"Sayang....da siap belum?".
"Dah..".
Semua barang-barangku, pakaian dan segalanya sudahpun aku kemaskan didalam luggage. Seminggu mama pergi meninggalkan aku. Kini aku akan berpindah ke West Norwood, London. Bukan seluruh keluargaku tetapi hanya aku dan Iskandar. Aku akan menetap di sana terus bersamanya.
Aku membawa turun barang-barang yang akan aku bawa denga Iskandar. Papa juga turun naik keatas bagi membantu aku dengan iskandar. Hampir 20 minit kami cuba selesaikan kesemua barang-barang tadi. Kami akan bekerja di butik papa di bahagian sana. Papa sudahpun menyerahkan hartanya di London kepada kami berdua. Setengah buat iskandar dan setengah lagi buatku. Beruntung juga aku dapat keluarga ni. Hehe...
Aku masuk ke dalam kereta bersama-sama dengan papa dan iskandar dan juga gambar mama yang aku bawa sekali. Kami bertiga senyap sahaja di dalam kereta. Mendiamkan diri tanpa berkata sepatahpun.
"Is, kamu jaga adi baik-baik. Ayah tahu kamu berdua bercinta" ayah berkata. What the hell!!! What is fucking going on?!! Iskandar memandangku dan aku memandangnya. "Ayah tak kisahpun. Anggap saja adi ni macam wife kau sendiri Is" haha gotcha!! Aku dan iskandar hanya tersenyum. Ayah juga bukan main lagi beriya-iya suruh Iss jaga aku.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Keadaan didalam kapal terbang sangatlah sunyi. Jam menunjukkan pukul 11.00pm. Aku melihat sebelah iskandar sudahpun lena sedangkan aku masih lagi membaca novel di kerusiku. Tanpa aku sedari aku sudahpun terlena dengan buku ditangan.
Sedar sahaja dari tidur, aku melihat di luar tingkap. Lampu-lampu mewarnai dataran. Aku sudahpun tiba di airport. Setelah selesai kesemuanya, aku dan iskandar mencari sebuah teksi dan menyatakan destinasi kami yang seterusnya. Dengan segera dia menghantar kami berdua tepat ke rumah yang papa beli.
Kami memasuki kerumah tersebut bersama beg-beg yang dibawa. Aku meninjau rumah tersebut. Sangat mewah. Sedang aku berjalan, iskandar menahanku di hadapan. Iskandar hanya membuat isyarat meminta sesuatu kepadaku.
"Apa abi?" Aku bertanya.
"Fon" sambil menghulurkan tangan, iskandar meminta. Akupun segera memberi fonku kepadanya. Dan dengan pantas juga dia melempar fon itu ke tanah dan ia berkecai di hadapan mataku. Aku tersentak. Tubuhku kaku. Aku hanya mendiamkan diri.
"First rule, no handphone dalam rumah ni. Second, tak payah kerja dan duduk saja dalam rumah...yee" aku hanya mengangguk kehairanan melihat kelakuan iskandar. "Jom abi tunjuk bilik" aku mengikut dibelakangnya hingga ke aras 2 rumahnya.
"Ini bilik tidur sayang dan belah ini bilik tidur abi. Sayang tak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam bilik abi. Itu kawasan larangan" dia terus membawa masuk luggagenya ke dalam bilik. "Oh ya.... Jangan lupa bersihkan fon yang tak boleh guna tu tau...love you" dia menghempas pintu biliknya. Aku hanya memandang sahaja terus ke pintu biliknya.
Aku terbangun dari tidur. Aku melihat ke luar tingkap dan hari sudahpun siang. Segalanya diliputi kabus. Bilik pun boleh dikatakan cantik juga. Aku keluar dari bilik dan menuruni anak tangga lalu memasuki dapur. Aku mencari bahan untuk dibuat sarapan pagi. Tetapi sayangnya aku hanya terjumpa roti. Aku mencapai roti tersebut dan makan. Tidak berapa lama selepas itu, iskandarpun turun dengan pakaian yang amat kemas.
"Nak pergi kerja dah ke abi?" Aku bertanya.
"Ye sayang. Abi dah lambat ni.... Oh ya kejap lagi abi balik abi belikan makanan. Biy jangan keluar tau". Aku hanya menganggukkan kepalaku sahaja. Dia menghampiri aku dan mencium dahi aku lalu dia pergi tanpa berkata sepatahpun. Aku hanya melihat dia saja. Dia seperti bukan dia yang dulu.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sepanjang hari aku menunggu iskandar pulang. Aku tahu yang dia busy dengan kerja. Jadi aku tidak hairanlah sangat. Aku terlena di sofa. Hari sudahpun lewat malam. Iskandar pulang dan terus ke sofa untuk mengejutku.
"Biy?sayang? Bangun".
Aku terjaga. "Lambatnya abi balik...biy tunggu je dari tadi" dia hanya tersenyum mendengar kata-kataku lalu duduk di sebelahku.
"Abi buat kerja tadi" katanya. Pada masa dia bercakap tadi, aku terbau sesuatu yang tidak menyenangkan aku. Yes!!! Itu bau arak!!!
"Abi?".
"Yes?".
"Cuba abi bagitahu betul-betul...abi pergi minum arak ye?".
"Tak".
"Bau arak ni?".
"Aku cakap tak.. Tak lah! Masalah sungguh lah!" Dia menjerit dan membawa beg laptopnya sambil melulu ke bilik dan menghempas pintu setelah dia memasuki bilik. Aku tersentak. Dah kenapa dia ni?
ANDA SEDANG MEMBACA
JALADI *malay Version(Boyxboy)
Hayran KurguAku tak tahu apa harus aku lakukan. Selepas papa dan mama bercerai, aku tinggal bersama mama di Singapura. Tetapi, mama berkahwin dengan seorang duda anak dua dan menetap di rumahnya dia Malaysia. Segalanya berubah setelah aku berjumpa dengan Iskand...
