BAHAGIAN 7

9.5K 165 7
                                        

"Adi!! Iskandar!! Dah kemas barang belum?" Jerit mama.

"Dah!!" Iskandar membalas.

  Sabtu, 04/09/2014. Hari ini hari jadi aku. Aku melihat ke luar tingkap. Iskandar memelukku dari belakang. Hari ini juga merupakan hari dimana aku dan Iskandar akan berpindah ke rumah yang baru.

"Jomlah kita".

"Yelah abi" balasku. Tak sempat aku nak mengangkat luggage, Iskandar sudah mengangkatnya dahulu. "Eh biarlah biy bawakan" kataku.

"Eh tak boleh".

"Ish bagilah biy bawa".

"Degil eh?" Iskandar meletakkan barangnya lalu menggeletek pinggangku. Akupun apa lagi. Gelak tak ingat dunia la. Sedang dia menggeletekaku, mama buka pintu bilik kami.

"Amboooiii.....geletek dekat rumah baru nanti ye" kata mama. Iskandar ketawa, tapi bukan bagi aku. Tak tahulah ini cuma perasaan aku or apa tapi aku dapat rasa mama dah tak rapat dengan aku. Air mataku tiba-tiba keluar tanpa aku sedar semasa aku fikirkan hal itu.

"Biy?biy okay tak ni?".

"Okay" aku mengesat air mataku.

"Kenapa menangis ni?".

"Tak ada apa".

"Sedih tinggalkan rumah ni ke? Abi pon sedih tapi abi ada sayang yang buatkan abi happy" katanya. Aku hanya senyum sahaja. "Dah...jom sayang" dia  menyambung mengangkat semua lugagge kami. Omg otot dia...

  Kami menuruni anak tangga. Mama dan papa sudah hendak ke kerja semula. "Lah... kenapa Adi bagi Iskandar bawa semua barang. Kesian Iskandar".

"What?" Aku tersentak.

"Eh taklah mama. Iskandar yang nak angkat semua. Iskandar tak bagi dia angkat" iskandar ketawa lagi.

"Adi... Iskandar.... sini kejap. Ada mesyuarat keluarga" papa menyampuk. Kami semua menuju ke meja makan. Mama, papa, julia, bibik, semua ada.

"Ada hal apa pa?" Iskandar bertanya.

"Macam ni. Bibik dengan pak anjang tak jadi tinggal dirumah kamu berdua. Mereka akan tinggal disini. Jadi rumah tu cuma ada kamu berdua" kata papa.

"Pumpkin? Jangan nakal duduk di sana ye" kata mama. Aku hanya membalas kata mama dengan hanya tersenyum kepadanya.

"Then? Siapa yang jaga rumah nanti?" Tanya Iskandar.

"Kamu ingat tak cik esah?" papa bertanya kepada Iskandar.

"Haaaaa ingat! Kenapa pa?" Iskandar excited.

"Papa dah ambil dia kerja balik. Jadi bibik kat rumah sana".

"Yaaaaaayyyy!!!!!! Jumpa mak balik!!!!" Iskandar menjerit. Mak? Apa maksud dia?

"Apa maksud Iss yang pasal mak tu?" Tanyaku.

"Oh pasal tu. Cik esah tu dah jaga Iskandar dari kecik. Dia binik dirumah ni dulu. Papa ambil dia kerja balik kat rumah sana. Iskandar panggil dia mak" papa explain. Okaaaayyyyy baru aku faham.

  Kami meletakkan semua barang kami didalam kereta Iskandar. Dia menghidupkan enjen keretanya. "Jaladi!" jerit mama.

"Yes...why?" Balasku dengan nada yang rendah. aku lansung tidak memandangnya.

"Pusinglah".

"Why?!" Aku menoleh kearahnya.

"Happy birthday my dear. Ini hadiah dari mama dan keluarga." Mama menghulurkan sekotak hadiah yang dibalut cantik sekali. Air mataku keluar. Mama memelukku erat. "Mama sayang kamu. Maaf mama tak berapa ambil berat pasal kamu semenjak dua menjak ni". Aku hanya menganggukkan kepala aku saja.

JALADI *malay Version(Boyxboy)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang