AWAK SUKA SAYA KE?
CHAPTER 13
"Abang pengurus, betul ke petang ini, jadual kita cuma melawat dan jalan-jalan di bandar Tokyo ini," tanya Tiffany kerana merasa pelik dengan aktiviti yang diberitahu oleh abang pengurus sebentar tadi.
"Ha ah, abang cuma ikut arahan orang atasan. Jangan tanya abang, manalah abang tahu." Abang pengurus menjawab bersama gelak. Memang dia tidak tahu menahu mengenai susun atur jadual, dia cuma menjalankan tugas memastikan SNSD pergi dan melakukan aktiviti yang telah dirancangkan.
"Kau tak sukake jalan-jalan ini Tiff?" tanya Sunny.
"Suka sangatlah aku tanya. Pelik bin ajaib, tak pernah-pernah kita datang ke sini aktiviti kita bersiar-siar di Tokyo ini." Yang lain menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata Tiffany. Van yang dinaiki meluncur laju dan berhenti di belakang sebuah bas persiaran.
"Itu ke bas yang kita nak naik," soal Yuri walaupun dia tahu tiada siapa yang akan menjawab soalannya itu.
Secara kebetulan apabila dia orang turun dari van, sebuah lagi van berhenti di belakang van mereka. Ahli EXO keluar dan seronok melihat ahli SNSD yang akan melakukan aktiviti bersama mereka."Bukan korang free petang ini?" tanya Hyoyeon.
"Ha ah.. bukan korang akan keluar dengan BTS?" tanya Yoona.
"Memanglah, kita orang nak keluar dengan dia oranglah ini. Rasanya dia orang dah ada di dalam bas tu kot." Chanyeol menjawab.
"Tapi macam mana kakak-kakak semua ini ada kat sini?" tanya Kai.
"Entah, kita orang punya jadual petang ini beritahu yang kita orang akan bersiar-siar di bandar Jepun." SooYoung mewakili SNSD memberitahu jadual mereka pada ahli EXO.
"Keluar sekali dengan BTS? Betul ke? Hmm... rasa macam ada orang guna kuasa dalaman je?" Baekhyun melihat Yoona.
"Apasal tengok akak pulak?"
"Akak, dalam BTS itu ada sorang mamat yang kekadang boleh buat apa yang orang lain tak boleh buat. Akak jangan tak tahu?" bisik Baekhyun di telinga Yoona tetapi cukup kuat untuk didengar oleh semua orang. Yoona menunjukkan muka 'Yelah tu'.
"Tak percaya, tengoklah, rasanya kita orang ini menumpang tuah orang je. Tapi still thanks sebab mesti best giler hari ini dapat jalan-jalan kat Tokyo," Baekhyun berkata dan dengan gembira naik ke atas bas.
Ahli kumpulan EXO menyapa dengan gembira ahli BTS yang sedang menanti di dalam bas. Kemudian ahli SNSD naik bermula dengan Hyoyeon, diikuti dengan Sunny, Sooyoung dan Yoona. Yuri menyusul selepas Yoona naik.
Apabila Yoona ingin duduk disebelah SooYoung, semua ahli BTS batuk kuat yang disengajakan. Yoona memandang kearah ahli BTS.
"Aik... tak kan kakak ipar nak biarkan abang kita orang tu duduk sorang-sorang," kata Jungkook menyebabkan yang lain mengangguk dan ada juga ketawa kecil. Tapi Yoona buat tak tahu je, sebab dia pun tak naklah macam mengada-ngada pulak nak tunjuk kat orang yang dia dengan Jin. Tetapi belum sempat Yoona nak melabuhkan punggungnya disebelah SooYoung, Jin menghampiri dan memegang tangan Yoona.
Yoona memandang Jin, "Tak apa, semua kat sini dah tahu sayang tu milik abang," kata Jin dengan selamba. Menyebabkan semua lelaki bersiul dan bersuara.
"Tahulah dah ada awek."
"Milik abang tu. Jangan tak tahu."
Tanpa mempedulikan orang lain, Jin menarik Yoona supaya duduk dengannya.
"Yah! Taeyeon. Meh sini duduk dengan abang?" jerit Baekhyun menolak Chanyeol yang duduk disebelahnya ke tempat lain.
"Tak nak. Ingat senang-senang ke nak ajak saya duduk sekali dengan awak?" balas Taeyeon disambut gelak yang lain.
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...