Keesokannya,Eunji dan rakan sekelasnya berkumpul untuk memulakan aktiviti diorang. Hari ni kalau ikut schedule diorang ada aktiviti jungle tracking.
"Humm.. Perlukah kita masuk hutan.. "rungut Baekhyun.
Dia sebenarnya malas nak ikut aktiviti ni lebih tepat lagi dia sebenarnya malas nak pergi kem ni. Lebih baik duduk kat rumah main game. Tapi apakan daya dia kalah dengan pujukan Naeun.
"Aigoo.. Kalau tak nak ikut lebih baik awak duduk dalam khemah je. Kan senang.. " perli Eunji.
Mereka sudah berjalan masuk ke dalam hutan. Setiap orang mesti berjalan berpasangan untuk keselamatan.
"Kalau saya tak ikut awak nak team ngan siapa? Naeun kalau dah boleh Sehun kawan baik sendiri pon boleh lupa. " Baekhyun menjeling ke arah Naeun dan Sehun yang tidak jauh dari diorang.
Eunji cuma tergelak kecil. Nampak sangat si Baekhyun ni jealous kawan baik dia kena kebas.
Setelah lama berjalan, Baekhyun dah mula mengah. Hai.. Harap nama ja namja.
"Eunji.. Jamkkan.. Huh... Huh.. Saya dah tak larat laa. " Baekhyun mengah. Kakinya sudah terasa berat untuk melangkah. Dia bertenggek di atas batu besar yang berada di situ.
"Yah!! Palli kita dah kena tinggal tahu tak." marah Eunji.
Mahu tidaknya disebabkan Baekhyun suruh tunggu dia yang terkedek-kedek berjalan diorang dah terpisah ngan kumpulan yang lain. Sekarang diorang berdua dah jauh ketinggalan kat belakang.
Baekhyun mengurut kakinya yang lenguh. Dah lama dia tak buat aktiviti extreme macam ni sampai kaki pon tak dapat nak tahan.
Melihat Baekhyun yang kepenatan menimbulkan rasa simpati pada Baekhyun. Eunji mengeluh dan duduk di sebelah Baekhyun.
"Gwaenchana? "soal Eunji.
Baekhyun mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada Eunji. Eunji membalas dan meneguk air yang dibawanya.Kemudian masing-masing mendiamkan diri. Mereka berdua merasa kekok berduaan di dalam hutan itu.
Tiba-tiba Eunji teringat masa Baekhyun menciumnya. Dan automatik dia memandang Baekhyun.
Dia.. Suka kat aku ke? Kalau betul dia suka kat aku kenapa dia tak... Ishh apa aku merepek ni..
Eunji menggelengkan kepalanya. Malas nak fikir. Dia memandang ke arah semak di hadapan mereka. Tiba-tiba sebilah pisau terbang keluar dari arah semak tu dan menuju ke arah Baekhyun.
"Bahaya!!!" Eunji sempat menolak Baekhyun dan mereka berdua jatuh bersama. Pisau tadi tercucuk di pokok.
Eunji terus bangun mengambil pisau tersebut dan terus pergi ke arah semak tadi. Tapi malangnya orang itu telah hilang.
"Baek.. Tunggu sini. Kejap nanti mesti akan ada orang cari kita. Saya nak pergi kejar orang tu. " Eunji terus pergi tanpa sempat Baekhyun bersuara.
"Eunji.. Tung-arhh. " Baekhyun mengerang kesakitan. Kakinya terseliuh ketika Eunji menolaknya tadi. Dia tak dapat berdiri dan paling teruk baginya dia tak dapat kejar Eunji.
--------------------------------------------------
Eunji masih mengejar orang yang menyerang mereka tadi. Tetapi orang itu terlalu laju dan sukar untuk Eunji berlari dalam hutan. Dia tidak sedar yang dia dah jauh masuk ke dalam hutan.Akhirnya dia membaling pisau ditanganya dan ia tepat kena di belakang bahu orang itu. Orang itu jatuh tersungkur. Dia mengerang kesakitan.
Eunji terus meluru ke arah orang itu. Tapi malangnya sekarang dia mempunyai apa-apa senjata lagi.
Orang itu memakai jaket tebal berwarna hitam dan topi yang melindungi wajahnya. Dari susuk tubuhnya Eunji pasti yang dia seorang namja.
Namja itu bangun dan mencabut pisau yang tertusuk di belakangnya. Dia tersengih lalu memandang Eunji. Dia terus bangun dan menyerang Eunji.
Perlawanan yang sengit berlaku. Eunji yang tidak mempunyai sebarang senjata hanya mempertahankan diri dari serangan namja itu. Dia bertahan sehinggalah dia mendapat peluang untuk menyerang semula.
Eunji menendang namja sehingga terundur ke belakang. Namja itu terkejut. Eunji berlari ke arah namja itu dan menyerang namja itu. Namja itu hanya bertahan. Dan sekali lagi Eunji menendang namja itu dengan kuat.
Namja itu jatuh ke tanah. Topi yang dipakainya tertanggal. Tendangan Eunji tadi membuatkan bibir namja itu berdarah.
"Hebat juga kau ni Eunji." kata namja itu. Dia mengelap darah di bibirnya dan tersengih.
Namja itu memberi pandangan maut kepada Eunji. Saat itu juga Eunji terkejut melihat namja di hadapannya sekarang.
"Neo.. "
"Suprise..!! " kata namja itu dan ketawa.
Eunji diam. Dia mengenggam tangannya. Geram.
Rupa-rupanya dia lah yang selama ni aku cari. Dan...dia jugalah yang bunuh appa.
Air mata dia menitis. Perasaan marahnya semakin membuak-buak. Dan akhirnya tidak dapat tahan lagi.
Eunji terus menyerang namja itu. Tapi malangnya namja itu mampu mengelak dan akhirnya dia menumbuk perut Eunji.
Eunji terundur. Perutnya berasa senak. Dia terduduk kerana tidak dapat menahan sakit di perutnya. Eunji cuba untuk berdiri tapi perutnya terlalu sakit.
"Eoo, tu je yang kau boleh buat. Macam mana lah anak buah aku boleh kalah ngan kau." kata namja itu.
Eunji geram. Sekali lagi dia menyerang namja itu. Tapi Eunji tidak sempat saat ada yang memukulnya dari belakang. Eunji jatuh dan pengsan.
"Lambat!! " marah namja itu. Dia membetulkan pakaiannya yang serabut.
"Maaf boss. " suara anak buahnya.
"Bawa yeoja ni pergi. " arah namja itu.
Anak buahnya mengikut arahan. Dia mengangkat Eunji dan membawanya pergi.
"Huh, menyusahkan. "
-Bersambung-

ANDA SEDANG MEMBACA
My Bodyguard
SonstigesJung Eun Ji..Seorang gadis yang comel..Tetapi disebabkan ayahnya telah mengajarnya teknik mempertahankan diri dan menembak sejak dia kecil telah mengubahnya menjadi seorang yang lasak dan ganas..Akan tetapi hatinya masih lembut seperti seorang yeoja...