Episode 19

210 19 0
                                    

    Akhirnya Eunji hanyut dalam ciuman Baekhyun. Baekhyun melepaskan ciumannya dan mereka saling bertatapan. Baekhyun cuma tersenyum melihat wajah Eunji.

"Hey muka awak dah merah."Baekhyun tersengih melihat muka Eunji mula kemerahan.

"Hurmm.. Mana ada. "Eunji memegang mukanya yang membahang.Posisinya masih dalam pelukan Baekhyun.

"Ehem2.Saya tak mengganggu kan? "suara yang datang dari pintu membuatkan Baekhyun dan Eunji terkejut.

Baekhyun cepat2 melepaskan pelukan dan Eunji pula kelam kabut bangun dari posisinya. Sehun tersengih melihat gelagat mereka berdua yang gelabah beruk bila dengar suara dia.

"Ya ada apa Hun? " soal Baekhyun.

"Hah? Ohh.. Ehem, ni Tuan Byun ada call tadi. Dia dah tahu apa yang jadi kat sini." kata Sehun sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

"Ermm..Saya keluar dulu la." suara Eunji dan terus meluru keluar dari bilik itu.

Sehun hanya mengangguk kepalanya dan melihat Eunji yang tergesa-gesa keluar dari bilik. Baekhyun tersengih melihat gelagat Eunji yang malu itu. Suka pula dia tengok Eunji yang gelabah beruk macam tu.

"Hyung,apa yang hyung buat kat Eunji sampai muka dia merah macam tu sekali?"soal Sehun. Sempat dia melihat muka Eunji sebelum Eunji keluar tadi.

"Heh.. Adalah."jawab Baekhyun pendek.

Tiba-tiba Sehun terfikir kan posisi mereka berdua sebelum dia masuk tadi.

"Ohh!!Jangan2 hyung dengan Eunji ki-"

"Haa tadi appa ada call kan? Dia kata apa lagi? "Baekhyun terus memotong kata2 Sehun.

Sehun tergelak kecil. Memang sah apa yang dia jangka.

"Ohh, Tuan ada suruh hyung call dia balik bila hyung dah sedar."kata Sehun bila teringat balik perbualan dia dengan Tuan Byun.

"Hurmm..kejap lagi la hyung call. Hyung nak rehat jap. Aduh.. Sakit pula kepala ni. "rengek Baekhyun lalu memejamkan matanya.

"Ermm.. Yelah. Nanti hyung call tau jangan lupa pulak. Kang risau tuan nanti. "pesan Sehun sebelum melangkah keluar.

"Yelah2."Baekhyun menarik selimutnya lalu menutupi kepalanya. Sampailah dia dengar bunyi pintu ditutup barulah dia tarik semula selimutnya.

Mengingati wajah Eunji yang malu tadi membuatkan bibirnya mengukir senyuman.

Selepas 2 hari keadaan Baekhyun semakin baik. Mereka juga telah pulang ke rumah semula.

-Rumah Keluarga Byun-

"Wahh.. Leganya dah boleh bangun balik. Boleh gila aku kalau asyik baring je atas katil." bebel Baekhyun sambil berjalan menuruni tangga.

Dia merenggankan badannya sambil menuju ke arah dapur dan mengambil air untuk diminum.Kemudian dia ke ruang tamu dan menonton TV. Sebenarnya dia tidak pergi kelas kerana dihalang oleh Sehun. Sehun siap ancam nak kurung dia lagi kalau dia degil.😂

Baru saja dia duduk, terdengar seseorang membuka pintu.

"Saya dah balik"suara Eunji sebaik saja dia masuk ke dalam rumah.

"Selamat pulang. "sambut Bekhyun.

Eunji terus mengambil tempat di sebelah Baekhyun.

"Huh.... "Eunji mengeluh panjang.

Baekhyun memandang Eunji.

"Aikk, ni dah kenapa muka masam macam cuka ni?"soal Baekhyun.

"Tak da papelah. Cuma penat sikit. Banyak kerja kena buat hari ni. " jelas Eunji.

"Ke.. Awak rindukan saya? "gurau Baekhyun. Humm.. Dah mula la dia nak menggatal.😂

"Eiiii..tolong sikit. Dah lah saya naik dulu malas nak layan. "Eunji membaling bantal ke arah Baekhyun lalu dia terus naik masuk ke biliknya.

Baekhyun tersengih macam kerang busuk. Suka sungguh dia kenakan Eunji.

"Huh.. Tak gunalah namja ni. Suka buat hati aku tak tentu arah.. Ahh lebih baik aku pergi mandi. "Eunji melempar begnya ke katil dan terus mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

------------------------------------------------------

"Korang semua ni memang tak guna. Kerja yang senang pun korang tak boleh buat. "marah seorang namja lalu melemparkan bukunya tepat ke arah anak buahnya.

"Tapi boss.. Yeoja tu bukan calang2 orang boss. Dia memang pandai berlawan boss. " jelas anak buahnya.

"Tak kan dengan yeoja pun korang boleh kalah hah?!!" sekali lagi namja itu meraung seperti singa.

"Huh.. Dah sekarang ni aku nak tahu sapa yeoja yang korang kata tu?. " dia cuba meredakan kemarahannya. Lalu mengambil tempat di kerusi berhadapan ngan meja kerjanya.

"Tak silap saya.. Nama dia Eunji boss. " jawab anak buahnya. Dia teringat kembali saat Baekhyun menyebut nama Eunji.

"Eunji..?? Oh.. Heh.. Dia ke..Dah korang boleh keluar. "dia menyuruh anak buahnya keluar dari biliknya.

Anak buahnya menurut dan bergegas keluar dari situ.

"Hurmm.. Jung Eunji. Heh. Menarik juga kau ni. Kita tengok apa yang kau boleh buat. " kata namja itu sambil tersengih seorang diri.


-Bersambung-

(Author minta maaf kalau lama x update. 🙏Nak diikutkan dah lama author habis exam.😀 Tapi author fikir nak rehat jap sampai lupa kat ff ni.😅Sekali lagi author minta maaf ye.😭)


My BodyguardWhere stories live. Discover now