Yoona sedang memegang kertas sepanduk yang bertulis 'BTS A.R.M.Y. For EVER' sambil sama-sama menjerit nama BTS semasa menyaksikan konsert BTS yang diadakan semperna menyambut ulang tahun BTS yang ke 8 tahun. Dae Hwan yang kini telah berusia 5 tahun tidak ketinggalan melompat memegang sepandung yang bertulis 'Appa! I love You'.
Peminat-peminat BTS tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Yoona dan Dae Hwan. Dae Hwan yang kecil sudah memiliki peminatnya sendiri dan sudah mempunyai fan clubnya sendiri. Ini kerana Dae Hwan sering muncul sebagai model kepada pakaian dari butik emaknya. Gambar-gambar Dae Hwan juga sering diambil apabila dia berjalan bersama kedua orang tuanya, Jin dan Yoona. Bagi Yoona dia sekarang hanya menumpukan perhatian pada lakonan sahaja selepas keluar dari kumpulan SNSD.
Kumpulan SNSD sudah berpecah 4 tahun. Jangan salah sangka kumpulan itu berpecah bukan disebabkan Yoona tetapi semua ahli kumpulannya merasakan sudah sampai masa untuk mereka berdiri dengan sendirinya. Atas sebab itu walaupun kumpulan SNSD sudah tiasa tetapi kesemua ahlinya masih aktif sebagai artis.
SooYoung telahpun berkahwin dengan kekasihnya Jung Kyung Ho dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia setahun setengah. Hubungan cinta antara Hyoyeon dengan Eunhyuk akhirnya diketahui ramai apabila dengan secara terbuka Eunhyuk melamar Hyoyeon dalam salah satu konsert 'Super Junior Comeback' selepas sekembalinya Eunhyuk dari latihan ketenteraan. Hyoyeon yang waktu itu datang untuk memberi sokongan moral pada kekasihnya sangat terkejut dan gembira sekali.
Hubungan Taeyeon dan Baekhyun yang seperti chipsmore; sekejap ada dan sekejap tak ada akhirnya membawa mereka berdua ke peringkat seterusnya. Sekarang kedua-duanya sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka berdua. Seohyun masih lagi menyembunyikan hubungan cintanya dengan kekasih pertamanya, Jung Yong Hwa ketua CNBlue. Walaupun sudah ada desas-desus menyatakan mereka keluar bersama tetapi keduanya begitu licik menyembunyi hubungan cinta mereka.
Tiffany selepas hampir dua tahun berpisah dengan Nickhun akhirnya kembali bersama apabila keduanya terlibat dalam satu program variati. Walaupun pada awal program keduanya nampak tidak selesa tetapi bunga-bunga cinta yang pernah wujud diantara mereka berdua kembali mekar. Sekarang Nickhun dengan beraninya menyatakan dia hanya ada seorang perempuan yang ingin dikahwininya dan perempuan itu adalah Tiffany. Yuri akhirnya menerima cinta Taeyang, BigBang apabila lelaki itu begitu sabar menunggu cinta dari Yuri dan mengorat Yuri hampir 10 tahun lamanya. Walaupun hubungan itu dirahsiakan dari umum tapi kawan-kawan artis hampir semuanya mengetahui hubungan tersebut kerana sekarang mereka akan sentiasa bersama menghadiri apa-apa majlis jemputan.
Dan akhir sekali Sunny telahpun berkahwin atas pilihan keluarganya. Walaupun atas pilihan keluarga, Sunny dan suaminya sudah lama mengenali antara satu sama lain kerana mereka membesar bersama dan berkawan dari kecil. Dan apabila keduanya disatukan, keduanya akhirnya mengaku bahawa mereka memang sudah lama menyukai antara satu sama lain tetapi dipendamkan kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan persahabatan. Suami Sunny adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang menguruskan perniagaan keluarganya.
Selesai sahaja konsert, Yoona memimpin Dae Hwan ke belakang pentas. Dae Hwan berlari apabila dia melihat ayahnya tetapi dia mengubah arah apabila dia ternampak pakcik Jungkook dan Suga dan terus berlari mendapatkan kedua lelaki itu sebelum Jungkook mendungkung Dae Hwan. Jin membuat muka tidak puas hati apabila anaknya memilih Jungkook dan Suga dari dirinya. Tetapi semua orang tahu kenapa Dae Hwan lebih rapat dengan Jungkook dan Suga kerana mereka berdua suka melayan Dae Hwan bermain. Lebih-lebih lagi Jungkook kerana apabila keduanya bermain, Jungkook dan Dae Hwan adalah rakan sebaya.
Yoona menghampiri suaminya. Jin menarik Yoona ke dalam pelukannya. Dia memang merindui isterinya itu. Sepanjang dua minggu ini, hanya kerana untuk menjayakan konsert ini, dia banyak kali balik lewat ke rumah atau tidak balik langsung kerana terpaksa melakukan banyak latihan. Ini menyebabkan dia tidak dapat meluangkan banyak masa dengan isteri dan anaknya.
Dia memandang Yoona, "Macammana okay?"
Yoona mengangguk dan menunjukkan kedua ibu jarinya, "Best sangat."
Jin tersenyum bangga kerana akhirnya dia berjaya menunjukkan kepada isterinya yang dia mampu menjadi artis yang berjaya sama seperti harapan isterinya. Walaupun Yoona sudah bukan penyanyi tetapi isterinya itu sangat aktif berlakon dan juag merakamkan lagu-lagu ost. Dan isterinya juga sibuk menguruskan butik pakaian kanak-kanak. Jenama pakaian dari butik Yoona juga sudah dikenali ramai dengan gelaran DH baby.
"Thanks... ," dengan itu Jin merapatkan bibirnya pada bibir Yoona dan mencium isterinya di depan semua orang.
Apabila ciuman terlepas, Yoona menutup mukanya di dada Jin kerana malu manakala Jin memandang Jungkook yang bermain dengan Dae Hwan dengan senyuman.
"Maknae.. malam ini tolong babysit Dae Hwan. Okay." kata Jin menyebabkan Yoona memukul manja dada Jin. Semua di situ gelak memandang wajah Jungkook yang terkejut tetapi kemudian mengeyitkan matanya pada Jin.
"Dae Hwan malam ini ikut uncle nak tak?... emak dengan ayah nak pergi buat adik." kata Jungkook menambahkan gelak tawa yang lain.
"YAH!" jerit Jin.
THE END..
__________________________________________________________________
Alaaaa.... dah habis dah cerita ini... cammana ini...
anyway saya dengan rasa rendah hati merasa gembira kerana cerita ini mendapat tempat di hati semua orang. Beritahu saya apa pendapat semua sepanjang mengikuti dan membaca cerita ini. Saya ingin mengetahui pendapat semua. Saya tahu di sini ramai silent reader tapi saya harap hari ini... semuanya akan cuba memberi komen untuk cerita ini.
Dan kepada yang selalu memberi komen... saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.. tanpa anda semua saya tidak tahu mana saya akan dapat semangat untuk terus menulis.
Dan akhir sekali.. tolong juga vote cerita ini ... Terima kasih.
TERIMA KASIH.
AILYNN
P/S... saya telah berjaya mendapatkan gambar DAE HWAN dari Jin dan Yoona untuk tatapan semua. Agak-agak siapa yang betul Yoona ke Jin. Yoona kata Dae Hwan macam muka Jin dan Jin tetap menyatakan Dae Hwan macam muka Yoona. So apa pendapat anda? (Gambar Dae Hwan ini adalah gambar kombinasi wajah Yoona dan Jin... menggunakan website ).
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...