Ahad. 4am. Aku terjaga dari tidur. Aku ke toilet untuk membuang air kecil. Sedangku di bilik air, aku terdengar suara seperti mak sedang bercakap dengan seseorang. Aku mendengarnya. Sangat jelas walaupun aku tak berapa dengar. Kedengaran juga suara anak kecil sedang berbual dengan mak. Apa bila aku amati suara tersebut, kedua-dua suara tersebut secara tiba2 senyap. Bulu romaku naik. Jantungku berdegup laju.
Aku bergegas keluar dari bilik dan tanpa tertunggu aku baring di sebelah Iskandar semula dengan rapat sehingga membuatkan Iskandar terjaga dari tidur.
"Eh biy. Kenapa ni?". Aku hanya menggelengkan kepalaku lalu memeluk Iskandar semahu-mahunya. "Dah dah. Tidur ye". Sedar tak sedar aku tertidur dalam pelukannya.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Aku terjaga dari tidur. Bunyi bising yang amat kuat dan merdu menyebabkan aku terbangun. Aku keluar dari bilikku. Kedengaran seperti tali piano dipetik. Aku bangun dengan keadaan yang masih mamai dan fizikal yang tak terurus, menuju ke bilik piano kepunyaan Iskandar.
Kelihatan Iskandar sedang bermain piano. Sungguh merdu. Benar-benar merdu. Pandai sungguh laki aku ni main piano.
"Selamat pagi sayang" Iskandar menerpaku.
"Ye abi... pagi".
"Pergi mandi... then kita sarapan. Abi tunggu di bawah".
"Ye abi". Aku kembali semula ke dalam bilik. Aku mencapai tualaku dan mandi.
Setelah puas menyiram diriku, aku turun kebawah. Kelihatan Iskandar yang sedang membakar roti. Aku menuju kearahnya.
"Abi baru nak makan ke?".
"Ye sayangku" balasnya sambil sibuk membuat kepingan sandwich bakar buatku dengannya dan mak.
"Mana mak?".
"Ada sini" secara tiba-tiba mak menerjah dari belakang entah dari mana dia datang.
"Eh mak. Mak sihat?" Tanyaku.
"Sihat. Mak cari Amber. Dia kata dia ke bilik stor dapur nak menyorok dari mak" mak membalas lalu pergi ke stor dan membawa keluar patung tersebut dari stor.
"Siapa amber?" Bisikku.
"Amber tu nama roh dalam patung tu la" rupanya amber itu adalah budak yang mati yang sekarang ialah patung voodoo setinggi 2 kaki itu. Mak menuju kearahku.
"Amber cakap dia teman kamu tadi waktu kamu habis mandi" dia dekatkan mulutnya ditelingaku serapat yang boleh. "Hati-hati" suara yang dihasilkan oleh mak sungguh perlahan sehinggakan aku hampir tidak faham apa yang mak cakapkan.
Mataku hampir terbeliak. Aku cepat-cepat duduk di sebelah Iskandar. "Its okay. Everything is gonna be fine. Biasalah...mula-mula" boleh la kamu cakap macam tu encik Iskandar. Kamu dah biasa.
Setelah selesai bersarapan, aku mencapai sebuah novel di dalam rak buku di bilik tidurku. Aku melihat ke jam dan ia menunjukkan pukul 9 pagi. Aku menuju ke buayan di laman tepi tumah. Sungguh nyaman. Kedengaran bunyi burung-burung berkicau. Rama-rama berkeliaran. Aku meninjau sekeliling taman itu. Sungguh nyaman. Aku menuju ke pondok yang terletak di hujung taman tersebut. Aku kedengaran bunyi air terjun yang berlaga-laga menghentak batu dari kolam di tengah-tengah taman. Sungguh semulajadi.
Aku mengambil salah satu kusyen yang terdapat di pondok tersebut lalu meniarap sambil aku membaca novel tersebut. Sedang aku sibuk membaca novel, hatiku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Terasa seperti seseorang sedang melihatku. Aku melihat sekelilingku. Namun, tiada sesiapa. Aku menoleh kebelakang. Tiada sesiapa juga. Alu menoleh kedepan semula untuk menyambung bacaanku.
Alangkah terkejutnya aku apabila aku menoleh kehadapan semula dan secara tiba-tiba terlihat amber, si patung voodoo sedang duduk betul-betul di hadapan novel terbuka yang aku baca tadi. Disebabkan terkejut yang teramat sangat, aku berundur kebelakang sedikit. Aku terkedu milaht patung itu brtul-betul dihadapan aku.
"What the fuck!" Aku sedikit menjerit. Aku mencapai patung tersebut lalu masuk kedalam rumah melalui pintu belakang. Aku menuju ke bilik mak sambil memegang amber. Sedang aku berjalan aku terserempak Iskandar yang sedang duduk lagi di meja makan sedang membaca majalah. "Eh sayang. Mana sayang dapat tu?" Iskandar bertanya.
"Kenapa abi?".
"Tadi amber ada dekat tangga" balas Iskandar. Aku tersentak. Aku menuju kebilik mak. Aku mengetuk pintu biliknya.
"Eh adi. Kenapa nak?".
"Ni adi terjumpa patung mak dekat luar" aku menghulurkan patung tersebut sambil tanganku terketar.
"Terima kasih, nak" dia lansung tidak senyum. Aku tundukkan kepalaku dan duduk berhadapan dengan Iskandar di meja makan. Aku mengeluh. Fikiranku bercelaru.
"Kenapa ni sayang?".
"Tak ada apa. Tak apalah abi. Biy nak sambung baca buku dekat luar".
"Jom abi teman".
Aku dan iskandar menuju ke tempat aku membaca buku tadi. Aku sambung membaca dengan posisi yang sama seperti tadi, meniarap. Sambil membaca aku melihat sekeliling. Tanpa aku sedar iskandar yang sedang membaca majalah di hadapan aku tadi memerhati sikapku dari tadi.
"Biy?".
"Ye abi" ak memandang kearahnya.
"Biy okay tak ni?".
"Okay je". Aku bangun lalu meletakkan semula kusyen itu di tempat asal dan aku ke buayan kayu di sebelah pondok tersebut. Aku duduk dan mengeluh. Jantungku berdegup laju dari tadi. Perasaanku seperti tak menentu. Aku tak sedap hati dari tadi.
Iskandar meninggalkan majalahnya di tempat dia duduk dan menuju kearah aku lalu duduk di sebelah kananku. Aku hanya diam sahaja tidak berkata. Iskandar meletakkan tangan kirinya di bahu kiriku memeluk dan mengusap bahuku.
"Sayang?".
"Ye abi".
"Sayang okay tak ni? Abi tak pernah tengok sayang macam ni tau". Aku hanya diam dan tunduk kebawah. "Kalau ada apa-apa, ceritalah dekat abi" sambungnya.
"Abi. Biy bukan nak burukkan sesiapa tapi biy harap abi tak ambil hati bila biy cakap".
"Ye biy. Cakaplah".
"Biy, patung tu memang selalu hilangkan diri then muncul dekat mana-mana eh?".
"Kenapa biy tanya macam tu?".
"Then abi fikir macam mana biy boleh jumpa patung tu?".
"Biy ni banyak sangat berfikir. Tak ada apa lah. Abi kan ada". Iskandar mencium dahiku.
"Malam tadi biy dengar suara budak perempuan tengah sembang dengan mak". Iskandar juga tersentak. Dia hanya diam dan memandang kearahku. "And tadi mak cakap amber ada dalam bilik waktu biy mandi".
"Eh?waktu biy mandi tadi amber still ada dekat tangga?".
"Entahlah abi. I have no idea" aku bersuara . Dia hanya kaku mendiamkan diri sambil memandang kolam. "And one more thing".
"Apa dia biy?".
"Mak suruh biy hati-hati".
"For what?".
"Tak tau".
Dia memelukku. "Dahlah. Abi ada sini. Abi jaga biy". Aku memeluk dia erat. Aku rasa sangat terlindung apabila bersama Iskandar. I hope everything is gonna be fine.
ANDA SEDANG MEMBACA
JALADI *malay Version(Boyxboy)
Fiksi PenggemarAku tak tahu apa harus aku lakukan. Selepas papa dan mama bercerai, aku tinggal bersama mama di Singapura. Tetapi, mama berkahwin dengan seorang duda anak dua dan menetap di rumahnya dia Malaysia. Segalanya berubah setelah aku berjumpa dengan Iskand...
