Dengan bantuan ayahnya, Jin menaiki Jet peribadi ke China milik keluarga. Semua diuruskan oleh pembantu peribadinya MinSook memandangkan Jin tidak dapat berfikir secara waras. Dia cuma menelefon MinSook dan meminta dia menguruskan secepat mungkin dan dengan menggunakan apa cara sekali pun untuk dia sampai kepada isterinya. Dalam masa 45 min Jin yang ditemani oleh MinSook dan beberapa pegawai keselamatan peribadinya sampai ke Shanghai dan mereka terus menuju ke hospital.
"Tuan muda, saya rasa baik tuan muda tutup muka dengan penutup muka ini dan menggunakan topi untuk mengelak dikesan oleh wartawan. Kat depan hospital itu banyak wartawan sudah menunggu. Pastikan tuan muda tunduk semasa masuk ke hospital okay," pesan MinSook. Jin mengambil penutup muka dan topi dari tangan MinSook tanpa berkata apa-apa. Dia hanya ingin sampai cepat ke hospital dan berada di sisi isterinya. Dia mendapat panggilan dari pengurus Yoona memberitahu keadaan Yoona dan pengurusnya tidak dapat berbuat apa-apa selagi Jin tidak ada. Hanya Jin yang boleh memberi keputusan kepada doktor. Sekarang doktor hanya boleh memantau keadaan Yoona. Bila Jin menanyakan pada pengurus Yoona kenapa doktor tidak terus menjalankan apa yang terbaik untuk Yoona, pengurus Yoona menyatakan yang ini melibatkan nyawa. Kata-kata itulah yang menyebabkan Jin menjadi hilang arah.
'Sayang ... tunggu abang, jangan tinggalkan abang. Tolong tuhan, jangan ambil isteriku, tolong selamatkannya... aku tidak sanggup kehilangannya.' Rintih hati Jin. Kenapa rasanya perjalanan ini terlalu jauh.
"Tuan muda, kita akan sampai sekejap je lagi, puan muda ditempatkan di bilik pada aras dua, so nanti tuan muda terus je naik menggunakan tangga untuk ke tingkat dua, okay." MinSook menyedarkan Jin yang begitu kusyuk berdoa di dalam hati. Jin menganggukkan kepalanya sambil mengenakan penutup muka dan memakai topi.
Sesampai sahaja di depan hospital, Jin terus meluru keluar; hilang semua pesanan MinSook supaya Jin menundukkan muka ke tanah. Dia terus meluru ke dalam dan berlari ke tingkat dua seperti yang diberitahu oleh MinSook. Dia melihat pengurus Yoona sedang bercakap dengan doktor dikoridor.
"Mana Yoona?" tanya Jin pada pengurus Yoona. Pengurus Yoona memeluk Jin kerana dia merasa begitu lega melihat Jin didepannya. Dia juga tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk Yoona. Doktor tidak mahu menerangkan kepadanya dengan terperinci keadaan Yoona ini kerana dia bukanlah ahli keluarga Yoona yang terdekat.
"Yoona dalam bilik tu," dia menunjuk arah bilik Yoona dengan jarinya pada Jin. Jin terus berlari masuk ke bilik Yoona. Dia terpaku apabila melihat Yoona sedang duduk memandang keluar tingkap dari atas katil.
"Sayang," Yoona berpaling apabila terdengar suara suaminya memanggilnya. Dia telah cuba bertahan selama ini tetapi apabila Jin muncul di depannya, air mata yang ditahan seperti air hujan yang dicurah dari langit.
"Abang...," itu sahaja yang mampu diluahkan oleh Yoona. Jin mendapatkan Yoona dan memeluk Yoona supaya isterinya itu menangis dalam pelukannya. Jin membiarkan sahaja Yoona menangis, dia merasa lega bila melihat isterinya kerana sekarang dia tahu isterinya berada dalam keadaan yang selamat.
"Abang... abang mesti selamatkan dia." Yoona merintih dalam tangisannya. Dia menolak sedikit pelukan Jin dan memandang wajah suaminya. "Abang mesti janji pada saya, abang akan selamatkan dia."
Jin keliru, siapa yang perlu diselamatkannya.
"Janji pada saya," kata Yoona. Untuk menyedapkan hati Yoona dia menganggukkan kepalanya. Yoona memeluk Jin dengan erat dan terus menangis.
"Shh... jangan menangis,"
"Maafkan saya, Encik Kim, boleh tak saya nak berbincang dengan encik sekejap," seorang doktor datang menghampiri pasangan itu. Jin menganggukkan kepalanya, dan melepaskan pelukan Yoona.
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...