BAHAGIAN 8

8.8K 143 14
                                        

Aku sedang sibuk menonton televisyen di ruang tamu diatas dengan Iskandar menonton filem kartun kegemaranku. Chibi Maruko Chan!! Sedang kami leka menonton televisyen, kedengaran bunyi loceng rumah dipetik. Aku melihat ke luar tingkap.

"Abi ada perempuan datang rumah".

"Tua ke muda sayang?".

"Tua juga lah. Boleh tahan" balasku. Tiba-tiba Iskandar tersentak lalu berlari membuka pagar. Aku hanya lihat dari tingkap. Wanita tersebut masuk ke laman rumah dan terlihat Iskandar berlari menuju kearahnya lalu memeluknya. Bagiku mungkin dialah cik Esah yang disebutkan. Aku sambung menonton televisyen dan buat-buat seperti tiada apa yang berlaku. Awkward....

"Biy".

"Ye abi".

"Turun kejap". Aku tahu... mesti dia nak kenalkan aku dengan cik Esah. Iskandar yang munculkan kepala di tangga tadi pun hilang dari pandangan. Aku turun ke bawah bertemu dengan cik Esah.

"Haaaa biy ini cik esah. Abi panggil mak. Mak, ini husband Iskandar. Nama dia Jaladi". Mak esah terkejut lalu senyumannya menghilang.

What? Excuse me?! Im not a women and we are a gay. Please note it in your mine iskandar! Akupun bersalaman dengan cik Esah. Iskandar menyuruhku panggilnya mak. Jadi aku ikutkan sahaja.

"Abi... tak apa ke mak tahu hubungan kita?".

"Tak apa kalau dia tahu pun. Cuma bagi dia, nak couple ke ap ke it's up to you. Tapi jangan buat benda bukan-bukan sudah. Nak buat dosa biar berpada-pada. Dia la yang cakap". Waaahhhh untungnya Iskandar ni ada orang faham dia lol!

"Mak, biar Adi tunjukkan bilik mak". Aku menarik tangannya lembut manakala Iskandar sibuk mengangkat beg pakaiannya.

"Mak, ni bilik mak" aku berkata.

"Terima kasih nak, siapa nama kamu tadi?".

"Jaladi. Panggil Adi je mak".

"Adi dengan Iskandar nak makan apa? Mak nak pergi beli barang nak masak".

"Eh tak apalah mak. Mak kerja mak kat sini kemas rumah dengan masak mak punya makanan je. Adi dengan Is boleh makan luar. Tak apa" balas adi.

"Betul tu mak. Mak rehat je dulu buat masa ni" seperti biasa, aku menyampuk. Ahaha!!...

"Kami pergi dulu mak". Adi menarik tanganku. Aku hanya memandang mak sambil aku berjalan. Mak tak berhenti merenungku. Sambil dia renung senyumannya kian lama kian hilang semula.

Aku kehairanan. Kami berdua memasuki bilik kami. Iskandar masih menarikku sampailah ke berandar, lalu dia memanggilku ke bahagian atas rumah.

"Sayang, abi cakap nanti sayang jangan terkejut ye. Abi bukan nak takutkan biy tapi Abi taknak biy jadi seram pula".

"Ye abi. Cakaplah" balasku dengan perasaan gemuruh.

"Mak tu... dia ada satu patung. Patung dia macam bentuk vodoo. Patung tu penuh tali dekat badan dia. Macam mumia. Sayang kena anggap dia macam adik sayang sendiri tau. Buat baik dengan patung tu".

"Ha? Kenapa pula?" Aku tersentak.

"Iskandar?!" Kedengaran suara mak di dalam rumah.

"Nanti abi cerita. Tak boleh cerita sini. That doll is here. I really know it. If it in your house. That doesnt mean that it cant here us in every room and every site of this house. Get it?". Aku terdiam. Tergamam sekejap. Aku hanya menganggukkan kepalaku. "Good.... YE MAK!!" Iskandar menuruni anak tangga dan hilang dari pandangan. Aku kebingungan. Apa maksud dia? Aku tak faham? Aku memandang kearah tasik dibelakang rumah.

JALADI *malay Version(Boyxboy)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang