Aku terjaga dan melihat sekeliling. Segalanya kabur. Aku menggosokkan mataku. Aku lihat disebelah kiriku dengan wajah yang suram. Iskandar sudahpun berbaju melayu hitam dan papa pula berdiri sambil menangis teresak-esak. Aku hanya melihat. "Mama mana?mama" inilah benda pertama yang keluar dari bibirku setelah aku bangun dari rebah. Air mata papa semakin mencurah dan Iskandar mula menangis juga setelah mendengar aku berkara sedemikian.
Ku sangka perkara itu hanyalah mimpi. Aku berlari menuruni anak tangga terus ke ruang tamu. Penuh jiran-jiran, saudara mara dan keluarga di bahagian ruang tamu sambil berbaju hitam kesemuanya. Ak terpadang sesuatu yang diselimuti kain batik dan kain putih. Deria aku sangat kuat mengatakan itu adalah mama. Air mata aku secara spontan mengalir dengan sendirinya.
"M...m..mama" aku perlahan-lahan ke jasad tersebut. Aku merebahkan lututku di lantai dan aku membuka kain putih yang menyelimuti wajah tersebut. Ternyata itu mama. Fikiranku menjadi tidak keruan.
"Ma bangun ma. Maaa... Mama" aku menangis merayu dan merintih supaya dia bangun semula. Tetapi.....
Papa dan iskandar turun lalu menuju kearahku. "Adi...dah nak. Tak baik menangis macam ni depan mayat" kata papa. Tetapi aku lansung tidak mempedulikannya. "Iskandar, bawa adi tenangkan fikiran". Adi mengangguk lalu membawaku ke halaman rumah.
"Sayang. Dah...semua sedih. Abi pon sedih" iskandar terus memelukku. Aku peluknya erat seperti hanya dia sahaja yang ada untuk diriku. Aku pejamkan mataku rapat kerana tidak tahan untuk menangis penergian arwah mama.
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku ternampak lembaga yang agak berlainan. Selama ini cuma anak patung sial itu saja. Tetapi yang ini sangat berlainan. Aku perhati baik-baik di dalam gelap yang hanya diterangi bulan tersebut. Aku terlihat mukanya terkoyak. Seluruh wajah dan kulitnya semua seperti disimbah asid. Satu belahan yang besar terdapat pada dahi orang tua tersebut. Matanya yang hanya memutih sahaja dan terdapat kesan kulit terkopek pada kulitnya dan darah yang sangat banyak. Aku amati orang tua tersebut. Seakan-akan mak. Aku hanya diam membatu. Sepatah perkataanpun takboleh aku ucap dari bibir. Orang tua tersebut tersengih. Bulu roma aku sudah naik dan aku tak boleh bergerak lansung.
"Apa kau buat tu?!" Kedengaran suara dari belakang kami. Aku menoleh dan pada masa yang sama Iskandar melepaskan aku dari pelukannya.
"Mak ina?" Bukan kamu. Mak ina nampak orang lain selain kamu berdua.
"Adi pon nampak" aku menyampuk.
"Mak ina rasa mak ina tahu siapa dia. Dia ada dalam rumah. Dialah yang buatkan sampai mak Adi mati" wajah mak ina membuatkan aku juga berasa takut.
"Siapa mak Ina?"iskandar bertanya.
"Perempuan tu...".
"Mak esah" aku menyampuk.
"Macam mana adi tahu?" Mak ina bertanya kepadaku.
"Adi nampak muka dia mak ina".
"Biar betul bik ni? Jangan tuduh sebarangan. Mak esah tu baik orangnya".
"Kalau macam itu, jom. Kalau betul itu perbuatan dia, tau lah apa yang mak ina akan buat".
Kami berdua mengikut mak ina masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Aku mendahului mereka berdua dan bergegas ke ruang tamu. Sesudah ak tiba di ruang tamu, langkah ku terhenti dan terlihat disebelah mama ada lembaga tersebut dan mak esah di belakangnya. "Mama!" Ak menjerit. Lembaga yang seakan-akan mak esah itu memandang aku tajam. Aku ketakutan hingga terjatuh. "Pergi! Pergi! Jangan dekat dengan mama!...pergi!" Aku menjerit meracau. Mak ina dan Iskandar tiba dari pintu antara ruang tamu ke dapur dan dalam masa yang sama ustaz yang datang melawatpun tiba.
Bukan sahaja aku,mak esah dan dan iskandar tersebut sahaja yang terkejut. Tetapi ustaz juga turut terkejut sama.
"Apa kau buat! Jangan ganggu jenazah ni!" Cerkah ustaz. Mak esah terkejut dan pucat. Aku dapat lihat lembaga itu memasuki badan salah seorang tetamu yang menziarahi jenazah. Perempuan itu dirasuk. Meronta-ronta bagaikan dibakar keseluruhan badannya. Ustaz dan beberapa orang lelaki memegang perempuan tersebut. "Apa kau mahu dengan dia".
"Aku hanya menurut perintah" kata perempuan itu.
"Perintah siapa!". Perempuan yang dirasuk mendiamkan diri.
Sudah beberapa minit berlalu, mak esah kelihatan tidak tenteram. Dia cuba bangun untuk keluar tetapi dihalang mak ina.
"Kau nak pergi mana esah?!".
"Jangan ganggu aku!"mak esah menjerit. Sementara ustaz memulihkan perempuan tersebut, mak ina sibuk menghalang mak esah. Iskandar berlari kearahku dan memelukku kerana cuba menenangkan keadaanku.
Sebaik sahaja perempuan itu pulih, mak esah seperti meroyan. "Jangan! Aku tuan kau! Jangan! Pergi! Pergi! " mak esah terjerit-jerit. Keadaan menjadi tegang. Sambil berdiri, ustaz meghala telapak tangannya menghala tepat kearah mak esah. Beberapa minit kemudian, kelihatan asap diseliruh badan mak esah. Kulit mak esah mengelupas,mengelembung dan kemudian pecah dan dilimpahi darah yang banyak. Mak esah rebah tetapi asap keluar dari badannya.
Mak esah mati dalam keadaan mata terbuka luas dengan lidah yang terjelir. Semua orang terkejut. Jenazah mak esah diletakkan disebelah mama. Tetapi alangkah hairannya pada semua orang yang menzaiarahi jenazah pada waktu itu. Dalam keadaan jenazah mak esah ditutup sepenuhnya, secara tiba-tiba, kain yang menutupi jenazah kempis dengan sekelip mata dan seperti jenazah mak esah tiada disitu. Yang tinggal hanyalah kain yang menutupi jenazah dan toto yang dibentangkan untuk jenzah. Ustaz datang ke toto dimana jenazah mak esah diletakkan dan kemudian menyelak kain tersebut. Memang ternyata jenazah tersebut hilang. Semua terkejut dan panik pada waktu itu termasuklah aku dengan iskandar.
YOU ARE READING
JALADI *malay Version(Boyxboy)
FanfictionAku tak tahu apa harus aku lakukan. Selepas papa dan mama bercerai, aku tinggal bersama mama di Singapura. Tetapi, mama berkahwin dengan seorang duda anak dua dan menetap di rumahnya dia Malaysia. Segalanya berubah setelah aku berjumpa dengan Iskand...