Aku tersedar dari tidur. Jam menunjukkan pukul 11am. Aku bangun lalu kelam-kabut turun ke bawah mencari si Iskandar. Mama dengan papa dah keluar. Bibik dengan pak anjang pun keluar membeli barang dapur untuk masak tengah hari.
Aku menuruni anak tangga. Terlihat Iskandar sedang sarapan di meja makan. Aku pergi kepadanya.
"Kenapa tak kejut biy?"tanyaku.
"Kenapa biy?".
"Abilah. Tak kejut biy. Kelas macam mana ni?" Tanyaku cemas.
"Hari ni hari apa?".
"Selasa".
"Biy... kelas biy hari cuma ada hari isnin, rabu dengan jumaat saja. Sama dengan abi".
"Macam mana abi tau?".
"Abi dah tengok jadual biy. Sama dengan abi". Aku menarik nafas lega. "Nah makan sikit" Iskandar menghulurkan roti bakarnya ke mulutku.
"Eh, biy tak gosok gigi lagi lah".
"Makan juga". Aku mengambil terus roti bakar itu lalu makan sambil berjalan menaiki tangga untuk mandi dan menyalin pakaian di bilik.
"Nak kemana tu sayang?".
"Bilik lah nak mandi" aku membalas sambil berlalu pergi meninggalkan meja makan tersebut.
20 minit sudah berlalu. Aku hanya mengenakan seluar trek pendek paras lutut dan sehelai singlet. Well.. duduk rumah jer.
Setelah bersiap-siap aku terus ke bawah dan menonton televisyen. Iskandar masih di dapur tidak tahu apa yang dia buat. Aku sambung menonton televisyen diruang tamu. Tiba-tiba Iskandar menergahku dari belakang sambil membawa semangkuk besar popcorn bersalut madu. Dia duduk di sebelahku rapat dan meletakkan popcorn tersebut di meja hadapan sofa.
Iskandar mencium pipiku dan kemudian sambung menonton televisyen. Aku juga dengan pantas membalas kucupannya. Iskandar memandang kearahku lalu tersenyum. Tangannya kini membelai rambutku. Aku hanya berdiam sahaja.
Kami sama-sama makan bertih jagung tersebut. Aku sebenarnya masih mengantuk tapi aku cuba tahan mataku. Sedar tak sedar aku tertidur di bahunya.
"Biy?biy?" Iskandar mengejutku. Aku tersedar dari tidurku. "Sini tidur atas riba abi. Kalau ngantok tidur jelah" pelawa Iskandar. Dengan muka yang selamba akupun tidur di pehanya sambil dia membelaiku.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
"Biy?bangun biy" Iskandar mengejutku. Aku lihat jam sudahpun menunjukkan pukul 1pm. Makanan sudahpun terhidang. Aku bangun lalu terus menggosok gigiku dan turun semula kebawah untuk makan. Lapar!!!
Aku turun dengan pantas dan terus duduk di meja yang sudah terhidang makanan."mak Jah, mak Ina... mari makan sekali".
"Tak apa kamu makan la dulu. Mak buat kerja" balas kedua-dua bibik. Iskandar melulu keluar ke laman menjemput pak Anjang makan bersama-sama.
"Pak anjang, makan jom".
"Kamu makanlah dulu. Pak anjang nak potong pokok ni ha. Makan dulu" balas pak anjang. Kamipun bergegas membubuh nasi masing-masing. Lauk hari nk boleh kata sedap jugalah. Ada ayam goreng, nasi briyani, paprik dan banyak lagi.
Tapi aku jadi sedikit awkward sebab dia hanya bubuh nasi dan lauk-pauk lalu melihat aku makan saja. Dia tak menyentuh lansung makanannya sampailah aku mencubitnya. Baru dia makan. Hahaha pelik sungguh husband aku ni.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Hari yang panas dan sesuai untuk aku mandi di kolam renang buat pertama kalinya. Perak...
Aku menyalin pakaian kepada seluar pendek sahaja dan mengambil tuala lalu ke kolam belakang rumah. Haha hari yang panas terik sampai terasa aku ni macam daging salai. Aku berlari sambil mencampak tuala ketepi lalu aku terjum ke dalam kolam. Aku berenang ke sana, ke sini, seluruh pelusuk kolam aku terokai.
Aku asyik berenang tanpa aku sedar Iskandar melihat gelagatku di hadapan kolam dengan keadaannya yang shirtless dan hanya pakai boxer. Uuuuuu otot dia. Aku drool. "Pertama kali mandi ke?". Aku melihatnya dengan penuh angkuh lalu aku sambung berenang semula. "Tahu tak yang kolam biy mandi ni kolam ikan?"
"Apa?!" tanyaku dengan nada kuat. Aku cemas lalu aku mencuba keluar dari situ. Iskandar ketawakan aku lalu terjun kedalam kolam. Dia berenang kearah tangga yang aku sedang cuba panjat ni.
"Abi gurau jelah" katanya.
"Ergh! Ingat lawak? Ha?" Aku membalas. Iskandar menghampiriku lalu memelukku dari belakang dengan kuat sehinggakan aku susah untuk bernafas. Dia lepaskan pelukannya beberapa saat kemudian lalu mencium pipiku.
"Jom... abi tunjuk something". Dia menarik tanganku berenang kedalam kolam. Aku melihat sekeliling. Semuanya kabur. Biasalah. Dalam air.
Sampai sahaja di dasar kolam. Dia berhentikan renangannya lalu memegang kedua-dua bahuku. Aku lihat saja wajahnya. Dia mencium mulutku. Oh my god!!! A mermaid couple!!! Terbaikk!!!
Setelah selesai berenang, aku berehat di kerusi malas di luar rumah dengan bumbung beralaskan kayu seperti di resort.
Iskandar masuk dan kemudian keluar semula ke luar rumah dengan membawah dua gelas air dan sedikit biskut-biskut. Burung berkicau, dengan angin yang memukul pepohon, sambil kedengaran bunyi air pancut dari patung di tengah-tengah kolam, membuatkan suasana lebih nyaman. Biasalah.... minggu terakhir kami di sini.
Kami menikmati suasana tengah hari itu dengan sungguh hebat. Terbaik sekali.
"So...malam ni apa plan kita?" Tanya Iskandar kepadaku.
"Tak tahu. Ikut abi lah".
"Errmmm" Iskandar masih berfikir. "Apa kata malam ni kita ke panggung?".
"Bosaaannn".
"Then?".
"Lepak?kenal satu sama lain untuk kita lebih rapat?"
"Excuse me my husband...we're already know each other" aku membalas.
"Then?".
"Tak tahu" aku merungut.
"Kita pergi makan?"
"Yeah!!! Setuju!!".
Haish. Susah betul. Dia tahu kelemahan aku. Makan.....
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Kami berdua bersiap-siap kemudian segera keluar ke sebuah restaurant. Kami memasuki kedai tersebut lalu mengoder makanan.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Setelah selesai makan? Kami berhenti di sebuah tasik berdekatan dengan rumah kami semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
Iskandar memberhentikan enjen kereta. Dia keluar menghirup udara segar sambil duduk di hadapan kereta. Dia memanggilku keluar. Akupun segera keluar dan duduk disebelahnya.
"Hari ni sungguh nyaman".
"Betul" balasku.
"Esok jangan lupa kolej ye". Aku hanya ketawa.
____________________________________
[Sorry i'm late. Saya busy buat assignment sampai tak sempat nak update baru. Lepas ni saya tak boleh nak update cepat. Tapi saya akan cuba update secepat yang boleh. Thank you kepada yang sudi baca novel saya] ^_^...smiley
ANDA SEDANG MEMBACA
JALADI *malay Version(Boyxboy)
FanfictionAku tak tahu apa harus aku lakukan. Selepas papa dan mama bercerai, aku tinggal bersama mama di Singapura. Tetapi, mama berkahwin dengan seorang duda anak dua dan menetap di rumahnya dia Malaysia. Segalanya berubah setelah aku berjumpa dengan Iskand...
