Episode 4

641 58 0
                                    

Seminggu berlalu, Eunji telah sedar dari komanya tetapi kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya. Dan dia juga dilarang untuk keluar dari bilik. Dia pernah mencuba beberapa kali tetapi gagal kerana dihalang oleh orang gaji di rumah itu atas alasan ianya arahan dari tuan muda.

"Huargghh...bosannya..Kalau asyik terperuk je dalam ni boleh jadi gila aku dibuatnya." rungut Eunji seorang diri.

"Apa aku nak buat ni...??" Eunji bangun dari duduknya.

Dia mundar-mandir di dalam bilik itu. Memikirkan apa yang perlu dilakukan olehnya. Tiba-tiba dia berhenti dan melihat ke arah pintu.

"Tak boleh jadi..aku kena keluar juga dari sini." Eunji membuat keputusan.

Krekk.....

Dengan perlahan-lahan Eunji membuka pintu. Dia megnghulurkan sedikit kepalanya untuk mengintip keadaan di luar. Setelah memastikan semuanya selamat, dia melangkah keluar dengan perlahan-lahan. Kemudian perlahan-lahan dia menutup pintu bilik itu semula  Tetapi sebaik sahaja dia mengalihkan badan..

"Omo gamjagia!!" Eunji terkejut setelah nampak seorang namja berdiri tepat di belakangnya. Namja itu senyum melihatnya.

"Yah!! Awak ni..nasib baik saya tak da penyakit jantung." marah Eunji. Dia mengurut dadanya.

"Yang awak terhendap-hendap nak keluar dari bilik ni kenapa? Dah macam pencuri dah saya tengok." kata namja itu.

"Sapa suruh awak bagitahu orang gaji awak untuk awasi saya dan tak bagi saya keluar dari bilik ni. Saya boleh gila sebab kebosanan tahu tak?" marah Eunji.

"Miann..saya cuma tak nak awak lari." kata namja itu.

"Lari?Huh,sudahlah ke tepi saya nak lalu." Eunji menolak namja itu ke tepi dan berjalan menuruni tangga.

Namja tadi memintasnya dan menahannya di hujung tangga.

"Apapun nama saya Byun Baek Hyun. Saya tuan muda di rumah ini." Baekhyun memperkenalkan dirinya.

"Saya dah tau.." Eunji terus berlalu pergi.

"Mwo? Yah!! Apapun bagitahu la nama awak." suara Baekhyun.

Eunji menghentikan langkahnya. Dia mengalihkan badannya ke arah Baekhyun yang tidak jauh darinya.

"Jung Eun Ji imnida.Panggil je Eunji.Annyeong." Eunji terus pergi meninggalkan Baekhyun di belakang.

"Ohh Eunji rupanya" Baekhyun tersenyum sendiri.

Eunji duduk di bangku berdekatan dengan kolam ikan.Dia memerhati keliling kawasan rumah itu.

'Kawasan rumah ni memang luas. Bodyguard pon ramai dan kawalannya agak ketat. Maknanya namja hari tu memang licik sebab boleh masuk kawasan ni secara senyap.' fikir Eunji seorang diri.

Dia melihat kolam di hadapanya. Kolamnya sangat terjaga. Airnya yang jernih menampakkan ikan yang sedang berenang gembira. Buat seketika Eunji terbuai dengan pemandangan yang cantik itu. Hatinya terasa tenang. Dia menutup matanya dan menghirup udara segar di situ.

"Chogiyo..awak yeoja yang selamatkan Baekhyun hyung hari tu kan?"

-Bersambung-


Don't forget to vote and comment ☺️

My BodyguardWhere stories live. Discover now