"Haish..sapalah yeoja ni...Aigoo...serabut kepala otak aku fikir pasal dia." Baekhyun menggosok kepalanya yang runsing. Kemudian matanya menatap sesusuk tubuh yang terbaring lemah di katil.
Eunji yang sudah dirawat masih tidak sedarkan diri, kini dia berada di bilik tetamu di rumah keluarga Byun. Bukannya tidak mahu menghantar Eunji ke hospital tetapi Baekhyun tidak membenarkannya kerana risau atas keselamatan yeoja itu malah disuruhnya doktor peribadi keluarga mereka merawat Eunji di rumahnya. Lagipun hari itu ayahnya tiada kerana pergi 'oversea'.
Baekhyun duduk di kerusi yang berada di tepi katil. Direnung lama wajah yeoja di hadapanya itu.
'Ermm cantik juga dia ni..'bisik hatinya sambil tersenyum.
Tiba-tiba dilihatnya muka yeoja itu berubah dengan keringat peluh yang sudah keluar di wajahnya. Sepertinya yeoja itu sedang mimpikan sesuatu. Baekhyun meletakkan tanganya di dahi Eunji.
'Panasnya badan dia..' Baekhyun menatap wajah yeoja itu. Tangannya masih lagi berada di dahi Eunji.
Tiba-tiba seseorang membuka pintu bilik. Baekhyun tidak menyedari kehadirannya dan masih menatap Eunji.
"Hyung" suara Sehun.
Mendengar suara Sehun dari belakangnya, dengan pantas dia menarik tangannya.
"Ada apa?" soal Baekhyun masih lagi di tempatnya.
"Oh..tuan Byun, dia dah bertolak pulang lepas dengar pasal kejadian semalam." terang Sehun yang berdiri di pintu.
"Ohh..araseo." Baekhyun menganggukan kepalanya.
"Hyung apa yang hyung renungkan sangat yeoja tu?" Sehun berjalan mendekati Baekhyun yang dari tadi asyik merenung Eunji.
"Hmmm..patutlah. Cantik juga dia ni kan hyung."
"Ishhh...kamu ni kan.." marah Baekhyun.
"Apa dah betulkan? Lagipun tu yang hyung fikirkan..kan...." sengaja Sehun hendak mengenakan tuan mudanya yang dah dianggap sebagai hyungnya sendiri itu.
Muka Baekhyun sudah mula merah memang betul apa yang dikatakan Sehun itu. Tiba-tiba Baekhyun bangun dan menatap wajah bodyguardnya yang menjadi rakan karibnya malahan seperti adiknya sendiri di rumah itu.
"Hehe.." Sehun tergelak kecil membuatkan Baekhyun hairan.
"Wae?"
"Muka hyung..muka hyung dah merah"kata Sehun menahan ketawanya.
"Ma..mana ada.."Baekhyun menyentuh wajahnya.
"Hahaha..hyung ni memang senang nak dikenakan." ketawa Sehun.
"Ishh...kau ni dah jom keluar. Ganggu orang tengah rehat je. Jagalag kat luar nanti.." Baekhyun merangkul leher Sehun lalu menariknya keluar dari bilik tersebut lalu terus menutup pintu.
Di luar bilik..
"Ahh..hyung appo.."rintih Sehun. Baekhyun melepaskan Sehun.
"Ohh..kenakan hyung ya.." Baekhyun berpeluk tubuh. Sedia untuk mengenakan Sehun.
"Ah..Ahh..Oh!! Hyung tengok tu.." Sehun menunjuk ke arah sesuatu.
Setelah Baekhyun melihat ke arah yang ditunjuknya Sehun mengambil kesempatan melarikan diri. Baekhyun mengalihkan pandangannya dengan pantas setelah tiada apa yang ditunjuk oleh Sehun. Baekhyun melihat Sehun sudah jauh di meninggalkannya.
"Aishh..Yah!!Sehun-ah!!"Baekhyun terus mengejar Sehun.
-Bersambung-
Don't forget to vote and comment 😉

YOU ARE READING
My Bodyguard
CasualeJung Eun Ji..Seorang gadis yang comel..Tetapi disebabkan ayahnya telah mengajarnya teknik mempertahankan diri dan menembak sejak dia kecil telah mengubahnya menjadi seorang yang lasak dan ganas..Akan tetapi hatinya masih lembut seperti seorang yeoja...