CHAPTER 9

816 32 2
                                    

"Nanti abang mesti rindu sangat kat sayang," Jin memandang wajah Yoona yang juga mengereng mengadap Jin di atas katil. Seminggu telah berlalu dan esok Jin akan keluar negara untuk membuat konsert seperti yang telah dijadualkan.

"Saya pun akan rindukan abang."

"Sebulan, apa abang nak buat kalau dalam sebulan ini abang rindukan sayang."

"Abang tengoklah cerita saya tiap-tiap hari di internet, tak pun abang follow lah saya punya tweeter ke, instagram ke, facebook ke, kan banyak cara... so abang tak payah lah risau sangat," Yoona memberi pendapat.

"Abang je ke yang kena follow... sayang tak nak follow abang."

Muka Yoona mula sedikit kemerahan, "Saya bukan tak nak follow... tapi ... saya tak tahu nak cakap... hmm... sebenarnya saya .... malu."

Jin ketawa, "Apa yang sayang nak malu sangat dengan abang ini." Jin mengusap kepala Yoona dan membetulkan rambut yang sedikit menutup muka Yoona dan meletakkannya ke belakang Yoona. Jin kemudian membetulkan pembaringannya dan memandang ke siling. Kemudian dia menarik Yoona kedalam pelukannya menyebabkan kepala Yoona kini beralaskan dadanya.

"Abang tak sangka abang boleh peluk sayang macam ni." Yoona
hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Jin. Di dalam hati, Yoona pun tidak sangka dia begitu mudah menerima Jin.

"Sayang tahu tak, sebulan yang lepas bila kita baru lepas kahwin dan abang kena pergi luar negara selama sebulan. Setiap hari abang cuba pikirkan apa yang abang perlu buat pada sayang bila abang balik ke Korea. Waktu itu, abang tak tahu macam mana nak buat sayang terima abang ini sebagai suami sayang. Abang risau kalau abang buat tak layan je sayang, apa kata keluarga. Dia orang mesti kecewa kalau abang tak jaga sayang dengan betul. Emak abang tu rasanya dah beratus kali pesan kat abang supaya jaga sayang dengan baik. Abang tahu kenapa emak abang tu risau sangat dan abang tak sanggup nak kecewakan dia. Sebab tu bila je sampai di Korea abang terus suruh sayang duduk dengan abang. Abang tak nak emak tahu yang hubungan kita baru je nak bermula." Jin menceritakan apa yang dirasakannya dulu.

"Kenapa abang setuju kahwin dengan saya?"

Jin terdiam mendengar soalan Yoona. Dia sedang mengira-ngira jawapan apa yang sesuai untuk soalan Yoona itu. "Datuk abang nak sangat menjadi keluarga kepada keluarga sayang, abang cuma nak datuk abang tu seronok," jawab Jin perlahanaa.

"Betul ke itu je, macam tak percaya je. Hari itu abang kata abang kahwin bukan sebab perempuan tu saya, kalau perempuan lain pun abang akan kahwin juga."

Jin menarik nafas dalam, "Sebab sayang datang dari keluarga yang baik."

"Apa kena mengena keluarga saya dengan abang setuju berkahwin dengan saya?" tanya Yoona dengan perlahan sambil bermain butang baju Jin.

"Mestilah ada kena mengena. Dari kecik abang dah berjanji dengan diri abang, kalau abang nak cari isteri abang akan cari isteri yang datang dari keluarga yang baik. Keluarga yang sederhana dalam semua perkara dan tidak sesekali menilai orang hanya pada luarannya saja. Sebab pada pandangan abang hanya perempuan yang datang dari keluarga yang baik akan memiliki ciri-ciri seorang perempuan yang baik."

"Tapi macam mana abang nak tahu saya datang dari keluarga yang baik."

"Sebelum abang kahwin dengan sayang, abang jumpa dengan ayah sayang."

"Abang jumpa ayah?" Jin menganggukkan kepalanya.

"Kenapa?"

"Yelah, abang kenalah jumpa ayah sayang. Abang mestilah meminta kebenaran dari dia secara formal walaupun ini pilihan orang tua tapi sebagai seorang lelaki memang patutlah abang cakap sendiri dengan ayah untuk melepaskan tanggungjawab dia pada sayang dan memberikan kepercayaan sepenuhnya pada abang. Dan abang juga mahu dia tahu siapa abang dan keluarga abang sebelum dia melepaskan sayang pada abang."

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now