua hari Jin menemani Yoona di hospital. Ahli kumpulan SNSD dan juga BTS juga datang melawat. Begitu juga ahli keluarga Jin dan Yoona. Hari ini Yoona sudah bertambah sihat dan sudah boleh duduk di katil. Jin sedang mengupaskan buah epal untuk Yoona.
"Abang,"
"Hmm...,"
"Terima kasih,"
"Untuk apa?" Jin memandang wajah Yoona dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...