BAHAGIAN 1

18.7K 301 40
                                        

Alangkah terkejutnya aku bila melihat rumahnya yang seakan-akan istana. Memang rumah agam yang sebenar. Kaya juga orang tua ni, fikiranku berkata.

Setibanya aku di pintu pagar rumahnya, uncle membuka pintu pagar eletronik tersebut lalu terus ke garaj kereta. Aku membuka pintu lalu turun dari kereta. Uncle melulu kearah omet kereta lalu mengeluarkan semua luggage aku dengan mama.

"Mari" uncle membawa luggage aku dan mama sementara kami berdua hanyalah jalan melenggang tanpa sebarang bag baju di tangan kami.

"Selamat datang tuan. Dan tahniah" kata seorang perempuan yang berusia sekitar 50-an menyambut kepulangan uncle dan kami.

"Bik, kenalkan. Ini isteri saya, Ros. Ros, kenalkan. Mak ina. Pembantu rumah" kata uncle. Selepas setengah minit di pintu utama rumah hanya disebabkan berkenalan dengan bibik. Mama hanya mengikut uncle dari belakang sehinggalah di tengah-tengah ruang tamu,kelihatan susuk tubuh budak kecil berambut panjang berlari kearah kami.

"Papa!" Budak perempuan tersebut berlari terus kearah uncle lalu didukung olehnya. "Mama!" Sungguh riang sekali nudak tu. Yang membuatkan aku bertambah hairan, apabila dia memanggil mama dengan keadaan yang amat selamba.

"Julia, kenalkan, ini abang Adi, abang tiri kamu yang papa cakapkan tu" kata uncle.

"Hi abang!" Budak perempuan bernama Julia atau Ju itu merupakan anak bongsu uncle Jae. Ju turun dari dukungan uncle lalu memelukku. Aku hanya tersenyum.

"Selamat datang tuan" seorang lagi pembantu rumah kearah kami. Pada kali ini, dia kelihatan lebih tua.

"mak jah shat?" Kata uncle.

"Sihat nak" balasnya. Mak jah merupakan seorang bibik dirumah itu juga. Tugasnya ialah memasak didalam rumah tersebut. Mak jah ini sudahpun berumur 60-an. Mak jah mempunyai suami yang 2 tahun lebih muda daripadanya.

"Saya dah balik" kedengaran suara garau memecah gegendang telinga. "Tuan Jaefri. Dah lama sampai?"

"Dah Pak anjang. Pak Anjang sihat? Ini isteri dan anak tiri saya" aku berjabat tangan dengannya. Pak Anjang merupakan suami kepada Mak Jah. Dialah yang ditugaskan membeli barangan dapur dan pekebun dirumah tersebut.

Setelah beberapa minit berlalu...

"ISKANDAR! ISKANDAR!" uncle Jae memanggil seseorang melalu tangga antara aras tanah ke aras satu rumah tersebut. "ISKANDAR!! TURUN!!".

Kedengaran bunyi tapak kaki seperti berlari menuruni tangga setelah uncle Jae berlalu pergi dari situ.

"Ye papa. Kenapa?" Kedengaran suara sambil terlihat kaki menuruni tangga. Setelah keseluruhan badannya terlihat. Aku jadi tergamam. Kelihatan seorang lelaki yang berambut lurus berwarna hitam-hitam coklat yang dalam keadaan messy, hidung mancung terletak, berbadan agak mantap dan tegap, berkulit putih, dengan bibir yang merah, mempunyai mata yang berwarna "hazel nut"...coklat cerah, dengan suara yang tidak terlalu garau, bak kata orang lelaki yang bernama iskandar ni memang sempurna dari keseluruhan fizikalnya. Iskandar atau lebih senang dan selalu dipanggil iss ini tergamam melihat kami tiba. Reaksi dia seperti mahu menyambut kami. Tapi kegembiraannya seolah-olah terhenti apabila melihat ketibaan kami berdua.

"Eh, hi! Lama tak jumpa mama" iss mula berbicara sambil meluru kearah mama dan bersalaman dengannya.

"Ah, iss. Kenalkan. Anak mama yang mama cakapkan tu. Adi, kenalkan. Ini iskandar, your step sibling" aku tergamam. Tiada perkataan yang keluar dari bibirku. Aku berjabat tangan dengannya. Jantungku berdegup laju. Aku hanya terdiam sahaja walaupun aku tersenyum..

JALADI *malay Version(Boyxboy)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang