CHAPTER 11

817 36 5
                                    

CHAPTER 11.

"Wah, mana korang jumpa tempat makan macam ini," Chen menyatakan kekagumannya.

"Tadi aku ingat kita orang dah sesat dah, restauran ini macam terpencil," kata Xiumin.

"Entah, tanya abang Jin lah ... dia yang uruskan percutian ini."
Jimin berkata sambil memandang sekeliling restauran. Restauran itu dibina seperti rumah lama Jepun.

"Aku pun tak tahu, semua ini dalam pakej percutian itu."

"Dalam pakej percutian, boleh percaya ke? jangan-jangan kita semua dah kena culik," Chanyeol membesarkan mata dan membuat muka yang konon-kononnya boleh menakutkan.

"Mestilah boleh dipercayai, dan mungkin tempat ini yang paling selamat untuk kita makan," kata Jin. Semuanya dah diuruskan oleh pembantu khasnya MinSook, mestilah tempat makan ini yang paling selamat.

Mereka kemudian di iringkan oleh penyambut tetamu untuk pergi ke satu bilik makan tertutup yang telah disediakan. Bilik itu cukup besar untuk menampung semua ahli BTS dan EXO dan juga ahli SNSD yang masih belum tiba. Di dalam bilik itu ada satu pintu gelunsur kertas yang terkenal di Jepun. Suho membuka pintu tersebut dan ternyata pintu itu adalah pintu untuk ke taman kecil yang disediakan. Terdapat satu pangkin dari bilik itu melunjur keluar ke taman untuk tetamu yang ingin minum dan rehat sambil menghayati kehijauan pokok-pokok renek dan bonsai yang ditanam.

"Wah best giler tempat ini, rasa macam bukan restauran tapi bilik hotel," luah Suga. Kemudian ada ketukan di pintu, rupa-rupanya pelayan-pelayan restauran mula membawa masuk meja-meja makan yang kemudiannya di atur mengikut susunan yang dirasakan sesuai untuk jumlah tetamu yang ada. Meja itu disusun secara huruf U dan setiap meja boleh menepatkan 8 orang untuk makan.

"Kenapa dia orang susun meja macam ini?" bisik J-Hope pada Kai yang kebetulan berdiri disebelahnya. Kai yang kebetulan berdiri disebelahnya hanya mengangkat bahu tidak tahu.

"Hmm... rasanya satu meja 8 orang, dan jumlah kita semua ada 24 orang, so cukup-cukuplah 3 meja makan," kata Rapmon.

"8 orang satu meja, ... so macam mana nak susun?" tanya Lay.

"Kita duduk campur-campurlah, baru meriah sikit," cadang Suho.

Dengan cadangan itu, ahli BTS dan EXO mula mengambil tempat yang dia orang selesa.

"Jap... jap... jap... tak bolehlah SNSD duduk satu meja, kita kena suruh dia orang duduk dengan kita sekali baru seronok," kata Xiumin.

Ahli BTS dan EXO menganggukkan kepala dan mula membahagikan dan mengatur tempat untuk semua orang.

"Mana Jin?"

"Dia ke tandas kejap, kenapa?" jawab Rapmon pada Baekhyun yang bertanya kemana pergi Jin.

"Tak ... aku nak tahu betul ke SNSD datang?" Tetapi belum sempat sesiapa menjawab, terpancul SNSD di muka pintu. Baekhyun hanya tersenyum kerana jawapan kepada soalannya sudah didepan pintu. Ahli EXO dan BTS yang bising semuanya diam apabila ahli SNSD tiba. Apabila Yoona melangkah masuk ke dalam bilik makan yang disediakan dia dapati bukan sahaja ahli
kumpulan EXO di dalam bilik itu tetapi juga BTS.

"Maaf lambat, tempat ini susah nak dicari," kata Taeyeon.

"Tak apa, makanan pun baru je sampai dan kita orang pun baru nak susun tempat duduk. Tak jadi masalahkan kalau kita duduk campur-campur macam inikan," Suho berkata mewakili semua orang.

"Boleh, tak jadi masalah pun," kata SooYoung. Kemudian ahli SNSD mula mengambil tempat duduk mengikut keselesaaan sendiri apabila melihat siapa ahli EXO dan BTS yang menjadi rakan semeja.

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now