Episode 6

636 53 2
                                        

'Hurmm..identiti aku dah terbongkar,macam mana aku nak awasi keselamatan keluarga ni..'fikir Eunji.

Dia sedang berbaring di atas katil sambil menatap siling biliknya.

Sedang dia leka berfikir,tiba2 pintu biliknya diketuk dari luar.Eunji sedikit terkejut dengan bunyi ketukan itu.Dia terus bangun dan menuju ke arah pintu biliknya.Sebaik sahaja dia membuka pintu,terlihat wajah Sehun di depan biliknya.

"Oh..awak Sehun.Waeyo?"soal Eunji.

"Hurmm..tuan Byun arahkan saya untuk bawa awak ke pejabatnya."kata Sehun dengan senyuman bibirnya.

"Aikk kenapa pula tuan Byun nak jumpa saya?"soal Eunji lagi.

Kali ini Sehun hanya menginjutkan bahunya.

"Kajja,tuan Byun dah tunggu awak."suara Sehun lalu melangkah pergi.

Eunji menganggukkan kepala dan mengikut Sehun dari belakang.Sebaik sampai di depan pintu pejabat,Sehun mengetuk pintu bilik tersebut.

"Tuan..ni saya Sehun.Saya dah bawa Eunji ke sini."suara Sehun sambil mengetuk pintu.

"Ya..suruh dia masuk."terdengar suara yang menyahut dari dalam.

Sehun memberi isyarat kepada Eunji untuk membuka pintu.Eunji pun memulas tombol pintu dan membukanya.Wajah pertama yang ditangkap oleh matanya ialah Baekhyun yang duduk di sofa sambil membaca komik.

"Oh,kamu dah datang."suara namja yang agak berumur membuat Eunji mengalihkan pandangannya daripada Baekhyun.

Baekhyun yang sedang membaca komik memandang Eunji setelah mengetahui keberadaannya.

"Masuklah.."pelawa namja itu.

Ya,namja itu ialah tuan Byun,appa kepada Baekhyun sekaligus tuan besar di rumah itu.Eunji pun melangkah masuk dan menutup pintu. Kemudian dia terus mara je hadapan dan mendekati meja yang tuan Byun duduki.Baekhyun yang dari tadi mereneungnya dihiraukan saja.

"Ada apa tuan mahu jumpa saya?"soal Eunji sebaik saja dia berdiri berdekatan dengan meja tuan Byun.

Tuan Byun melempar kan senyuman yang manis kepada Eunji.

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan anak saya dan maaf atas kecederaan kamu."kata tuan Byun dengan rasa serba salah.

"Tuan jangan risau,kecederaan saya tak serius sangat.Lagipun ia dah mula pulih sekarang."Eunji cuba menghilangkan keresahan tuan Byun sekaligus membuatkan tuan Byun tersenyum.

"Oh..nama saya Jung.." "Jung Eun Ji.Anak kepada Jung Min Ki betul tak?"tidak sempat Eunji menghabiskan ayatnya,tuan Byun sudah menyelit.

Mendengarkan itu Eunji tersenyum dan mengangguk kan kepalanya.

"Aikk,pa kenal dia ke?"Baekhyun yang dari tadi menjadi pemerhati akhirnya bersuara.

Tuan Byun memandang anak lelakinya itu dengan senyuman.

"Baek ingat tak Min Ki ajusshi?"soal tuan Byun.

Baekhyun hanya mengangguk mengiyakan soalan appanya.

"Ni lah anak perempuannya."tuan Byun kembali memandang Eunji dengan senyuman di bibirnya.

"Jinjja!Wah..daebak."Baekhyun memandang Eunji dan tersenyum.

"Appa kamu banyak ceritakan tentang kamu kepada saya.Tak sangka cantik juga anak dia ni.Tapi sayang dia dah pergi terlalu awal."kata tuan Byun.

Eunji menundukkan kepalanya,terasa rindu pulak kepada appanya.

"Eunji..sudi tak kamu jadi bodyguard peribadi anak saya?Saya tahu kamu ada potensi macam appa kamu."kata tuan Byun.

Soalan itu mengejutkan Eunji dan Baekhyun.Eunji diam,berfikir untuk membuat keputusan sementara Baekhyun menanti jawapan Eunji.

"Eunji..."Tuan Byun memanggil Eunji setelah lama dia mendiamkan diri.

"Ya,saya sudi."suara Eunji tiba2.

"Jinjja?"soal tuan Byun tidak percaya.

Eunji membalas dengan anggukan kepalanya.Tuan Byun dan Baekhyun masing2 tersenyum.

"Tuan kalau tak de pape lagi saya minta diri dulu."suara Eunji.

"Oh ya..Gomawo,awak boleh pergi."Eunji menunduk hormat kepada tuan Byun dan sebelum keluar sempat lagi dia menjeling ke arah Baekhyun.

Baekhyun mencebik dan tersengih. Sebaik sahaja Eunji keluar,seseorang telah mengejutkannya.

"Omo!Gamjagia!!"

-Bersambung-

My BodyguardTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang