Extra episode

162 15 1
                                        

4 bulan berlalu,semenjak Baekhyun dan Eunji bertunang rumah keluarga Byun menjadi meriah. Eunji mendapat kebenaran dari keluarga angkatnya untuk tinggal di rumah keluarga Byun. Kemeriahan ditambah lagi dengan kehadiran anak Sehun dan Naeun iaitu si cilik Se Na.

Majlis perkahwinan Eunji dan Baekhyun pulak akan diadakan tidak lama lagi. Tapi sebelum itu majlis hari jadi untuk Eunji akan diadakan.

Sekarang masing-masing sibuk dengan persiapan majlis itu. Walaupun masih ada 2 hari sebelum majlis tersebut berlangsung.

Eunji sedang sibuk membantu maidnya membuat persiapan. Walaupun dihalang beberapa kali oleh maidnya, Eunji tetap degil ingin membantu mereka. Akhirnya maidnya mengalah dan menyuruh Eunji membuat beberapa benda yang mudah.

Sedang Eunji busy membuat kerjanya, seseorang datang memeluknya dari belakang. Eunji hanya tersenyum. Dia tahu itu Baekhyun.

"Apa awak tengah buat?" soal Baekhyun sambil meletakkan kepalanya di bahu Eunji. Dia baru saja pulang dari tempat kerjanya.

Sekarang Baekhyun bekerja di syarikat appanya. Dia menjadi timbalan pengarah di syarikat itu. And bila2 masa saja appanya boleh menyerahkan seluruh syarikat itu kepadanya.

"Awak dah tak nampak ke? Dah buta?" jawab Eunji.

"Ceh. Haah memang dah buta pon. Buta sebab cinta awak." Baekhyun cuba membuat ayat sweet dia tapi..

"Sorry.. tak sweet langsung." kata Eunji. Dia masih fokus dengan kerjanya.

Baekhyun mencebik. Dari dulu sampai sekarang tunang dia yang sorang ni tak pernah termakan dengan ayat-ayat sweet dia. Haihh..nasib kau la Baekhyun ada tunang macam ni.

"Mana appa?" soal Eunji bila dia tidak nampak kelibat appanya.

"Appa ada meeting ngan klien. So dia makan kat luar kot malam ni."
jawab Baekhyun yang masih memeluk Eunji dengan erat. Eunji hanya mengangguk.

"Tengok pasangan bahagia ni.. Sampai bila nak peluk si Eunji tu kat situ? Tak nak mandi ke?" Naeun yang baru turun dengan Se Na terus memerli mereka.

"Biarlah..kitaorang tengah bahagia." jawab Baekhyun dengan spontannya.

"Dah sekarang.. gi naik atas mandi and siap. Kejap lagi dah nak dinner." Eunji menolak Baekhyun naik ke atas.

"Arasseo..but sebelum tu.." Baekhyun mencium pipi Eunji Dan terus lari naik ke atas.

"Yah!! Ada Se Na la kat sini." jerit Eunji.

Naeun hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

-----------------------------------------------------------

Selepas selesai makan malam, Baekhyun tidak nampak kelibat Eunji di dalam rumah. Dia dah cari satu rumah tapi masih tak jumpa juga tunangnya itu.

Dia cuba bertanya kepada pembantu-pembantu rumah di situ tapi tak ada siapa pun yang nampak Eunji. Nasiblah Baek rumah kau besar sangat...

My BodyguardTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang