Chapter 23

723 25 0
                                    

'Pasangan sensasi Kim Seok Jin (BTS) yang baru sahaja keluar dari hospital selepas kemalangan ngeri dan Im Yoona (SNSD) yang menjadi berita hangat sepanjang tempoh perkahwinan mereka, buat pertama kalinya dilihat keluar bersama di Times Square Mall. Pasangan didapati pergi menonton wayang bersama. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Kim Seok Jin telah menempah sebuah bilik panggung wayang hanya untuk Im Yoona tetapi kemudian didapati bilik itu juga dipenuhi oleh beberapa keluarga yang menonton wayang cerita yang sama. Ditanya kepada keluarga yang menonton bersama, mereka menceritakan pasangan sangat romantik dan begitu kusyuk menonton cerita. Mereka ini juga memberitahu bahawa mereka diberi pas percuma untuk menonton dibilik mewah itu setelah anak-anak mereka berjaya menjawab beberapa soalan. Ditanya apakah soalannya, sebulat suara mereka menjawab. "Jika diberi dua tiket percuma dan mereka hanya boleh memilih salah satu yang mana satu mereka akan pilih. Yang pertama tiket untuk menonton konsert BTS dan SNSD dan satu lagi tiket untuk menonton 'Inside Out'. Dan mereka bertuah dapat melihat cerita 'Inside Out' bersama Yoona dan Seok Jin kerana anak-anak mereka menjawab untuk menonton 'Inside Out'. Kemudian pasangan dilihat begitu bahagia dan romantik ketika sama-sama membeli barang-barang keperluan bayi yang dijadualkan akan lahir bila-bila masa sahaja dalam minggu ini."

Walaupun berita mengenai mereka sudah diperkatakan di media sosial di internet tetapi pasangan ini masih lagi leka membeli beberapa pakaian bayi dengan pelbagai fesyen dan warna.

"Abang, tak banyak sangat ke ni?" tanya Yoona memandang baju yang telah dipilih.

"Hmm... ini ... ish tak adalah. Kalau nak dibandingkan dengan baju abang dengan sayang ini sikitlah ini."

Yoona ketawa, adakah patut suaminya membuat pembandingan dengan bajunya sendiri dengan baju bayi yang baru lahir.

"Banyak sangatlah ini, kalau beli banyak sangat sekarang nanti tak ada peluang nak beli yang baru bila baby dah keluar."

"Nanti bila baby dah keluar, kita belilah yang macam tadi... yang berfesyen sikit sebab kita dah tahu dia lelaki ke perempuan. Tak pun kita ambil je dekat butik sayang. Suruh pereka baju tu buat khas untuk baby kita." balas Jin.

"Dah tu, kalau kita beli baju macam tadi atau suruh pekerja saya yang buat, bila dia nak pakai semua baju ini?" tanya Yoona tidak mahu mengalah.

"Dia pakailah bila dia di rumah, ala kalau dia tak pakai, kita simpanlah... nanti adik dia pula yang pakai." Jin masih tidak mahu mengalah.

Yoona ketawa mendengar Jin menyebut adik, "Abang, yang ini belum lagi keluar abang dah cakap pasal adik."

"Abang cakap pasal masa depan, manalah tahu kot-kot sayang teringin nak ada lagi selepas ini. Abang turutkan je," kata Jin mengenyitkan matanya.

"Gatal," kata Yoona dengan memukul manja lengan Jin.
Akhirnya Yoona mengikut sahaja kehendak Jin yang ingin membeli semua baju yang dipilih tadi. Kemudian mereka pergi ke tempat yang menyediakan barang-barang perabot dan perkakasan bayi seperti katil, stroller, buaian, kerusi makan bayi dan lain-lain.

"Hmm... abang rasa yang ini kita beli kemudianlah."

"Kenapa?"

"Abang nak tengok rumah yang lain dulu, rumah yang sesuai untuk sambut baby kita ini."

"Rumah yang lain?"

"Ha ah, abang dah suruh MinSook bawakan senarai rumah milik abang yang ada dan tidak disewakan. Abang nak tengokkan mana satu antara rumah itu yang sesuai. Hmm... abang juga suruh MinSook dapat kan beberapa rumah yang on sale. Takut kalau rumah-rumah abang tu tak sesuai, Abang ingat nak beli je yang baru."

Yoona memandang wajah suaminya dengan perasaan tidak percaya. Semalam memang Jin ada menyatakan rumah sekarang ini tidak sesuai, terutamanya kedudukan bilik tidur. Tetapi Yoona hanya terfikir yang suaminya ingin membuat pengubahsuaian dalaman rumah mereka sekarang ini.

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now