AWAK SUKA SAYA KE?
CHAPTER 12.
Jin tersedar dari tidur apabila loceng pada handphonenya berbunyi menunjukkan jam sudah pukul 6 pagi. Sudah menjadi kebiasaan untuk Jin bangun pada waktu itu. Dia cepat-cepat menutup bunyi loceng tersebut kerana risau ianya akan mengganggu isterinya yang sedang tidur lena. Jin memandang isterinya yang tidur berbantalkan lengan Jin. Terbit senyuman di bibir Jin bila teringat apa yang terjadi pada malam tadi. Dia memeluk isterinya menyebabkan isterinya mengesot merapatkan jurang diantara mereka. Jin mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.
"Thanks, sebab jadi isteri abang," Kemudian dia mencium pipi isterinya, "Thanks sebab jatuh cinta pada abang."
Yoona terjaga apabila dia terasa pipinya dicium. Matanya dibuka perlahan dan dia membalas senyuman suaminya yang tersenyum memandangnya.Dan kemudian Jin merapatkan mukanya pada Yoona dan
mencium bibir Yoona, "Thanks sebab sudi jadi milik abang sepenuhnya."Yoona merasa malu bila teringat apa yang terjadi semalam dan cepat-cepat menarik selimut menutup kepalanya. Jin ketawa melihat keletah Yoona yang malu dengannya. Jin mencium atas kepala Yoona yang tertutup dengan selimut.
"Tidurlah dulu, awal lagi." Jin bingkas bangkit dari atas katil dan berjalan menuju ke bilik mandi.
'Macamlah aku boleh tidur balik," kata hati Yoona sambil mengeluarkan kepalanya dari selimut melihat kearah bilik mandi.
Dia terdengar bunyi air terpasang. Yoona bangkit dari pembaringan dan berjalan ke ruang tamu dalam bilik hotel itu. Dia mengambil cerek untuk memasak air panas dan sementara dia menunggu air itu masak, dia membersihkan muka dan mengosok gigi di bilik mandi yang terdapat di luar bilik tidur, bilik mandi yang digunakan Jin semalam. Dia membuat dua cawan air kopi, satu untuk dirinya dan satu untuk Jin. Dia membuka langsir dan duduk di sofa menghadap dinding kaca yang menunjukkan keindahan bandar Tokyo di awal pagi."Teringatkan siapa?" tanya Jin mencium atas kepala Yoona yang sedang mengelamun tanpa menyedari suaminya sudah pun berdiri disebelahnya.
"Cantikkan," Yoona menunjukkan bandar Tokyo dengan memuncungkan mulutnya. Jin mengambil tempat duduk di atas sofa yang sama. Dia menarik Yoona dengan lembut supaya Yoona bersandar di badannya. Yoona tersenyum dan mengikut kehendak suaminya. Dia menyandarkan badannya dibadan Jin dan membiarkan tangan Jin memeluk pinggangnya.
"Memang cantik, dan abang rasa ianya lebih cantik sebab abang melihat semua ini dengan sayang," bisik Jin di telinga Yoona. Yoona menganggukkan kepalanya.
"Saya ada jadual waktu yang padat hari ini." Yoona mengeluh kecil. Kalau ikutkan hati, dia ingin bersama dengan suaminya sepanjang hari setelah sebulan lebih tidak bersama.
"Tak apalah, kejap lagi abang hantar sayang ke hotel tempat sayang menginap."
"Syarikat BigHit tu mesti kayakan?" Yoona bertanya tiba-tiba.
"Kenapa sayang kata macam tu?"
"Iyalah, sampai mampu tanggung ahli BTS duduk kat Hotel ini."
"Hmm... bukan SM pun duduk kat hotel yang sama taraf dengan ini ke?"
"Memanglah tapi bilik kita orang tak adalah semewah bilik ini."
"Hmm... sebenarnya percutian ini bukan BigHit yang bagi, Syarikat abang tu cuma bagi kita orang cuti rehat, bukan pakej percutian."
"Maksud abang semua ini abang bayar dengan duit abang sendiri?" Jin menganggukkan kepalanya.
"Yang lain?"
"Budak-budak tu mana ada duit."
"Saya sentiasa nak bertanya tapi sentiasa terlupa."
"Abang tahu apa yang sayang nak tanya, tapi boleh tak bagi abang masa."
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...