BAHAGIAN 3

15.9K 231 69
                                        

  Hari yang cerah. Aku bangun lalu memandang keluar tingkap. Aku menggeliat sambil pancaran sinaran matahari memasuki ruang bilik sambil ditemani pepohon hijau dan bukit bukau serta tasik di belakang rumah. Biasa lah, bilik belakang. Even bilik belakang pun, luasnya dua kali ganda dari master room.

  Sedang aku menggeliat sambil mengangkat tanganku, Iskandar datang menerpaku dari belakang.

"Selamat pagi sayang" Iskandar memelukku dari belakang sambil mukanya rapat ke leher belakangku.aku memegang erat tangannya yang memelukku.

"Selamat pagi juga" balasku tersenyum.

"Mengantuk" dia merapatkan matanya sambil bersandar di belakangku. Aku memusingkan badanku lalu meletakkan kedua lenganku ke bahunya. Aku memandangnya tanpa berkelip. Tiba-tiba dalam keadaan perlahan-lahan, Iskandar mengucup bibirku.

  Aku menolak dadanya secara perlahan. Lalu menyatakan yang aku mahu mandi. Aku segera ke bilik air. Sepanjang perjalanan aku ke bilik air, Iskandar perhati aku tanpa berkelip.

  Setelah selesai menyalin pakaian, aku keluar dari bilik air. Aku menghendap di sekeliling bilik tidur. Aku tak dapat lihat sebarang kelibat Iskandar...mungkin dia mandi di bawah rasanya sebab hari ini pukul 1 tengah hari dia akan ke kampus. Lalu aku turun ke bawah dan aku lihat si Iskandar sedang berbual dengan mama.

"Eh?mama belum pergi lagi?"

"Pumpkin...sini". Aku turung kebawah dan segera duduk di kerusi bersebelahan dengan mama menghadap muka Iskandar. Mama menghulurkan sepucuk sampul kearahku. Aku diam sejenak. Lalu aku membuka sampul tersebut.

  Ianya merupakan surat tawaran ke universiti Iskandar tersebut. Aku terlalu gembira sehinggakan aku tidak tahu apa yang aku sedang lakukan. Iskandar hanya ketawa melihat gelagat aku.

  Aku hairan. Jam menunjukkan pukul 1.05pm tetapi Iskandar masih belum gerak dari rumah. "Iss kenapa belum pergi?" Tanyaku kehairanan.

"Iss cuti hari ni. Lecturer tak ade". Aku hanya menganggukkan kepala seolah-olah aku mengerti apa yang dia mahu lakukan. Always shopping.

"Guys mama pergi kerja dulu. Ada meeting pukul 3" kata ibu sambil bergegas pergi ke kerja.

"Okay" balasku dan Iskandar.

  Aku terus ke sofa selepas habis menonton televisyen. Bibik semua biasalah dengan kerja mereka masing-masing. Tak sampai seminit selepas itu,aku terus ke bilik. Aku duduk di sofa didalam bilik tidur kami sambil aku menonton televisyen.

  Tak lama selepas itu, Iskandar memasuki bilik lalu menuju ke sofa dan duduk di sebelahku. Tangan kanannya diletakkan di bahuku memeluk separuh tubuhku.

"So....jom?" Katanya.

"Pergi mana?".

"Shopping".

  GOTCHA!!! Betul apa yang aku teka. Dia ni tak habis-habis dengan benda tu. Aku menganggukkan kepala sahaja lalu kami masing-masing bersiap-siap untuk keluar. Asalnya aku tak mahu mengikutinya tapi akibat dipaksa aku ikutkan sahaja.

  Setelah bersiap, aku bergegas turun sebab nak makan sedikit lagi.Tapi semasa aku sedang menuruni tangga, Iskand
menarik tanganku dari belakang.  Aku terkejut juga sebab dia datang entah dari mana. Aku palingkan mukaku menghadap mukanya. Dia menarik tanganku masuk kedalam bilik semula. Aku hanya ikut sahaja.

Iskandar membelek almari mencari sesuatu. Aku kehairanan melihat kelakuannya.

"Nah.. Adi pakai ni" Iskandar memberi aku sehelai baju kepunyaannya.

JALADI *malay Version(Boyxboy)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang