Dengan bantuan ahli SNSD dan juga abang-abang angkat Yoona, senarai tetamu yang akan menghadiri majlis perkahwinan Yoona dapat diselesaikan dengan mudah.
"Betul ke ni? Macam tak percaya je?" Ahli Super Junior menyatakan ketidak percayaan mereka apabila Eunhyuk memberitahu ahli kumpulannya mengenai Yoona.
"Tak percaya sudah, Aku cuma nak beritahu dan nak pastikan samaada korang boleh datang ke tak?" kata Eunhyuk.
"Betullah, takkan lah kita orang nak tipu. Yoona yang beritahu kita orang dua hari sudah. So sekarang kita orang akan tolong dia dapatkan senarai nama yang boleh menghadiri majlis itu. Tapi sesiapa yang datang ke majlis itu mestilah boleh menyimpan rahsia." Kyuhyun menerangkan.
"Dia beritahu korang dua hari sudah, baru hari ini korang nak beritahu dekat kita orang," kata Leeteuk.
"Bukan macam itu, semalam kita orang buat senarai nama yang boleh datang. Dan senarai itu bukan kita orang je yang buat, ada beberapa orang lagi yang buat. Lepas itu kita orang kena jumpa Yoona dan bagi senarai itu. Nak pastikan dia tidak ada masalah dengan keputusan kita orang pada senarai itu." Heechul pula menerangkan.
"So hari ini Yoona pulangkan semula senarai dan bersetuju dengan semua senarai yang kita orang buat itu. Tapi percayalah hampir semua artis kita orang jemput... hahaha... lagi pun suami Yoona itu kaya. Dia tak ada masalah nak jemput beribu orang pun." Donghae menambah.
Memang dia orang sudah berjumpa Jin dan menanyakan berapa jumlah tetamu yang Jin tetapkan untuk hadir ke majlis tersebut. Dan Jin tanpa banyak soal terus menyatakan dia tak ada masalah untuk berapa banyak pun tetamu yang dijemput. Dan apabila dia orang menyatakan dia mampu ke tidak, Jin cuma tersenyum dan menyatakan kalau setakat nak bagi makan seribu orang pun dia tidak ada masalah dan kalau nak jemput makan sebulan untuk jumlah yang sama pun dia tidak ada masalah.
"Suami dia kaya?" tanya Shindong. Donghae, Heechul, Eunhyuk dan Kyuhyun menganggukkan kepala.
"Siapa?" tanya Sungmin.
"Hah... Kalau korang sudi menerima jemputan ini, korang kena berjanji untuk merahsiakan siapa suami Yoona itu nanti."
"Seriously, So suami Yoona itu Mr X lah?" Siwon memandang wajah Donghae.
"So... conform okay, kita semua akan datang ke majlis Yoona nanti?" Eunhyuk bertanya.
Ahli Super Junior yang lain menganggukkan kepala menandakan mereka bersetuju. Eunhyuk kemudian menyerahkan setiap seorang kad jemputan.
"Simpan elok-elok kad ini, kalau tak ada kad ini korang tak boleh masuk ke majlis itu nanti. Aku dengar kawalan yang sangat ketat akan diadakan pada hari itu. So semua yang ada kad ini je yang dibenarkan masuk." Pesan Heechul.
Di tempat yang lain, Taeyeon dan Yuri sedang minum bersama dengan Park Boom dan CL.
"Yoona nak kahwin? Betul ke ni?" tanya CL.
"Bestnya. Aku pun nak kahwin juga." Boom pulak berkata sambil menunjukkan muka berangannya yang comel.
"Dengan siapa?" CL terus bertanya.
"Dengan Mr X." Taeyeon menjawab dengan senyuman.
"Mr X? siapa Mr X itu?" tanya Boom.
"Hah .. inilah sebabnya aku nak jumpa kau ni," Taeyeon berkata sambil melihat CL.
"Kenapa?"
"Kita orang datang bukan sekadar nak jemput tapi nak memastikan orang yang dijemput akan merahsiakan siapa Mr X kalau dia orang dah tahu nanti." Yuri memberi penerangan.
"Ooo.. so walaupun Yoona beritahu semua dia akan kahwin, tapi dia tetap nak merahsiakan siapa suami dia. Kenapa?" tanya Boom
"Kenapa, sebab itu yang terbaik untuk Mr X buat masa sekarang ini." Taeyeon menambah.
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...