Chapter 16

596 29 0
                                    

Jin terpaksa meninggalkan Yoona dan kembali ke Seoul setelah seminggu menemani isterinya di hospital. Dia ingin membawa Yoona pulang ke Seoul tetapi isterinya berdegil untuk tinggal di China dan menghabiskan pengambarannya. Walaupun Jin cuba menahan Yoona, tetapi disebabkan Yoona mendapat kebenaran dari doktor yang dia tidak akan menghadapi masalah jika kerja-kerja pengambaran hanyalah pengambaran yang tidak melibatkan aktiviti lasak selepas dibenarkan keluar dari hospital nanti.

Sekarang Yoona masih lagi berada di hospital bukan kerana dia sakit tetapi hanya kerana doktor ingin memberikan dia rehat yang secukupnya. Yoona pula tidak merasa sukar untuk terus berada di hospital malah dia juga sudah mengenali beberapa nama jururawat yang menjaganya.

Keseronokkan Yoona inilah yang menyebabkan Jin mengalah dengan pemintaan isterinya itu. Selain dari itu Jin tahu kedegilan Yoona bersebab walaupun isterinya tidak menyatakan secara zahir. Jin faham apa yang Yoona lakukan sekarang ini adalah untuk menunjukkan yang dia sihat dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kepada peminat. Jin juga tahu Yoona berbuat demikian untuk menyembunyikan rahsia dirinya dan anak dalam kandungan. Nasib baik pengambaran Yoona hanya berbaki kepada beberapa babak yang Jin tidak ingin ambil tahu. Bukan sebab dia tidak mempedulikan isterinya tetapi dia tahu babak-babak yang tinggal adalah babak-babak romantik isterinya dengan watak lelaki utama. Dia tidak ingin membayangkan bagaimana isterinya melakonkan babak-babak tersebut menyebabkan dia tidak ingin tahu.

"Abang Jin! Macammana keadaan Kak Yoona." V menanya pada Jin apabila Jin berjalan masuk ke bilik latihan mereka. Kesemua ahli BTS ada disitu.

"Dia dah okay dah sekarang ini," beritahu Jin dengan senyuman.

"Dah okay sangatlah tu, tengok Abang Jin senyum sampai ke telinga." J-Hope menambah.

"Bukan abang Jin tapi Mr X lah." Sampuk Rapmon.

"Jangan sebut Mr X... kalau ikutkan aku, nak je aku bunuh Mr X tu," balas Jin.

"Aik... tak kan dengan MR X pun nak cemburu." Jimin berseloroh kerana dia tahu sangat penyakit cemburu Jin sebab pernah melihat dan terkena pada dirinya sendiri.

"Aku bukanlah cemburu kat Mr X tu, tapi aku rasa geram sangat. Sesenang dia je dikaitkan dengan isteri aku," bentak Jin tapi ada bunyi kelucuan dalam suaranya.

"Itulah pasal, abang Jin tak ada niat ke nak beritahu orang yang abang lah Mr X tu?" tanya Jungkook.

"Kalau ikutkan aku, memanglah aku nak beritahu seluruh dunia, tapi untuk menjaga imej BTS, biarlah Mr X tu jadi rahsia," ucap Jin dengan perlahan.

"Abang buat untuk kita orang ke?" tanya Suga.

Jin mengangguk, "Untuk kita semua, bukan untuk korang je. Untuk BTS, untuk kita semua, untuk Yoona, untuk SNSD dan yang penting untuk anak aku nanti," Jin berkata dengan senyuman mekar di bibir.

"Untuk anak?" tanya V.

"Jangan cakap .... Seriously.... Wah... tahniah... tahniah..." ucap Rapmon sambil datang menghampiri Jin dan memeluknya.

"Dapat anak saudaralah aku. Aku rasa mesti muka dia macam muka aku." kata Jungkook.

"Apa masalah kau ini, ada hati nak suruh ikut muka kau. Kalau dia nak ikut pun paling kuranglah mestilah ada iras-iras muka aku," bidas Jimin.

"Cit... kalau nak ikut rangking, muka aku ini dikategorikan muka yang paling handsome di dalam BTS, tahu tak?" Jungkook tidak mahu mengalah.

"Tak cayalah abang Jin, sekarang conform abang Jin ni anak jantan." Suga pula memeluk Jin setelah yang lain memeluk Jin.

"Sahlah Kak Yoona itu isteri Abang Jin, dan kita dah tahulah setakat mana hubungan dia orang berdua," J-Hope berkata.

"Setakat mana?" tanya Jungkook seolah-olah dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh J-Hope.

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now