Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Ini bermakna rehat pertama sudahpun bermula. Aku ada masa lebih kurang 1 jam sebelum kelas lain pula bermula. Aku dan zarif keluar dari kelas.
"Wey Adi...jom pergi cafe".
"Kau pergilah dulu. Aku nak tunggu Iskandar sekejap".
"Okay okay. Jumpa kat cafe" zarif berlalu pergi. Menunggu by bae ni buat aku rasa nak buang air. Aku menuju ke tandas yang berdekatan. Setelah selesai membuang air kecil, keluar saja dari tandas, seorang lelaki menerpaku. Aku terkejut dan mendiamkan diri.
"Hai....comel". Omg! What the f***!!
"Kau cakap dengan aku ke?".
"Yela sayang" dia merapatkan badannya kebadanku. Aku terdiam. Aku tak boleh lari kemana-mana. "Nama saya Billy....budak perabot....sem 2...senior awak" katanya lalu memeluk tubuhku erat. Aku meronta untuk melepaskan diri.
"Lepaskan aku lah bodoh!" Aku meronta. Aku ketakutan. Aku tak tahu apa yang aku nak buat selain menjerit. "Iskandar!! Iskandar!!! Lepas lah!!". Mulutku dicekup. Leherku menjadi tumpuan nafsu dia dahulu. What the hell!! Aku bukan jenis macam tu!!! Even aku macam tu dengan Iskandar but WHATEVER!!!!
Aku hanya cuba meronta dan melepaskan diri. Tiba-tiba pintu keluar masuk tandas dibuka dan terlihat kelibat seseorang. "Tolong!!!!!" Aku menjerit dengan kuat dalam keadaan mulutku dicekup. Aku palingkan mukaku sekuat yang boleh. Lelaki tersebut ialah Iskandar yang sedang berlari kearahku dihadapan pintu tandas paling hujung.
Iskandar menarik rambut Billy dan menumbuk mukanya. "Jangan kacau dia. Jom" Iskandar menarik tanganku keluar dari tandas dan pergi ke tempat yang sunyi. Dia terus memelukku. "Kenapa sayang pergi dekat dia?".
"Dia yang kacau biy" sedar tak sedar airmataku mengalir.
"Dah dah. Jom pergi makan".
Kami menuju ke cafe. Zarif menuju kearah kami di cafe. "Eh Adi! Kau okay tak ni?" Tanya Zarif. Aku tidak berhenti menangis. Iskandar dan zarif membawaku ke tempat duduk yang kosong.
"Ada orang kacau dia" zarif membalas.
"Laaaa dah Adi. Jangan menangis". Aku hanya mnganggukkan kepalaku tanpa berkata sepatahpun.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Kelasku sudahpun tamat. Aku segera chat Iskandar untuk beritahu yang kelasku sudahpun tamat. Namun, dia menyatakan bahawa kelasnya akan tamat pada pukul 6 petang. Aku keluar dari kelas dan menuju ke cafe sementara menunggu Iskandar.Semasa dalam perjalanan ke cafe, aku terserempak lagi si f***ing Billy di belakang kolej semasa hendak ke cafe. Aku terkejut lalu melarikan diri daripadanya. Dia terus mengejarku. Semasa aku berlari, aku terlihat Iskandar sedang berjalan ke tandas.
"Iskandar!!" Jeritku lalu aku berlari sekuat hati kepadanya. Iskandar berhenti dan menungguku. Setelah tiba kepadanya. Aku toleh kebelakang. Kulihat si Billy itu berhenti mengejarku dan hanya memandang dari jauh. Dia tersenyum sinis lalu berlalu pergi meninggalkanku. Aku terus memeluk Iskandar. Aku ketakutan.
"Kenapa ni biy?" Tanya Iskandar. Aku hanya gelengkan kepalaku. "Dah dah. Tunggu biy kat cafe".
"Ye" akupun berlalu pergi. Kulihat Zaruf masih di cafe. Barulah ceria sikit perasaan aku. "Kau belum balik lagi zarif?".
"Belum lagi. Aku tunggu kau la. Lambat gila".
"Sorry....a...aa aku ada hal sikit tadi".
"Asal kau gagap?".
"Tak ada apa lah. Eh jom makan. Aku lapar".
"Mana Iskandar?".
"Dia ada kelas. Lagi setengah jam baru dia habis kelas" balasku. Aku dan zarif terus ke cafe untuk membeli makanan. Tidak lama selepas kami selesai makan, Iskandar datang ke kami.
"Hey zarif. Hai biy" Iskandar menerpa kami berdua.
"Biy?" Tanya Zarif kehairanan.
"Yes. Adi ni boyfriend aku" kata Iskandar. Riak wajah Zarif berubah. Mukanya dari tersenyum kelihatan masam.
"Okaylah korang. Aku balik dulu" kata Zarif.
"Eh duduk la dulu. Temanlah aku" aku membalas.
"Aku ada hal. Lusa kita jumpa lagi. Bye" zarif berjalan dengan laju sekali.
"Kenapa dengan zarif tu?" Aku bertanya kepada Iskandar.
"Entah" Iskandar seperti bersikap endah tak endah pasal perkara tadi. "So....billy ada kacau biy lagi tak?".
"Emm...tak ada" aku hanya diam saja pasal dia kejar aku tadi.
"Jomlah kita balik".
"Yelah..." balasku. Kami menuju ke kereta. Semasa dalam perjalanan ke tempat letak kereta, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki sedang bersandar betul-betul di kereta Iskandar. Ternyata lelaki tersebut ialah si Billy.
"Apa lagi si gila tu nak?" Muka Iskandar berubah. Wajahnya yang tersenyum tadi berubah menjadi marah. Mukanya yang putih mulus berubah kemerah-merahan.
"Eh janganlah bergaduh" balasku. Tapi dia lansung tak ambil kisah dengab apa yang aku cakap. Dia menuju kearah billy dengan langkah kaki yang besar berjalan meninggalkanku di belakang.
"Apesal kau sandar kat sini?! Aku tak ada masa nak samak kereta aku balik tau tak!".
"Aku nak balas apa yang kau buat kat aku tadi" kata billy dengan sungguh angkuh sekali.
"Kau belah sekarang!" Tengking Iskandar.
"Jangan melampau!" Jerit billy lalu menumbuk Iskandar di pipinya. Iskandar membalas tumbukan tersebut. Sudah menjadi satu pergaduhan bila mereka bertumbuk, bergaduh. Aku sudah tak tahu macam mana nak halang. Mujurlah ada pengawal berdekatan tempat tersebut. Pengawal keselamatan tersebut datang dan memberhentikan pergaduhan tersebut.
"Jom balik" Iskandar mengarahku. Aku hanya ikut sahaja. Semasa di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah, Iskandar hanya berdiam sahaja. Sepatah aku tanya sepatah dia menjawab.
"Abi?abi okay tak ni?" Tanyaku dengan nada perlahan.
"Ye" balasnya dengan muka yang masih lagi berkerut.
"Biy minta maaf".
"Kenapa?".
"Sebabkan biy, abi bergaduh tadi".
"Hmm" itu sahaja ayatnya. Tak pernah aku nampak dia macam ni. Setibanya kami dirumah, kami berdua masuk kedalam. Iskandar tak berkata apa. Dia hanya menuju ke bilik tanpa memandang kearah lain. Aku masuk lalu menuju ke meja makan. Papa, mama dan julia hairan melihat dia.
"Kenapa dengan Iskandar, adi?" Papa bertanya kepadaku.
"Entahlah pa" balasku. "Haa... papa ada minyak tak?" Tanyaku.
"Ada. Kenapa adi?" Soal papa lagi. Mama hanya melahap makanan sahaja sambil mendengar perbualan kami.
"Oh kaki Adi terseliuh".
"Mak jah...tolong ambilkan minyak urut untuk adi. Kaki dia terseliuh". Seminit kemudian mak jah datang kepadaku dengan sebotol minyak urut. Aku mengambil minyak tersebut dan mencapai begku lalu menuju ke atas.
Aku memasuki bilik. Iskandar hanya memandang di luar rumah. Aku menuju kearah Iskandar. "Abi?" Aku memegang tangannya. Aku menarik dia ke katil. Aku duduk berhadapan dia. Lalu menyapukan minyak tadi ke bahagian lebam di mukanya.
"Ssss...aahhh sakit" dia merengek sedikit lalu memegang tanganku. Dia memandang ke mataku. Renungan dia sungguh tajam. Tanpa berlengah dia terus memelukku. "Abi sayang sangat dekat biy".
"Biy pon aby" balasku. "Abi tidurlah. Kesian dekat abi. Lepas ni janganlah bergaduh dah. Biarkan jelah dia tu". Dia hanya menganggukkan kepalanya. Dia terus masuk tidur. Aku bentangkan selimutku meliputi tubuhku lalu baring disebelahnya. Tanpa aku sedar, kami berdua telahpun terlena.
Macam-macam masalah betul hari ini. Dengan si Billy lagi. Dengan si Zarif buat perangai yang pelik lagi. Hopefully semua berakhir di sini saja. Malas betul aku nak hadap macam ni everyday
YOU ARE READING
JALADI *malay Version(Boyxboy)
FanficAku tak tahu apa harus aku lakukan. Selepas papa dan mama bercerai, aku tinggal bersama mama di Singapura. Tetapi, mama berkahwin dengan seorang duda anak dua dan menetap di rumahnya dia Malaysia. Segalanya berubah setelah aku berjumpa dengan Iskand...