Dalam kegelapan malam, Yoona menangis sendirian. Dia cuba bertahan didepan semua orang tetapi apabila malam menjelma, berbaring disebelah suaminya, dia hanyalah seorang perempuan yang lemah. Genggaman tangannya dengan Jin dieratkan dan esakan halus kedengaran.
Malam ini, dalam tangisan Yoona berdoa sepenuh hati supaya suaminya bangun dari tidur yang panjang. Dia terus berdoa sehingga dia terlena didalam tangisan.
Dalam mimpinya, dia ternampak Jin tersenyum memandangnya. Dia berlari mendapatkan suaminya. Jin memeluknya erat.
"Abang..."
"Maafkan abang sebab tinggalkan sayang." Yoona hanya mengelengkan kepalanya.
"Saya rindukan abang, rindu sangat-sangat."
"Abang pun rindukan sayang sangat-sangat."
"Abang ... bangunlah."
Kemudian Jin melepaskan pelukannya, tersenyum memandang Yoona sebelum memberi ciuman di dahi Yoona dan perlahan-lahan bayang-bayang Jin menghilang. Yoona menjerit memanggil Jin supaya jangan meninggalkannya.
Yoona tersedar dari tidurnya dan dia terasa tangannya digenggam erat.
"Abang... ABANG... DOKTOR! DOKTOR!." Jerit Yoona sambil memicit butang untuk memanggil doktor kerana dia pasti Jin memegang erat tangannya.
Beberapa orang doktor dan jururawat yang bertugas berlari menuju ke bilik Jin.
"Dia ..., Suami saya...," Yoona tidak tahu macammana ingin
menerangkan tetapi dia menunjukkan tangannya yang digenggam erat oleh Jin dan apabila dia melihat kearah wajah Jin, dia dapat melihat yang Jin cuba membuka matanya dan dengan perlahan mata Jin terbuka."Suami saya dah sedar," kata Yoona perlahan dalam tangisan gembira. Jururawat menarik Yoona supaya memberi laluan kepada doktor. Tangan yang tergenggam erat terlepas.
Doktor terus membuat pemeriksaan ke atas Jin untuk memastikan keadaan Jin."Encik Kim Seok Jin, Boleh dengar tak suara saya?" tanya Doktor Lee, doktor yang selama ini ditugaskan untuk mengawasi Jin.
Dengan payah Jin menganggukkan kepalanya sambil menahan kepalanya yang berdengup. Dia terasa seluruh badannya sakit.'Yang dia ni nak menjerit ni kenapa? Sakit kepala dibuatnya.' Bentak hati Jin.
"Awak tahu tak siapa awak?"
"Saya kat mana?" tanya Jin.
"Awak kat hospital. Tapi awak tahu tak siapa awak?"
"Hospital?"
"Ha ah... Awak ingat tak kemalangan yang menimpa awak?"
'Kemalangan, sebab tu ke badan aku sakit sangat ini.'
"Boleh beritahu tak pada saya siapa nama awak?"
"Kim Seok Jin... Arggg?" Jin meletakkan kedua tangannya di kepala kerana dia merasa sakit yang amat sangat.
"Cepat bagi dia ubat pelali tahan sakit." Doktor mengarahkan jururawat memberi suntikan ubat pelali tahan sakit. Selepas beberapa minit Jin kembali tenang dan tertidur.
"Puan..." Yoona memandang doktor.
"Boleh kita berbincang sekejap?" Yoona menganggukkan kepalanya dan mengikut doktor keluar dari bilik Jin menuju ke bilik doktor tersebut.
"Sila duduk puan." Yoona mengambil tempat duduk di hadapan meja Doktor Lee.
"Saya tak berapa pasti keadaan Encik Kim buat masa ini, tapi saya akan beritahu puan... kemungkinan-kemungkinan yang harus puan tahu supaya puan boleh bersedia menerima apa saja keadaan yang mungkin terjadi."
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomanceBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...