Naeun sudah tahu apa yang berlaku. Semuanya gara-gara dia memaksa Sehun untuk menceritakan segalanya setelah dia melihat muka Eunji seperti ada masalah.
3 hari selepas kejadian tersebut, Naeun menghubungi Eunji.Naeun mengajak Eunji, Baekhyun dan Sehun pergi bercuti di villa appanya di Pulau Jeju.Asalnya Eunji menolak tetapi Naeun memujuknya. Katanya dia sudah lama tidak je villa appanya itu. Akhir sekali Eunji menurut. Dia memberitahu kepada Baekhyun kepada Baekhyun dan Sehun dan kedua namja itu hanya menurut.
Pada malam itu, ketika dia sedang mengemas bajunya, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Eunji mengambil fonnya dan membaca mesej itu.
Daripada : Kris Oppa
Kepada : Eunji
Eunji ahh.. Oppa ada kat luar rumah Eunji ni. Boleh keluar kejap tak?
Eunji terkejut setelah membaca mesej dari Kris itu. Dia terus meluru ke tingkap dan melihat Kris sedang bersandar di kereta depan rumah itu. Eunji terus meluru keluar dari bilik dan turun ke bawah.
Baekhyun yang nampak Eunji meluru keluar dari rumah merasa hairan.
"Hah hah hah"Eunji termengah-mengah di hadapan Kris. Sudah lama dia tak lari selaju ini. Kris hanya tersenyum melihat Eunji termengah di depannya.
"Laju lari. " gurau Kris.
"Banyak la laju. Oppa ni kalau nak datang bagi tahu la awal-awal ni tak dah sampai baru nak bagi tahu. Penat la Eun nak kena lari dari atas turun bawah pastu nak keluar pulak. Rumah ni bukannya kecil oppa tahu tak. "bebel Eunji kemudian dia menarik nafas panjang.
"Hehe.. Arasseo oppa salah. Nanti kalau oppa nak datang oppa mesej Eun dulu ya. "kata Kris.
"Humm ye la. Kenapa oppa datang sini? "soal Eunji.
"Saja. Oppa rindu lah kat Eun. Lagipun dah lama kita tak jumpa kan? "kata Kris.
"Ermm.. Betul jugak. Nak buat macam mana orang tu selalu busy. "perli Eunji.Kris tersenyum melihat Eunji yang merajuk.
"Ouhh, jakkaman. " Kris membuka pintu keretanya dan mengambil sebuah beg. "Nah."Kris memberi beg itu kepada Eunji.
"Ige mwoya? "soal Eunji sambil mengambil beg tersebut.Eunji melihat ke dalam beg itu. Terdapat sebuah beg sandang berwarna biru. "Wahh.. Yeapeuda.Gomawo oppa. "kata Eunji dengan senyuman di bibirnya.
"Ne."Kris turut tersenyum.
"Ah.. Oppa sebelum Eunji lupa, 3 hari ni oppa free tak? "soal Eunji. Kris berfikir sekejap.
"Maybe free. Waeyo? "soal Kris semula.
"Kajja, ikut Eun pergi Pulau Jeju. "ajak Eunji.
"Ermm buat apa?"soal Kris lagi.
"Alaa.. Bolehlah oppa. Ni chingu Eun yang ajak.Kita pergi sekali dengan Baek dan Sehun. "pujuk Eunji."Tapi boleh ke? Chingu Eun tak marah? "soal Kris lagi.
"Itu oppa jangan risau. Eun dah tanya dia cakap boleh je.Jomlah oppa.. Urmm"Eunji memaut tangan Kris dan membuat muka comelnya. Kris tersenyum.
"Arasseo oppa ikut. Tapi oppa tak janji tau. "kata Kris sambil mencubit pipi Eunji sekilas.
"Assa... Esok pukul 8 pagi. Eun tunggu oppa kat airport, okay?" kata Eunji.Kris hanya menganggukkan kepalanya.
____________________________________
Keesokkan harinya, di Incheon Airport.
"Eunji.. Mana oppa kau ni? Kejap lagi flight kita tau." suara Naeun.Mereka sekarang sedang menunggu Kris yang masih belum sampai lagi.
"Ya tahu. Kejap lagi dia sampai lah." kata Eunji. Dia dari tadi mundar-mandir menunggu kedatangan Kris. 'Mana oppa ni, dah lah mesej tak balas, telefon pun tak angkat.' bicara hati Eunji seorang diri. Tidak lama kemudian Eunji ternampak kelibat Kris yang sedang menarik bagasinya.
"Oppa~Yeogi~!!"jerit Eunji sambil melambaikan tangannya.
Kris melihat ke arah Eunji dan tersenyum lalu dia menarik bagasinya menuju ke arah Eunji.
"Miann sebab lambat. Oppa ada kerja sikit tadi."kata Kris sebaik sampai dekat Eunji.
"Ermm lambat la jugak. Tapi tak pa lah janji oppa dah datang.Kajja Eunji kenalkan dengan chingu Eun."Eunji menarik Kris menuju ke arah yang lain.Kris hanya ikut sahaja.
"Guys.. Ni la Kris oppa yang saya maksudkan.Kenalkan oppa ni Naeun, Sehun dan Baekhyun." kata Eunji sambil menunjuk ke arah Naeun diikuti dua namja itu.
Naeun melambai tangannya sambil tersenyum lebar. Sehun menunduk hormat disebabkan dia lebih muda. Baek pula haih...dia hanya melihat sekilas kemudian dia sambung main phonenya. Tidak lama kemudian,kedengaran panggilan untuk penerbangan mereka.Mereka masing-masing bersiap sedia untuk ke pagar pelepasan.
Tiba di pagar pelepasan,Naeun mencuit Eunji.Eunji memandang Naeun yang tersenyum ke arahnya.
"Mwo?"soal Eunji yang pelik dengan senyuman Naeun itu.
"Kenapa kau tak bagi tau aku yang kau ada oppa yang kacak macam tu.Hurmm?"bisik Naeun kat Eunji.
"Naeun..dia bukan oppa sebenar aku.Aku anggap dia oppa aku sebab dia dari dulu lagi selalu ada kat sisi aku,bantu dan support aku."jelas Eunji.
"Tak kisahlah,tapi sekurang-kurangnya bagi lah tahu aku dulu.Eun..kacaklah oppa kau.Aku nak boleh?"gurau Naeun.
"Eiii...Gatalnya"Eunji mencubit lengan Naeun.Kemudian mereka berdua ketawa bersama.
-Bersambung-

ANDA SEDANG MEMBACA
My Bodyguard
DiversosJung Eun Ji..Seorang gadis yang comel..Tetapi disebabkan ayahnya telah mengajarnya teknik mempertahankan diri dan menembak sejak dia kecil telah mengubahnya menjadi seorang yang lasak dan ganas..Akan tetapi hatinya masih lembut seperti seorang yeoja...