BAHAGIAN 17 (Akhir)

8.9K 236 37
                                    

"Masuklah dik" wadi menjemputku. Aku memasuki rumahnya. Besar juga. Luas even satu tingkat saja. Rumah dia bersaiz sederhana dan merupakan rumah tingkat yg tidak bercantum seperti rumah-rumah teres. Besar juga. Standart size rumah bujang. "Janganlah malu-malu dik. Buat macam rimah sendiri".

   Wadi mengangkat luggageku sementara aku pula mengangkat kotak yang berisi barangnya. "Ni bilik adik" wadi menjemputku. Amat besar. Dengan dinding yang berwarna perang, menambahkan lagi unsur vintage pada bilik tersebut. "Adik mandi dulu, tidur, rehat. Kejap lagi abang kejut adik kita makan di bawah ye" hujahnya lagi.aku hanya menganggukkan kepalaku. Seperti lembu dicucuk hidung, aku membuat perkara yang disuruh wadi. Selepas selesai semuanya, kecuali tidur, aku menuju kearah beranda di bilikku. Ianya betul menghala ke tasik. Permandangannya cukup indah.

   Hal ini membuatkan aku teringat pada mama. Dia suka tasik. Dan dia pernah kata dia rela mati tepi tasik. YES!! bunyinya seperti 'WHAT THE HELL MOTHER!!' Tapi itulah yang dia pernah kata.

   Aku tidak dapat menahan sebak. Aku menangis di beranda tersebut dan tanpa aku sedar yang wadi sedang membaca buku di laman belakang ternampak aku di situ. Aku menangis dan terus menangis. Dalam kepala aku hanya mama.

"Adik?" Wadi menyapa. Aku mengesap air mataku secepat yang boleh. "Adik tak apa-apa ke ni?" Dia bertanya lagi. Aku hanya mendiamkan diri. "Bagilah tahu dekat abang" dia menarikku hingga ke kerusi di berandar tersebut. "Duduk sini. Sekarang, cuba cerita dekat abang kenapa adik menangis" tanya dia lagi.

"Adik rindu mama adik. Selalunya kalau dia ada sini, dialah yang selalu support adik. Bagi adik kasih sayang seorang ibu. Tapi sekarang dia dah tak ada" air mataku mengalir tanpa henti.

"Adik....kalau mama adik nampak adik menangis macam ni, mesty dia tak senang kat kubur. Adik banyakkan bersabar" katanya lagi. Aku menganggukkan kepalaku. "Adik dah solat zohor?" Aku gelengkan kepala aku. "Jom? Solat dengan abang" aku mengikut dia mengambil air sembahyang, dan solat bersama.

Setelah semuanya selesai, aku dapat merasakan yang dada aku sungguh lapang. Aku tidak menangis dan aku kurang fikir perkara-perkara yang lepas. "Adik, jom mengaji dengan abang"

"Emmm".

"Kenapa dik?".

"Adik tak pandai mengaji". Aku tunduk malu. Rakyat melayu..... Orang islam...... Tak tahu mengaji. Memang bagi orang yang kita ni teruk lah. Tapi bukan bagi abang wadi.

"Tak apa. Tak maulah malu dik. Abang ajar ye?" Dia menarik aku ke ruang tamu untuk mengaji. Dia mengajar aku dengan bersungguh-sungguh walaupun aku lambat tangkap sikit. Dari situ aku mula belajar solat sendiri, mengaji, dan aku jadikannya sebagai rutin.

Keesokan harinya, hari ahad yang indah, abang wadi mengajakku untuk hiking. Dia mengajakku selepas solat subuh. What??!!! Ajak last minute!!! Tapi aku okay je.

Kami bersiap dan terus ke kaki bukit larut dengan menaiki kereta. Bukit larut merupakan kawasan hutan simpan yang boleh dikatakan luas juga dan ia berbukit. Disitu terdapat trek jalan dan trek untuk jungle tracking. Di kawasan atas bukit terdapat sebuah resort dan juga pencawang utama. Kawasan dia juga not bad.

Setelah kami tiba di sana, kami bermula aktiviti lasak ini dengan memanaskan badan. Sedikit senaman-senaman ringan. Hampir 5 minit selepas itu, kami mula aktiviti jungle tracking kami. Agak mencabar jugalah. Abang wadi kata yang dia akan bawa aku sehingga pondok kedua sahaja melalui kawasan trek jalan dan pulang dengan mengikuti jalan hutan. Mencabar tu!!!!!!

Kami mulakan perjalanan kami pada pukul 6.30 pagi. Sangat pagi. Perjalanan dari rumah ke sini pon hanya dalam 10 minit saja. Perjalanan kami pada 20 minit pertama okay ja. Best. Tapi lepas saja 20 minit itu aku sudah mengah. Makin lama makin aku rasa badan aku nak tercabut. Dan begitulah kami selepas 1 jam. "Dah sampai pondok kedua dah ke abang" tanyaku.

"Baru sampai setengah dari jalan nak ke pondok pertama". Aku menghentikan langkahku.aku tercengang. Dah satu jam kami naik, baru setengah dri perjalanan sebelum sampai ke pondok pertama. Waktu ni baru aku tahu yang ini bukan cabaran tapi lebih kepada penderaan dari alam semula jadi. "Hahaha abang tau adik penat. Saja nak tengok adik okay ke tak". What?!!! Well hello buddy that's not fucking funny... FFFFFFFF!!

"Dah. Jom duduk situ. Rehat" abang wadi bersuara. Aku mengikutnya duduk di bahu jalan. Dia menghulurkan aku air. Okay not bad...... Even badan aku nak terkulai.

Kami berdua meneruskan perjalanan kami hingga ke pondok pertama. Pada waktu itu tiada lagi bunyi pernafasan yang cool. Tapi lebih kepada pernafasan seperti orang yang nazak. Aku terbaring di pondok tersebut. It is so fucking penat!!!

Kami berehat hampi 30 minit. Barulah aku tahu kenapa terasa bahang di dalam baju walaupun di luar sejuk. Inilah penderitaan yang diungkap tadi. Setelah 30 minit kami berehat, kami mulakan perjalanan kami ke pondok kedua pula. Lagi mati. Kami berjalan kira-kira 2 jam tanpa henti. Dan itu lebih dari penat. Sama juga. Berehat dan turun dari bukit melalui trek hutan. This is lebih mencabar. Dan akhirnya kami tiba di kaki bukit 30 minit kemudian.

"Macam mana?" Tanya wadi.

"Macam mana apa abang?".

"Panjat?".

"Jangan tanya. Jom balik".

"Hahahahah kita pergi beli nasi dan lauk dulu ye? Nak makan apa betul tak?".

"Hahahahahha ye ye".

Selang beberapa puluh minit selepas itu, kami tiba dirumah. Kami tidak terus makan. Malah aku segera mandi lalu mengambil wuduk untuk nersolat. Jam menunjukkan pukul 2 dan aku masih belum menunaikan solat zuhur.

   'Ya Allah.... Ketemukanlah aku dengan warisku. Aku mohon kepadamu. Berilah petunjuk untuk aku jumpa bapaku. Aku amat merinduinya ya Allah' entah kenapa secara tiba-tiba air mata aku mengalir. Mungkin sebabkan aku merindui keluarga maybe.

   Dengan tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku menoleh. "Adik, makan".

"Ah...okay".

   Aku menyalin pakaianku dan kemas semula tmpt aku solat tadi. Aku menuju ke meja makan. Aku lihat abang wadi sudahpun tunggu di sana. Jadi aku terus duduk menghadapnya di meja makan. "Adik okay tak ni?"

"Okay abang. Jom makan" aku senyum lebar. Banyak yang dibualkan oleh kami sewaktu kami menjamu selera. Setelah segalanya selesai, pinggan semua dibasuh dan disimpan, aku masuk ke bilik bagi mengambil barangku. Aku terlanggar sebuah meja dan secara tidak sengaja sebuah buku yang dibaca oleh arwah mama dulu terjatuh. Bukan saja buku itu, malah aku juga terjatuh. Sakit juga. Aku mengambil buku tersebut dan aku ternampak sesuatu yang terkeluar sedikit dari helaian buku tadi. Aku membawanya keluar. Ianya merupakan gambar mama dengan papa berkahwin dulu. Dan tertulis sesuatu di belakang gambar tersebut.

   'Segala kenangan terukir di sini' itulah madah yang ditulis'

   Itulah yang ditulis. Dan terdapat sebuah alamat di bawah ayat tadi. Aku terfikir. Adakah ini cara untuk aku berjumpa bapa aku? Adakah semua ini sudah dirancang? Adakah Allah catat ini sebagai cara untuk aku jumpa keluarga aku yang masih tinggal? Aku akan cari bapa aku. Ini hidup aku. Masa depan aku. Aku perlukan dia.

TAMAT

****************************************
Tamat sudah buku jaladi. Nantikan buku Jaladi Jilid 2 yang akan keluar nanti. Nantikan buku yang terbaru. Dont forget to follow me!!! I LOVE ALL MY READER!!! Love you!!!!!! <3

JALADI *malay Version(Boyxboy)Where stories live. Discover now