Bahagian 15

6.3K 145 17
                                        

"Abi...makan" aku mengetuk pintu bilik Iskandar. Tetapi sayangnya dia tidak menyaut. "Abi?" Aku terus dan terus memanggilnya. Akhirnya setelah beberapa minit, dia membuka pintu biliknya sambil bermain fon. "Abi makanan da siap".

"Hmm" itu sahaja yang keluar dari kotak suaranya. Dan kemudian dia terus menutup pintu. Aku menuruni anak tangga menunggu iskandar. Hampir 15 minit dan kemudian iskandar mula menghampiri meja makan.

"Masak apa harini?" Tanya iskandar kepadaku.

"Roti bakar je abi. Barang-barang nak masak tak ada". Iskandar memandang sahaja makanan tersebut buat beberapa saat.

"Esok abi beli barang-barang. Abi cuti esok" iskandar berkata. Lansung tiada senyuman terukir di bibirnya. Aku terasa sedikit kecil hati kerana dia sanggup berlapar dari makan. Penat je aku bakar roti. Iskandar terus memasuki biliknya semula. Bunyi piano kedengaran. Aku menaiki semula keatas hingga ke depan pintu biliknya. Aku mengetuk pintunya.

"Abi?...abi" aku memanggil sambil mengetuk pintu biliknya. Bunyi piano terhenti. Tidak berapa minit kemudian dia membuka pintu.

"Nak apa lagi!" Iskandar menengking. Terkejut aku dibuatnya.

"Abi...abi tak makan lagi. Kejap lagi abi nak pergi kerja kan. Nanti perut abi sakit" aku tundukkan kepalaku sambil menahan diri dari menangis. Dia tidak berkata apa-apa dan menghempas pintu dengan kuat. Aku perlahan-lahan masuk ke bilik dan duduk diatas katilku dalam keadaan pintu terkunci aku berharap tiada siapa dengar aku meraung.

  Aku meraung semahu-mahunya. Aku tidak tahu apa yang bermain di fikiranku selain perkara yang dia lakukan terhadap aku sebentar tadi. Sedang aku sibuk menangis, aku mendengar pintu bilikku diketuk. Aku mengelap airmataku dan membuka pintu.

"Eh abi".

"Abi nak pergi kerja dah" dia membalas. Aku mengikut sepanjang perjalanan dia dari bilikku hingga ke pintu utama rumah. Setelah selesai dia memakai kasut, aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Tetapi dia hanya salam tidak sampai 2 saat. Dia menghidupkan enjen kereta dan kemudian pergi kerja. Seperti biasa aku dirumah lagi. Mengemas rumah, dan sebagainya.

Iskandar pulang beberapa jam selepas itu dengan membawa barang dapur. Aku mengambil barang tersebut dan mula menyusun di dalam peti ais dan kebinet. Sedang aku mengemas, aku terkejut kerana terdapat 5 botol wain yang baru dibeli dan belum dibuka. Aku terasa marah dan tidak terkawal.

"Abi!".

"Kenapa?".

"Kenapa?! Benda apa ni!".

"Hey! Kau diam! Simpan ja benda tu!".

"Aku ni siapa dekat kau ah!" Aku menengking. Iskandar menghampiriku lalu mengambil sebotol wain.

"Kau tu tak ada sesiapa dalam hidup aku dengan family aku" iskandar membisik. Aku tersentak. Air mataku seperti hujan. Hatiku ini terasa seperti dirobek-robek. Iskandar menghentak kepala aku dengan botol wain di tangannya. Aku jatuh terbaring dan kepalaku terasa pening. Air mataku mengalir tanpa henti.

"Kenapa kau terima aku jadi keluarga kau dulu" aku meraung selagi boleh. Tak dapat aku bayangkan pada waktu itu.

"Tak ada makna aku nak sayang kau. Its so pathetic. Aku....kalau bukan sebab aku nak jaga hati papa....dah lama aku buang kau dekat sana!" Iskandar membalas. Aku terdiam. Aku rasa macam tak ada guna je aku duduk dengan dia. Tak sangka dia semacam ni.

  Iskandar menghampiriku. Dia memelukku erat. Aku lansung tidak membalasnya. Aku biarkan saja. Aku sedar siapa aku dalam keluarga ni. Cuma anak tiri. "Abi minta maaf. Abi tak ada niat nak cakap macam tu. Maafkan abi". Dia menangis dengan keluar dari rumah laku terus keluar dengan menaiki kereta. Aku menangis tanpa henti di lantai dapur.

  Apalah nasib aku jadi macam ni...
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Sayang?".iskandar mengejutku. Aku melihat keluar tingkap dan hari sudahpun malam.

"Abi dah balik?".

"Ye sayang. Jom makan, abi ada beli makanan sikit".

  Iskandar menarik tanganku hingga ke dapur. Aku terlihat makanan semua terhidang di meja. Sangat mewah. Dia memegang bahuku menghadapnya sebelum kami mula makan malam. "Abi tau sayang belum makan. Ni abi belikan makanan, kita makan sama-sama ye". Aku hanya mengangguk. "Abi tak bermaksud nak buat sayang macam tu. Abi tak ada niatpun nk cakap sayang macam tu. Abi minta maaf" katanya lagi senasa kami menjamah makanan. Aku hanya mengangguk saja. "Kalau sayang nak keluar, dekat sini ada supermarket dan taman. Boleh la kalau nak jogging or buy something, ye?" Hujahnya lagi. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Apa pula yang bakal terjadi lepas ni. Adakah makin teruk or sebaliknya. Aku hanya mampu pasrah. Aku dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni. Nak taknak aku kena juga telan semuanya.

JALADI *malay Version(Boyxboy)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang