"Welcome To StarLight Villa."suara Naeun sebaik membuka pintu villa itu.
Mereka berlima masuk ke dalam villa yang besar itu. Eunji melihat seluruh ruang dalam villa itu.
"Wah.. cantiknya villa kau Naeun. "puji Eunji.
"Thanks Eunji. Okay Eun, kat sini ada 6 bilik. Si Baek ngan Sehun dah ada bilik tetap diorang,bilik kau dan Kris oppa pulak aku dah pilihkan, kajja aku tunjukkan bilik korang."jelas Naeun lalu dia menarik Eunji ke tingkat atas. Kris ikut dari belakang.
"Diorang tinggal kita macam tu je Hun.Mentang2 lah ada namja lain."Baekhyun merungut.
"Ishh hyung ni ngada la. Kajja kita masuk bilik."kata Sehun kemudian dia terus tinggalkan Baekhyun di belakang.
Menjelang waktu petang, diorang masing-masing sibuk menyediakan bahan untuk membuat BBQ. Sehun, Baekhyun dan Kris sibuk di luar menyediakan tempat membakar BBQ dan ruang makan. Manakala yang yeoja pula di dapur menyediakan bahannya.
"Eun.. aku nak tanya something boleh tak?"suara Naeun yang sedang menyediakan bahan untuk dibakar.
"Hurmm tanyalah.."balas Eunji yang sedang membasuh sayur di sinki.
"Kau rasa.. Sehun tu macam mana orangnya?"soal Naeun.
"Urmm.. dia namja yang baik, caring, bijak, pandai berlawan.. ishh kalau nak bagi detail memang tak makan la kita. Ehh jap asal kau tetiba je tanya pasal Sehun ni? " kata Eunji.
"Tak de apa lah." jawab Naeun yang tersenyum malu.
"Tipu. Ni mesti ada apa-apa ni. Hurmm.. biar aku teka kau.. suka kat Sehun kan? " tekaan Eunji tepat sekali. Naeun hanya senyum malu.
"Diam maknanya ya lah tu." sindir Eunji.
"Dah lah. Aku ke depan dulu. Nanti kau bawa sayur tu keluar. " kata Naeun lalu terus meninggalkan Eunji di dapur.
Pada malam itu mereka berlima berseronok sambil menghadap BBQ yang sedap dan tidak dilupai soju.
"Hyung dah lah jangan minum lagi. Hyung dah mabuk teruk ni. "Sehun menghalang Baekhyun dari terus meneguk soju. Entah apa yang Baekkie fikir sampai minum soju dengan banyak sekali.
"Ermm..nak lagi. " Baekhyun meneguk secawan soju lagi.
"Hyung..!! " marah Sehun. Sekali lagi Baekhyun hendak minum tetapi gelas sojunya ditarik oleh Sehun.
"Naeun awak okay tak ni? " Eunji menyoal Naeun yang ingin tidur di bahunya. Soalan Eunji itu menarik perhatian Sehun.
"Dia dah mabuk tu. Kalau awak nak tahu Naeun ngan Baekhyun ni bukannya reti minum. "jelas Sehun.
"Aigoo.. patutlah. "Eunji tersenyum melihat gelagat Baekhyun yang dah macam budak kecil dan Naeun yang tidur macam baby.
"Eh mana Kris hyung? " soal Sehun setelah sedar Kris tiada di situ.
"Oh dia kata dia nak ambil angin kejap. " jawab Eunji.
"Dah lewat ni. Eun tolong jagakan hyung. Biar Hun hantar Naeun balik bilik." Sehun megendong Naeun yang tertidur masuk ke dalam vila. Tinggallah Eunji dan Baekhyun di situ.
Sekali lagi Baekhyun mengambil kesempatan untuk meneguk soju. Dengan pantas Eunji menarik gelasnya sebelum sempat dia meneguk.
"Yah. Berhenti minum boleh tak. " marah Eunji. Saat itu Baekhyun merenung Eunji lama.
"Mwo? Kenapa awak renung saya macam tu? " soal Eunji yang merasa janggal.Baekhyun tidak menjawab malah mendekati Eunji. Lalu dia mendekatkan mukanya dengan Eunji. Eunji terkejut dengan jaraknya yang begitu dekat dengan Baekhyun.
"Apa yang awak nak bummpphh-" membesar mata Eunji saat Baekhyun mencium bibirnya. Eunji terkejut sehingga badannya kaku di situ.
Baekhyun melepaskan ciumannya. Dia tersenyum lalu baring di paha Eunji. Berkali-kali mata Eunji berkelip, masih lagi terkejut.
Tidak lama kemudian Sehun datang kembali.
"Eun.."teguran Sehun menyedarkan Eunji.
"Tolong saya gendongkan hyung di belakang. " pinta Sehun. Eunji hanya turuti dan menolongnya.
Selepas menghantar Baekhyun ke biliknya, Eunji terus masuk ke biliknya. Dia duduk di birai katilnya.Dia teringat saat Baek mencium bibirnya tadi.
Dup dap dup dap
Jantungnya berdegup kencang.
Memikirkan itu ciuman pertamanya."Ah mwoya.. takkanlah aku dah suka dia. Ani. Siapa kata. Ahhhhhhh... "Eunji terus baring dan dia menhentakkan kakinya.
Fikiran dia masih ingat tentang ciuman Baekhyun.
-Bersambung-

ANDA SEDANG MEMBACA
My Bodyguard
RandomJung Eun Ji..Seorang gadis yang comel..Tetapi disebabkan ayahnya telah mengajarnya teknik mempertahankan diri dan menembak sejak dia kecil telah mengubahnya menjadi seorang yang lasak dan ganas..Akan tetapi hatinya masih lembut seperti seorang yeoja...