Episode 2

759 66 2
                                    

Pangg

"Ahh.."

Baekhyun dan Eunji jatuh mengiring ke tanah bersama.

"Gwaenchana?" tanya Eunji dahulu yang risau kan Baekhyun.

Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Baekhyun masih terkejut akan perkara yang berlaku kepadanya tadi. Dia hampir saja ditembak dan...yeoja di hadapannya sekarang menyelamatkannya?

'Siapa dia ni?' bisik hati Baekhyun.

"Ahh" Eunji mengerang kesakitan. Tangan kirinya diletakkan di belakang bahu kanannya.

'Tak guna!!Tak sempat mengelak rupanya.' Eunji mengetapkan bibirnya menahan sakit.

Baekhyun masih lagi memerhatikan yeoja berambut panjang diikat dan berpakaian serba hitam di hadapannya. Yeoja itu juga mengenakan jaket kulit sekerat yang berwarna hitam dan topi di kepalanya. Dia masih lagi tertanya-tanya siapakah yeoja yang muncul secara tiba-tiba itu.

"Awak dengar sini...duduk kat sini jangan pergi mana-mana tung..erhh..tunggu sampai bodyguard awak datang." kata Eunji dan terus beredar dari situ hasratnya hendak mencari penembak tadi.

Baekhyun tidak berkata apa-apa dan hanya melihat yeoja itu beredar dari situ.

"Tuan muda!!" bodyguardnya berlari cemas menuju ke arah Baekhyun.

"Hyung tak apa-apa ke?" Sehun cukup risau akan keadaan tuannya. Tambahan pula tadi dia terdengar bunyi tembakan berdekatan situ.

"T..tak saya tak apa-apa." jawapan Baekhyun meredakan kerisauan bodyguardnya. Tiba-tiba Sehun terlihat setompok darah berdekatan dengan Baekhyun.

"Darah? Hyung betul ke hyung tak apa-apa? Kenapa ada darah kat sini?" pertanyaan Sehun membuatkan Baekhyun agak terkejut.

'Darah?Oh..Yeoja tadi!!' Baekhyun terfikir akan yeoja tadi. Lalu tanpa menghiraukan yang lain Baekhyun bangun dan terus berlari mencari yeoja itu.

"Hyung nak pergi mana?" panggil Sehun lalu mengikut langkahnya diikuti bodyguard yang lain.

Pada masa yang sama...

"Keluar!!Aku cakap keluar!!Jangan jadi pengecut lah." jerit Eunji yang masih lagi menahan sakit.

'Tak guna mana aku nak cari ni.Kenapalah besar sangat kawasan rumah ni,taulah orang kaya pun' rengek hati Eunji.

Tiba-tiba pandangannya tertarik pada hutan buatan berdekatan situ. Ianya berdekatan dengan kawasan semak di mana Eunji melihat arah laser itu datang.

'Hpmmhh..mesti kat sana' Eunji menuju ke dalam hutan buatan itu.

"Got you." suara Eunji setelah nampak seseorang di pertengahan hutan itu.

Sepertinya dia seorang namja dan sedang menyimpan senapang yang digunakan tadi di dalam sebuah beg. Namja itu agak tersentak mendengar suara Eunji.

"Jangan bergerak atau saya tembak awak."vEunji sudah mengacukan pistolnya ke kepala namja itu sekaligus membuatkan namja itu kaku ditempatnya.

"Siapa awak?Apa yang awak nak dari keluarga Byun?" pertanyaan Eunji tidak dijawab.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki seseorang mengalihkan perhatian Eunji. Pada masa yang sama namja itu mengambil kesempatan lalu menendang Eunji sehingga terjatuh. Pistol di tangannya terlepas dan terpelanting ke arah lain. Namja itu terus melarikan diri.

"Tunggu..Ahh" Eunji hendak mengejarnya tetapi darah mengalir dari luka tembakan di bahunya membuatkan dia tidak berdaya.

Eunji menguatkan diri dan cuba bangun untuk bergerak. Tetapi hanya beberapa langkah sahaja lalu dia merasa kesakitan di bahunya dan mula merasa letih. Mungkin disebabkan pendarahan yang mengalir keluar dari luka itu membuatkan tenaganya sudah tiada lagi,dia tersungkur lalu terus tidak sedarkan diri.

Baekhyun yang mengikuti tompokan darah telah membawanya ke hutan buatan di kawasan rumahnya itu. Di pertengahan hutan,dia terkejut melihat tubuh seorang yeoja yang tidak sedarkan diri. Dia ingin menghampiri tubuh itu tetapi dihalang oleh Sehun.

"Hyung..Ianya bahaya.Mungkin dia yang cuba tembak hyung tadi." kata Sehun.

"Apa yang awak merepek ni. Dia yang selamatkan hyung dari kena tembak tadi tahu. Lepaslah.." Baekhyun menepis tangan Sehun. Dia menghampiri tubuh itu. Ya..memang betul ianya yeoja yang selamatkannya tadi.

Baekhyun terkejut melihat darah yang mengalir keluar dari belakang tubuh yeoja itu.

'Jangan-jangan..Dia dah terkena tembakan tadi..' fikir Baekhyun.

Tanpa berlengah dia mengendong tubuh yeoja itu. Sehun dan bodyguardnya yang lain terkejut dengan tindakan melulu Baekhyun.

"Sehun ahh..palli call doktor peribadi kita." arah Baekhyun.

"Tapi hyung..."

"Palli!!!" tegas Baekhyun.

"Arasseo."Sehun mengeluarkan telefonnya dan menelefon doktor peribadi keluarga Byun. Baekhyun membawa yeoja itu menuju ke rumahnya.



Bersambung....



Author : Edit back this ep and hope my writing will make it more interesting. I also akan edit ep yg lain jugak.

Btw hope korang suka^^ If suka jangan lupa vote and comment. Thank youuuu



My BodyguardWhere stories live. Discover now